Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

7 Kebaikan Air Mata Yang Menangis

by Ezany-Kun in Kesihatan

Berapa kerap anda menangis? Bertahun-tahun sekali? Setahun sekali? Sebulan sekali? Seminggu sekali? Sehari sekali? Berkali-kali sehari?

Aku akui yang aku memang jarang sangat menangis. Biasa la kan lelaki ni selalunya ego sikit, ker ego banyak? Kalau aku menangis pun bila ada kematian ahli keluarga terdekat, yang paling terbaru pun arwah opah aku pada beberapa tahun yang lepas. Lagi satu boleh jugak menangis kalau tengok cerita sedih yang betul-betul menyentuh jiwa. Dengar lagu jiwang pun boleh jugak la, tapi tengok mood macam mana. Mari kita lihat kelebihan air mata orang yang menangis, aku cedok dari forum tapi dah edit sikit-sikit.

1. Membantu penglihatan
Air mata dapat membantu penglihatan seseorang. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah pengeringan pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tak perlu titis ubat mata, cukuplah air mata yang berfungsi sebagai anti bakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis dapat mengurangkan tekanan dengan menangis, dengan itu mood seseorang akan datang kembali. Air mata yang dihasilkan melalui menangis kerana emosi mengandungi 24 % protein albumin yang berguna dalam menormalkan sistem metabolisme tubuh jika dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan akibat gangguan mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis kerana emosi adalah mengandungi racun. Keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.

5. Mengurangkan tekanan
Bagaimana menangis mengurangkan tekanan? Air mata mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan tahap tekanan, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh tekanan seperti tekanan darah tinggi.

6. Mengenal erti sosial
Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dlm masyarakat. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dengan kawan-kawannya atau seseorang, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.

7. Melegakan perasaan
Semua orang ingin merasa demikian. Walaupun anda diduga dengan berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dan menangis, jangan dipendam lama-lama perasaan itu.

Lepas ni kalau nak menangis jangan segan-segan lagi. Tetapi menangis kerana Allah jangan dilupa juga ya wahai kawan-kawan sekalian.

Related posts:

  1. Blog Kekasih Khairul Fahmi Popular Sekelip Mata | Gambar
  2. Tinggi Dan Berat Badan Yang Ideal | BMI
  3. Sinopsis Putri Yang DiTukar
  4. Tukar Struktur Permalinks Tanpa Rosakkan Link Yang Lama | Broken Links
  5. Senjata Yang Digunakan Untuk Membunuh Datuk Sosilawati Lawiya Dan 3 Lagi Mangsa

{ 33 comments… read them below or add one }

akubiomed January 14, 2011 at 1:04 AM

Betultuh apa yang ditulis didalam entri tapi jangan menangis berpanjangan nanti membawa kesan pada mata pula. :-)

Reply

dnoBiz January 14, 2011 at 2:08 AM

kang tak pepasal jadi kasim tak selamat…
Ps : kasim selamat bita takpe sebai dia main seksafon dengan mulut, tapi cuba bayangkan kalau blogger buta ???

Reply

Ezany-Kun January 14, 2011 at 10:34 PM

combi.. mana combi.. hehe.. kalo blogger buta kena guna keyboard braille la kot.. :p

Reply

Ezany-Kun January 14, 2011 at 10:32 PM

yup.. betul gak tu.. biar berpada-pada..

Reply

Kamal Ahmad January 14, 2011 at 1:18 AM

terharu membacanya T.T

Reply

Ezany-Kun January 14, 2011 at 10:34 PM

ok la tu.. dapat gak keluar air mata.. :D

Reply

dnoBiz January 14, 2011 at 2:10 AM

Thanks Bro..
Sebab yang aku tahu cuam untuk hilangkan tekanan dan membersihkan kotoran yang ada pada mata,disamping melembabkan bijik mata :D

Reply

Ezany-Kun January 14, 2011 at 10:35 PM

sesama.. aku pun baru tau gak.. hehe.. sharing is caring..

Reply

yoy January 14, 2011 at 2:19 AM

rasanya dah bertahun aku tak menangis..ada efek tak bro?

Reply

Ezany-Kun January 14, 2011 at 10:36 PM

ntah la ek.. takde la efek sangat kot..

Reply

naimulfirdaus January 14, 2011 at 2:37 AM

bagus rupanya menangis ni..
tapi hati yang keras memang payah nak mengalirkan air mata kan..

Reply

Ezany-Kun January 14, 2011 at 10:37 PM

mmg bagus.. tu la.. selalunya lelaki yang susah nak nangis.. ego la katakan..

Reply

Norasikin January 14, 2011 at 7:25 AM

Kadang-kadang saya rasa saya perlu menangis. Bila rasa stress sangat, saya pergi toilet dan nangis senyap-senyap. Lepas tu baru rasa lega dan tenang. Tapi tak setenang jika lepas sembahyang.

Reply

Ezany-Kun January 14, 2011 at 10:39 PM

oo.. gitu ek.. lain orang lain caranya..

Reply

Ali ridha January 14, 2011 at 9:52 AM

selepas ni aku
nak buang la ubat titis mata.

Reply

suri January 14, 2011 at 5:06 PM

jom nangis heeee.. nnti kta akan berasa tenag ..

Reply

Ali ridha January 14, 2011 at 11:14 PM

mari menangis tanpa
perpisahan dengan awek.

Reply

Ezany-Kun January 14, 2011 at 10:40 PM

sila2.. jangan tak buang.. hehe..

Reply

mario January 14, 2011 at 10:21 AM

jarang menangis gak tp bila tgk kelebihan2 tu rasa cam nak nangis pulak…

Reply

Ezany-Kun January 14, 2011 at 10:41 PM

ok.. lepas ni sila menangis selalu.. :p

Reply

sweet January 14, 2011 at 1:35 PM

mmg nangis ni melegakan perasaan tp eek kt muka sbb pas nangis mesti muka sembab, nak pakai bedak pon xde maknenye

Reply

Ezany-Kun January 14, 2011 at 10:42 PM

oo.. macam tu ker.. kena nangis sebelum masuk tido la camtu kot..

Reply

RedBoys January 14, 2011 at 10:05 PM

dah lama rasanya tak menangis. sebab takde benda yang ingin ditangiskan. nice share bro. tapi susahkan lelaki nak menangis. hurm

Reply

Ezany-Kun January 14, 2011 at 10:43 PM

aah.. rasa macam dah lama tak nangis gak.. mmg susah la laki nak nangis.. pempuan senang sgt la pulak..

Reply

zik January 16, 2011 at 12:26 AM

air mata penghapus dosa ketika berdoa memohon keampunan dari Allah S.W.T..

Reply

Ezany-Kun January 16, 2011 at 3:16 PM

ya.. betul.. :)

Reply

Noi January 17, 2011 at 5:52 PM

Ala.. kalau nangis tp orang yg buat kita nangis tu tak faham dan tak hargai perasaan kita takde gunanya jugak….. buat rugi air mata je….

Reply

Ezany-Kun January 17, 2011 at 11:55 PM

tu selalunya menangis kerana cinta la kot..

Reply

myravea July 2, 2011 at 6:42 PM

Minta share :)

Reply

- December 20, 2011 at 6:29 PM

aq hari2x menangis sebab bergaduh dengan orang gila.Aq kn hri2x menangis 2 lh aq sihat. hehehehehe

Reply

izah May 29, 2012 at 10:10 PM

mohon share yee :)

Reply

deni iryana October 28, 2012 at 2:17 AM

menanggiss kadang membuat aku legaaa v knapa menangisss tidakk bisa membuattt masalahh hilangg???

Reply

irhantoro March 17, 2014 at 9:43 PM

Aku sekarang mau nangis dulu biar hati q lega

Reply

Leave a Comment