Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

96 Pelatih PLKN Kem Dusun Resort Kuala Nerang DiJangkiti Virus H1N1

by Ezany-Kun in Berita

Seramai 96 daripada 300 pelatih Program Latihan Khidmat Negara kem Dusun Resort dekat sini dikuarantin kerana dijangkiti virus H1N1 sejak malam Rabu.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata seramai 18 pelatih sedang dirawat dan dikuarantin di Hospital Kuala Nerang manakala 78 lagi dikuarantin di blok khas di kem itu.

“Jabatan kesihatan sedang memantau kes tersebut dan langkah pencegahan telah diambil oleh pihak pengurusan kem bagi memastikan virus itu tidak merebak,” katanya ketika dihubungi di sini Khamis.

Beliau berkata pihak pengurusan kem juga mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh jabatan kesihatan dan beberapa petugas jabatan kesihatan turut ditempatkan di kem berkenaan.

“Buat masa ini, semua pelatih dan kakitangan kem itu tidak dibenarkan keluar dari kem sehingga diberitahu kelak”, katanya.

Abdul Hadi menasihati ibu bapa supaya tidak datang melawat pelatih dan hanya dibenarkan menghubungi mereka (pelatih) jika perlu.

“Tetapi kalau ada perkara yang penting dan perlu berjumpa dengan pelatih, mereka (ibu bapa) boleh datang tapi perlu memakai mask.

“Ibu bapa tidak perlu risau kerana langkah pengawalan dan pencegahan sedang dilakukan di kem tersebut,” katanya.

Beliau berkata semua pelatih yang terlibat adalah pelatih daripada kumpulan dua 2012.

Related posts:

  1. Aaron Aziz DiJangkiti Virus Kencing Tikus
  2. Semakan Penempatan Guru Pelatih Ambilan Januari 2011
  3. Feri Penumpang Kuala Perlis ke Langkawi Tenggelam Ketika DiSenggara
  4. Semakan Keputusan PLKN Guna SMS Dan Online
  5. Tiga Wanita DiTangkap Tidak Puasa Di Pulau Pinang

Leave a Comment