Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan pekeliling kenaikan gaji pegawai perkhidmatan awam melalui portalnya. Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan mengenai pemberian pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu (1) Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Kerajaan memutuskan supaya kajian penambahbaikan skim perkhidmatan, penambahbaikan landasan kemajuan kerjaya serta pembetulan kepada masalah struktur gaji dalam SSM diselesaikan sebelum 31 Disember 2013. Ucapan YAB Perdana Menteri semasa Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ketiga Belas (MAPPA XIII) pada 11 Mac 2013.
Berikutan daripada kajian penambahbaikan tersebut, gaji pegawai di bawah SSM akan dipindahkan ke struktur gaji baru dengan diberikan faedah pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu (1) KGT.
Memandangkan kajian tersebut dijangka selesai pada akhir tahun 2013, maka Kerajaan bersetuju supaya faedah pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu (1) KGT diberi lebih awal pada 1 Julai 2013.
Untuk matlumat lanjut sila download Pekeliling Kenaikan Gaji Kakaitangan Kerajaan
Inisiatif yang dibuat oleh Proton Holdings Bhd menawarkan pengurangan harga kereta kepada rakyat Malaysia membolehkan rakyat Malaysia merasai sendiri janji yang dibuat kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata Proton telah menyahut baik seruan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam manifesto PRU13 yang lalu.
“Proton telah menyahut seruan Perdana Menteri dengan menurunkan harga kereta Proton 1.3 sebanyak RM5,000 dan ini membolehkan rakyat Malaysia mampu untuk memiliki kereta.
Link: Gambar Dan Harga Proton Saga Super Value (SV)
“Bila harga kereta diturunkan, pengguna boleh melihat dan merasai sendiri janji-janji yang dibuat oleh pihak kerajaan pada PRU13 lalu. Janji Perdana Menteri kepada rakyat Malaysia telah pun ditunaikan,” katanya kepada pemberita di sini Ahad.
Sehubungan itu, beliau berharap agar syarikat-syarikat kereta lain turut sama mengikut jejak Proton untuk menurunkan harga kereta demi kesenangan rakyat.
“Proton dah turunkan harga, jadi saya harap syarikat lain menjadikan Proton sebagai contoh dan akan tampil ke hadapan untuk mengurangkan harga kereta,” katanya.
Ahmad Bashah berkata harga kereta-kereta lain akan diturunkan secara berperingkat.

Proton telah melancarkan model mampu milik iaitu Saga SUPER (SV) dengan harga yang lebih rendah, namun dengan nilai kenderaan lebih tinggi berbanding sebelum ini. Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Hisham Othman berkata, Proton Saga SV yang dilancarkan hari ini berharga RM33,438 hingga RM36,888 iaitu kira-kira RM5,000 lebih rendah berbanding model terdahulu.

“Apa yang menarik, dengan harga yang lebih rendah ini kami tidak mengurangkan nilai model tersebut tapi kita meningkatkannya. Saga SV yang dilancarkan ini memiliki rating standard keselamatan ASEAN NCAP 3 Bintang yang meningkatkan ciri-ciri keselamatan kepada model ini,” katanya ketika majlis pelancaran Proton Saga SV di Mutiara Damansara di sini hari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Eksekutif Proton, Tan Sri Khamil Jamil berkata, bakal pembeli juga diberi pilihan untuk membayar pinjaman bulanan yang lebih rendah untuk memiliki Saga SV.
“Pembeli hanya perlu membayar RM250 sebulan dengan beberapa institusi kewangan terpilih dan ini merupakan satu keutamaan dalam satu pakej kenderaan yang menarik,” katanya.
Harga untuk model Saga SV 1.3 (M) dijual pada harga RM33,438 (Solid) dan RM33,888 (Metallic) manakala Saga SV 1.3 (A), RM36,438 (Solid) dan RM36,888 (Metallic). Saga SV didatangkan dengan jaminan tiga tahun/100,000 km. Anda yang berminat sudah boleh melakukan tempahan mulai hari ini.

Link: Gambar Dan Video Jambatan Pulau Pinang Kedua Runtuh
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Pulau Pinang mengesahkan satu mayat telah ditemui di tempat kejadian runtuh struktur jambatan kedua Pulau Pinang. Satu bahagian struktur itu yang masih dalam pembinaan telah runtuh kira-kira jam 7 malam tadi. Kejadian berlaku di kawasan darat di sekitar Batu Maung.
Menurut Penolong Pesuruhjaya Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohamad Shoki Hamzah, pihak bomba telah menggunakan kamera khas sebelum dapat menemui mayat tersebut. “Kita mungkin memerlukan kira-kira dua jam atau lebih untuk mengeluarkannya,” kata Mohamad Shoki. Beliau juga menafikan laporan awal yang menyatakan empat orang telah disahkan mati.
Sebelum ini, sebatang konkrit seberat lebih 1,000 tan serta berukuran 30 meter telah jatuh terhempap ke tanah. Akibat runtuhan, sekurang-kurangnya sebuah kereta iaitu Perodua Kelisa telah disahkan tertimbus, namun masih tidak diketahui terdapat berapa mangsa yang terperangkap.