Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M 3.0 2014

Air Minuman Barbican – Halal Atau Haram?

by Ezany-Kun in Info

Sebenarnya teringin jugak aku nak minum air minuman barbican ni sebab nampak macam sedap jer. Tapi masih was-was dengan status halal haramnya. Kalau was-was, orang kata lebih baik jangan minum. Barbican ni takde tanda halal kat botol dia, tapi kalau kat 7 eleven tu dia jual dekat minuman yang halal. Maknanya takde la letak sama dengan air arak. Khairul Fahmi pun pernah kena tuduh minum air arak disebabkan minuman ni.

Oleh kerana semangat ingin tahu mengenai status air minuman barbican ni, aku pun buat la sedikit kajian. Adakah penerangan oleh seorang pakar di bawah ini mengatakan barbican sebenarnya halal? Boleh la pergi beli kat 7 eleven lepas ni, hehe. Perisa mana yang sedap? Rasberry, Apple, Lemon, Strawberry, Pine, Apple, Peach atau Malt.

update:

Sijil Halal Barbican

sijil halal barbican
sijil halal barbican

Ulasan daripada seorang pakar

Name: Ahmad Jailani Abdul Ghani

Qualifications: Doctoral research scholar in Islamic Banking & Finance in Durham University, England. 12 years as senior advocate & solicitor, shari’ah practitioner and part-time lecturer.

Blog: www.ustjai.wordpress.com

Berdasarkan website Answers.com, perkataan “beer” diberikan definisi berikut:-

a) A fermented alcoholic beverage brewed from malt and flavored with hops.
b) A fermented beverage brewed by traditional methods that is then dealcoholized so that the finished product contains no more than 0.5 percent alcohol.
c) A carbonated beverage produced by a method in which the fermentation process is either circumvented or altered, resulting in a finished product having an alcohol content of no more than 0.01 percent.

Jika berdasarkan takrif di atas, bermakna “bir” tetap mempunyai alcohol sekurang-kurangnya 0.01 peratus. Adakah ia tetap haram? Bagaimana pula “Root Beer” yang dijual oleh A&W? Ramai di kalangan kita yang meminumnya dan yakin sekian lama sebagai “halal”.
Berdasarkan laporan Gufnews.com bertarikh 13 April 2008, menunjukkan Sheikh Yusuf Al-Qaradawi mengharuskan minuman yang mempunyai alkohol dengan kuantiti kecil yang tidak memabukkan. Namun, sebagaimana biasa, ia tetap mengundang kontroversi di kalangan ulama di Qatar.

Al-Qaradawi mengatakan bahawa minuman yang mempunyai alcohol sebanyak 5/1000 or 0.5% adalah dibenarkan dalam Islam. Beliau yang juga Pengerusi “International Organisation of Islamic Jurists” mengatakan bahawa ia dibenarkan kerana kuantiti alcohol yang kecil itu tidak menyebabkan mabuk. Tetapi bagi Al-Qaradawi, syaratnya ialah alcohol tersebut terhasil secara semula jadi (natural fermentation or anaerobic conversion). Ini kerana, jumlah alcohol sebanyak 5/1000 atau 0.5% di dalam minuman, adalah terlalu kecil dan tidak signifikan untuk menjadikan minuman itu haram, apatah lagi jika ia (alcohol) itu dihasilkan secara semula jadi dan tidak melalui proses campuran pembuatan oleh kilang atau seumpamanya.

Fatwa tersebut telah dikeluarkan oleh Al-Qaradawi berikutan banyaknya pertanyaan daripada masyarakat tentang perlambakan minuman tenaga dan makanan yang mengandungi alcohol dalam kuantiti yang kecil di pasaran.

Walaupun saya cenderung kepada fatwa Al-Qaradawi tetapi saya tahu ia tetap kontroversi sebagaimana fatwa-fatwa beliau yang lain.

Biasalah masyarakat kita, terlalu sibuk dengan isu minuman atau makanan beralkohol (mungkin kerana kesedaran beragama atau lebih kepada adat?), tetapi bila kita maklumkan kepada mereka bahawa “tapai” (orang Kelantan suka makan) pun ada alcohol (ethanol) mulut mereka pun ternganga… Hmmm.

Sekian.

Related posts:

  1. Nubhan – Aku Atau Dia | Lirik Lagu
  2. Khasiat Pisang
  3. Khasiat Dan Kelebihan Madu Lebah
  4. Nama Islam Daphne Iking | Gambar Bertudung
  5. Semak Saman Trafik Dengan Mudah

{ 37 comments… read them below or add one }

syahrilhafiz March 27, 2011 at 3:11 PM

ooo aku dah minum, pelik gak, rupa dah macam beer..tapi tak was2 la masa minum tuh

Reply

KaY RiE March 27, 2011 at 4:11 PM

Salam..
Berkenaan minuman Barbican nie, kat Malaysia memang jadi isu. Sebab barangan Malaysia semuanya mempunyai tanda Halal. Bila barangan International masuk, tak semua ada tanda halal. Lagi-lagi barangan dari negara Arab kerana di negara-negara Arab, hanya barangan non-halal sahaja diberi tanda ‘non-halal’. Kalau tak ada tue, maksud dia halal lah. Barbican nie minuman dari negara Arab. Manufactured in Dubai, UAE. So, memang standard la tak ada tanda halal. Kalau korang nak tawu, air sparkling kat negara-negara arab nie memang botol dia macam botol arak. Yang masuk Malaysia cuma Barbican tapi kat rak-rak negara di Timur Tengah ada banyak lagi air macam nie. Bario, Rockers, Moussy, Cade dan macam-macam lagi. So, sebenarnya, air Barbican nie standard jer kat negara-negara arab. Aku pun selalu minum. Bila tanya ustaz(PhD dalam fiqh), ustaz tue cuma cakap air nie cuma tak elok sebab minum dia menyerupai minum arak sebab packaging.

pss: Perisa Raspberry ngan Pomegranate sedap.. =)

http://www.lihatfikirnilai.co.cc/

Reply

Anti haram May 11, 2011 at 7:47 AM

As salam

Ustaz PHD mana yang kata benda ni tak elok? sedangkan JAKIM dah mengatakan tidak HALAL.. subhat.. setiap benda yang menyerupai..pembuatan mengikut cara benda yang haram (arak) adalah haram… Pelbagai ulama dah mengatakan tidak halal tetiba ada ustaz phd kata tak haramm cuma tak elok minum??

hukum ugama takda pertengahan antara halal/haram tak ada jawapan ia halal sebab kita tak tau (atas sbb kejahilan kita) since dia ada tulis 0.0% alc sebesar alam kt depan tu sah2 dia nak menyerupai arak yg sebenar – budak kecik yg tak reti baca sure tak nampak beza ‘arak halal’ ni dan arak sebenar
cuma dia tekankan di mana ia tanpa alkohol… so halal ?

pd aku sama mcm perbuatan meniru/menyerupai cara dan kaedah org kafir
yakni perbuatan yg eksklusif diamalkan oleh org kafir sahaja perbuatan itu juga adalah haram

aku nak kongsi sket la..ni ustaz a.k.a kiyai kat kampung aku la cakap… kadang2 kat malaysia ni ada makanan yang ada cop halal pon kadnag2 tak halal tapi di sebabkan kerajaan mengatakan halal..so benda tu di panggil halal pemerintah/pemimpin… dari segi hukum..terhindar dari dosa kalau makan/minum…tapi tetap tak terhindar dari mematikan hati… contohnya kat pasaraya ada jual kari ayam dalam tin… jakim buat pemeriksaan…masa pemeriksaan semua halal… so disahkan halal..kemudian ada plak lepas tu dorang secara senyap guna ayam tak sembelih…samada sengaja atau tak…tapi disebabkan sebelum ini disahkan halal..so dorang sahkan halal hari2 seterusnya… itu yang dimaksudkan halal pemerintah… tapi …makanan tu secara ilmiah tetap kotor dan tidak sembelih..tetap mematikan hati…tapi tidak berdosa..kerana itu pemimpin akan menanggung segala nya…

Aku ingat jawapan yang diberikan oleh ustaz ismail kamus.. masa lepas solat subuh …ada tazkirah…. So aku tanya la pasal minuman barbican..istaq..sparkling…rut bir.. Guiness malta dan seme yg berkaitan… Jawapn yang sama dari semua ustaz…. Yang pertama pasal istaq dan barbican dari iran..dia bagitau mula2 skali..mazhab dorang tak sama kita..malah arak yang ada alkohol tapi tidak mabuk pon halal… Mazhab kita dah haram..so adakah nak samakan? Yg kedua… Apa sahaja yang menerupai makanan dan minuman yg bentuk mahupon rupa boleh mendatangkan haram… Dia ada baca 1 ayat quran dan hadith..tapi aku tak hafal… pastu berkaitan sparkling tu.. Pertama skali nama dan kedua bentuk memang tak sama…macam rut bir tu langsung tak menyerupai dan tidak ada bentuk pon…nama tidak mendatangkan haram pon… Contoh..kuih tahi itik..tak haram pon,.. dalam byk2 jawapan dia bagi..ada 1 yg aku tergelak tapi memang logik… Adakah kita akan makan..kalau nasi arab iran kat saba tu dia masak dan lauk dia betul2 meniru bentuk taik… Najis..diletakkan dalam pinggan bentuk mangkuk tandas…. So bayangkan la… Kita makan nasi kat saba…pinggan mangkuk tandas..pastu makanan macam taik.atau menyerupai taik… Sama mcm air yang kita bincangkan..dalam bentuk arak dan dipanggil beer plak tu…

http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/1819/search.q:beer

Minuman “Beer” adalah jenis minuman yang ada kaitan dengan minuman yang memabukkan atau tergolong dalam kategori arak dan ia adalah najis walau pun tidak ada alkohol. Oleh itu meminum arak adalah haram walau pun tidak memabukkan.

Reply

SSS5 May 31, 2011 at 4:28 PM

Salam, ttg bab non-alcoholic ni adlh khilaf, btul la apa ustaz Phd tu ckp… ustaz tu thu apa yg dia ckp.

Reply

bulldozer July 3, 2011 at 1:30 AM

siapa kata barbican nie haram? coca cola ker? minuman nia ada dijual di masjidil haram! ulama dekat mecah sana jahil sangat ker? ustad mana kat malaysia yg pandai sangat tu?

Reply

Bulldozer August 26, 2011 at 5:16 PM

bulldozer: Assalamualaikum, setahu sayalah coca cola yang ada kat Malaysia ni (begitu juga dgn Arab Saudi) tak sama coca cola di USA atau di Indonesia sekalipun atau negara2 lain, semuanya dah diubah suai supaya boleh dapat status halal dari JAKIM. Pasal Barbican ni saya tak berani komen, tapi saya ada dengar yang JAKIM telah mengeluarkan fatwa pasal beer arab (saya tak pasti yang mana satu) adalah haram kerana alkoholnya lebih 0.1% dari yang dibenarkan Islam.

Reply

ddd56 December 11, 2013 at 9:39 AM

UAI kata barbican haram…jakim kata barbican haram.

Reply

aku May 13, 2011 at 4:43 PM

doh halal dok?

Reply

Adam May 29, 2011 at 5:29 PM

Kalau was was elok jauhkan. Teh o ais bancuh sendiri lagi sedap. Gula pun kurang.

Reply

suhashima May 30, 2011 at 2:11 AM

Bukan semua orang Arab tu betul Islamnya.

Reply

asdas May 31, 2011 at 2:33 AM

bosan…..entah apa2,,,,

Reply

ibnu_nabil May 31, 2011 at 3:19 AM

bukan main bising dengan air yang 0.01 peratus ada alkohol, haram semuanya. pagi petang siang malam hampir seluruh umat islam bergelumang dengan riba’, maksiat kat tv, tak bising pulak JAKIM ni.

Reply

mido May 31, 2011 at 2:49 PM

sokong ibnu_nabil..

banyak lagi menda haram x de lak nak bising2.
apa lagi haramkan semuanya riba, maksiat tv, etc.
huh.

Reply

AamH June 1, 2011 at 7:50 AM

riba, maksiat tv tu semua jelas haramnya, jadi JAKIM tak perlu nak kata haram, dalam Quran dah sebut haram. Yang JAKIM perlu buat adalah menjelaskan perkara-perkara yang mengelirukan orang Islam Malaysia.

Reply

mrjakun June 2, 2011 at 10:59 AM

eh korang bising2 apa?korang gi market beli ayam ka daging korang tanya tak sembelih dimana?korang gi tengok tak ayam ka daging tu sembelih camna?tanya tak kat penjual mana dia beli ayam mentah…gi tanya dan tengok tempat sembelih…bising aja haram halal..tanya tidak..mo hentam ja

Reply

Syieqa June 3, 2011 at 11:47 AM

huuu , saya tak pernah rasa barbican ni . sebab kalau saya , if kita rasa was2 lebih selamat tak payah mencuba la kan . 1st tau pasal barbican masa lepak dengan kawan2 bersyisha kat andalus dulu . kawan order barbican , agak terkejut laaa . saya siap cakap “sempoi gilaaaa kau minum kat sini” . lepas tu baru dia cakap barbican tu halal . even dia cakap mcm tu pun sampai sekarang saya tak berani nak cuba , sebab was-was . so better tak payah cuba terus la kan . HAHAHAHA

Reply

amadiman December 9, 2012 at 1:00 PM

setuju.,.,
kalau was2 lbh baik tak yah dekati,tak yah mencuba,nak tahu rase,atau membeli..
byk lgi bnde halal yang kita boleh makan dan minum..

Reply

zam2alakazam June 7, 2011 at 12:42 PM

kalau was2, tak payah minum… kan senang.. lagi satu, kalau ianya halal, jgn la labelkan sebagai ‘ARAK’ HALAL.. sebab kita da tau ‘arak’ tu haram.. knapa diharamkan benda yang halal? walaupon sekadar menyebutnya.. agree ngan isu JAKIM kuarkan statement pasal halal haram pada benda yg kita tak nampak utk m’hilangkan kekeliruan.. masyarakat kita ni kalau pasal makanan/minuman yg HARAM, mmg kecoh.. aurat/sembahyang tak cukup tak sedar pon yg tu laaaaagi HARAM.. (agree pasal boleh matikan hati tu, tu pasal susah nk terima nasihat/hidayah) dan kita perlu alert jugak dgn mazhab mana dan boleh diaplikasikan kat mana.. isu ni, jgn hanya dipandang ringan…

Reply

khairuddin June 17, 2011 at 11:40 AM

as salam,sy wakil dr SURIA WHOLESALE SDN BHD,pengedar tunggal air minuman jenama barbican ingin mengesahkan bahawa minuman barbican bebas dr alkohol.laporan dr lab analysis dr ukm telah mengesahkan jenama kami adalah <0.01% alkohol…segala maklumat lanjut boleh lh saudara/i add saya di laman Facebook khairuddin hadi.terima kasih di atas perhatian saudara/i..tq…

Reply

marzirah July 22, 2011 at 1:20 PM

byk bnda x kena la skang kan..mgucap2.

Reply

nur July 28, 2011 at 12:34 PM

haishh..yg haram tu tetaplah haram. Sdgkan yg syubhah itu sndiri pun sebaiknya dijauhi. Perlu diingat kita ni mengikut mazhab syafie yg begitu teliti dalam memfatwakan sesuatu. Kalau diikutkan mengikut kata pengeluar barbican tu alkohol dalam barbican adalah 0.01%..tetapi perlu diingat..kajian makmal telah menunjukkan nilai alkohol sebenarnya dlm barbican adalah 0.05% dan boleh memabukkan. Kita balik ke pangkal hukum. Apa2 yg memudaratkan kesihatan adalah haram..Bila bab bleh menyebabkan mabuk ni, maknanya jatuh haram la hukumnya.. Tak pyhla duk ckp bab riba’ la ape la..benda yg kita bleh kawal, kita kawal la..kalau org lain duk buat riba’, kita bleh kawal ke? haishh..yg penting kita jgn riba’..bab barbican ni, mulut sndiri rasanya bwh kawalan diri sndiri..so faham2 la..so kalau nak dibandingkan dgn dosa lain…payah la..sampai bila org tak berenti buat dosa..so pasni bila tgk org bunuh org lain, korang bleh rogol la plak? sebab ‘alasannya: dah c A bleh bunuh org, x kan aku x bleh nak rogol????’ begitu ke?

Reply

muhammad October 19, 2011 at 3:33 PM

Dunia akhir zaman… Yg haram pun buleh di labelkn halal… Satu penghinaan bagi umat Islam dan yg sedihnya lagi negara Islam melabelkn halal…

Reply

taro February 14, 2012 at 12:17 AM

Saper yg perut boroi tu buleh minum air ni.. Mmg cepat kempis… Aku selalu beli kat tesco .. Ada tanda halal international yg diiktiraf jakim…

Reply

shaa ryenn February 16, 2012 at 1:13 PM

ermmmm….. so barbican nie haran la…. benda yg lain shaa tk berani nk usik..shaa pon bukan arif sgt but sekadar pgtahuan shaa dok m’gata cam niee pon da dosa..bincang mana yg perlu aje laa… salam semua…

Reply

peace March 4, 2012 at 10:17 PM

Nampaknya islam ni hanya di Malaysia jer yg betul..negara arab tu sesat salah..tak boleh ikut…ulama2 yg alim2 semua datang dari malaysia.Ulama2 arab pun kena belajar dgn ulama malaysia!!!bengong betul…Nak tanya sikit..kita kena ikut mazhab Syafie ke??Bila pulak kita tandatangan atau angkat sumpah atau lafaz sahadah kena ikut mazhab syafie???Yg saya tahu kita mengucap 2 kalimah shahdah tak sebutpun kena ikut mazhab syafie..??Mazhab syafie jer yg betul??Mazhab yg 3 lagi(hanafi,maliki,hambali)semua salah tak betul..??Imam Syafie berguru dgn Imam Malik..dan beliau juga mengambil hadis dgn imam Ahmad bin Hambal(Hambali)…imam2 ini berguru dgn satu sama lain..dan mereka tak kata kena ikut mereka..,. jgn ikut imam yg lain..Yg menjadi masalahnya apabila ada ulama2(terdahulu) yg terlalu taksub dgn tokoh mereka sehingga mengatakan jgn belajar dgn ulama2 laim(mazhab2 lain)dan pandangan ini digunapakai sampai lah kezaman ini…sehingga orang ramai dan termasuk ulama 2 zaman sekarang dan juga ustaz2 terikut2 dan mengatakan adalah tak boleh ikut mazhab lain…Dr.yusuf Qaradawi(ketua Fatwa kebangsaan sedunia)pun tak terikat dgn mazhab2…malah beliau mengatakan sebaik2nya bagi yg baru nak masuk islam lebih baik jgn fokuskan dgn satu mazhab..dan ajar mereka bab dalil/nas yg kuat dlm satu2 hukum mengikut pandangan yg kuat/dekat dgn al-quran dan hadis..dan juga pandangan majority ulama2 muktabar…jgn ikut satu2 mazhab sahaja.Imam mazhab tak maksum cuma nabi saw yg maksum.Fatwa diArab tentang arak..kalau dicampur dlm masakan..dan berubah rasa dan tak memabukkan maka halal.Dlm bab ni dlm mazhab Syafie..adalah haram kerana arak adalah najis.Tetapi tidak najis menurut ulama2 mazhab yg lain kerana firman Allah (maksudnya): “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib, adalah najis dari perbuatan syaitan, maka hendaklah kamu semua menjauhinya, mudah-mudahan kamu beroleh kejayaan.” (al-Maidah:90)Jadi najis dari perbuatan syaitan yg dimaksudkan itulah yg digunakan dlm mazhab Syafie tentang kenajisan arak..tetapi pandangan mazhab/ulama lain bukan najis..ini hanyalah najis maknawi bukan hissi.iaitu MAKNA sahaja…maksud najis itu adalah “keji”dari perbuatan syaitan….maka terpulanglah kepada saudara2 semua…sebab benda ni khilaf..ada ulama kata najis dan bukan najis…maka pilihan ditangan anda..kalau rasa najis(mengikut imam syafie) hindarkan kalau rasa bukan pun tak apa..KIta semua saudara didalam Ahlu Sunnah Wal Jamaah(ASWJ)..dan bukan nya SYIAH.atau MUKTAZILAH….mana2 pandangan kita tak salah…

Reply

hambafaqir April 11, 2012 at 8:04 AM

Hukum Minum Air Barbican
http://youtu.be/NzhX3Gq_ZXc

Reply

hehe November 16, 2012 at 8:02 PM

minum mineral water dah la..baik tuk kchtn

Reply

biela January 9, 2013 at 12:57 PM

Ala..pada saya…kalau dah menyerupai bentuk ke apa ke dan banyak pulak perselisihan hukum dan pendapat.baik elakkan daripada meminumnya.lagi pun tak rugi pun tak minum.apa kalau tak minum boleh mati ke.tak kan.elok je sihat gemuk gedempol.sorrylah agak kasar bahasa saya.tapi point saya,sebagai Islam@MMuslims menghindari yg shubhah itu kan satu tanggungjawab.plus,banyak lagi air lain yg sedap2, buat apa lah nk pilih jugak air babrican ke apa yg x sedap sngt(tanya pengalaman orng yg pernah minum).3 layers tea ke,jus buah yg fresh tu ke, ice blended, abc,chatime ke lagi sedap.pilih je la yg diyakini halal tanpa shubhah.sekian.wallaua’lam:)

Reply

anonymous March 20, 2013 at 2:46 PM

saya mahu menanya pasal petai yg dimakan oleh masyarakat org Melayu. maaf saya bukan org melayu. Saya ada terbca dalam buku pasal petai juga ada mengandungi alcohol sebnyak 8% kerana ia juga diperam. Adakah MAKANAN INI HARAM DIMAKAN??

Reply

anonymous April 15, 2013 at 10:50 PM

petai diperam? mana ada petai diperam. petai tu ulam ulaman yang orang Melayu suka makan. orang ambik petai dari pokok petai dan terus makan. takde peram lah.

*walaubagaimana pun, makan petai ni makruh sebab dia berbau.

Reply

anon June 17, 2014 at 1:28 AM

die maksudkan tapai kot??

Reply

rakyatreformasi June 26, 2014 at 3:20 PM

dia maksud …JERUK PETAI….

Reply

ape hal? April 2, 2013 at 8:39 PM

pe bende yg kecoh sangat..?
adoi kecoh la sume..
klau da rse was2,xpyh mnum..
minum air hujan jek snang..
ni smpai ke riba lah judi lah bagai..
skang ny tgah bincang psal barbican ni..
bnde 1 jek snang..
KALAU RASE WAS2,XPYH MINUM.

Reply

sun May 23, 2013 at 9:11 PM

Kita Tinggal di Malaysia, Kita ada Undang-undang, ada Ulama dan Jabatan Agama(JKIM) yang memantau Halal atau Haram. Biarlah mereka yang berkuasa di kalangan kita menentukan. Pandangan saya lebih manis jika masuk mengikut syarat dan peraturan yang telah ditetapkan di bumi bertuah Tanah Melayu (Malaysia). sama macam kita nak eksport barang ke negara luar. banyak tu prasyarat.

Reply

artkreatip December 24, 2013 at 1:23 PM

jgn susah2, banyak lagi air lain boleh minum tanpa was2

Reply

rakyatreformasi June 26, 2014 at 3:18 PM

0.5% ALKOHOL X 10 BOTOL = CARLSBERG SEBOTOL…HAAAAAAA

Reply

rz November 28, 2014 at 7:09 PM

Unique Brewing Process
Bavaria Non Alcoholic Malt has a world wide reputation of uniqueness and a good taste. As a result of the unique patented technology used in the Bavaria brewing process, no alcohol formation ever takes place in the brewing process. Below you will find an explanation of the three methods of production, used in the non alcoholic malt production process, of which method 3 is the Bavaria method.

Method 1: Removing alcohol out of existing alcoholic drink. Alcoholic drinks are produced, after which alcohol is subsequently removed by a technique called Extraction or Evaporation. Since alcohol has been present in the product in the fi rst place, this method is not acceptable for people wishing to respect Islamic standards and would therefore be classified as “HARAM.”

Method 2: Manufacturing non alcoholic drink using cold contact method. Fermentation is done at low temperatures in combination with a long fermentation time. A very strict fermentation control is necessary in order to avoid an overshot in alcohol production. In addition to the risk of potential alcoholic overshot, there is a risk of fl avour reduction due to an inhomogeneous mixture of worth and cells. The constant risk relating to alcohol content can be problematic for people who wish to maintain strict Islamic standards.

Method 3: Bioreactor technology – used by Bavaria N.V. The bioreactor is used for achieving a controlled fermentation of specially made immobilised yeast cells in which alcohol formation does not take place. With this method there is no need for extraction, no risk of alcohol overshot and no fl avour reduction or cell death. In this way Bavaria N.V. brews a premium Non alcoholic Malt drink that is acceptable to people wishing to respect Islamic standards.

Reply

Leave a Comment