Sebelum teruskan membaca, sila pastikan anda tidak tersilap membaca tajuk. Ini entri berkenaan Al Kisah Solat Jumaat, bukannya Al Kisah Malam Jumaat. Tuan punya belog masih bujang, harap maklum.
Setelah sekian lama membuat perhatian, baru kini terbuka hati untuk menulis sesuatu berkenaan perkara yang sering berlaku di Masjid ketika hendak menunaikan Solat Jumaat.
1) Anak Kecil
Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Apa yang aku cuba sampaikan di sini adalah golongan bapa yang suka bawa anak kecil lelaki bersama ketika pergi menunaikan Solat Jumaat. Ini merupakan suatu tindakan yang bagus tetapi kenalah pandai kawal anak tu. Apa yang aku selalu lihat, anak-anak kecil ini sering berlari ke sana ke mari dan membuat bising. Pastinya tingkahlaku seperti itu akan menggangu para jemaah yang lain.
2) Telefon Bimbit
Sepatutnya dah setting kat dalam otak, bila masuk jer kawasan beribadat kena off atau silent telefon bimbit tu. Tak tau la kot masing-masing nak show off dengan bunyi telefon bimbit mereka yang mahal dan canggih tu. Mentang-mentang la guna iphone, blackberry dan sebagainya. Ingat, tiada panggilan yang lebih penting selain panggilan Illahi.
3) Ruang Solat
Kerajaan keluar duit banyak-banyak bina Masjid cantik, luas dan selesa. Tapi aku muskyil, kenapa masih ada yang lebih senang untuk beribadat di atas jalan tar atau rumput dalam kawasan Masjid. Sanggup mereka berpanas daripada duduk dalam Masjid yang berkipas dan ber-aircond.
4) Balik Cepat
Boleh tahan ramai juga orang yang camni. Lepas sahaja habis bagi salam, terus berpusu-pusu keluar secepat mungkin. Sepatutnya tunggu la lepas habis baca doa dulu, bukan lama sangat pun. Adakah sebab nak cepat-cepat ke tempat kerja atau pergi makan atau takut kasut hilang? Hanya mereka yang dapat menjawab persoalan itu.
5) Pisang
Setiap kali pergi Solat Jumaat mesti jumpa buah pisang kat Masjid. Agak-agak kenapa orang tak nak derma buah lain? Mungkinkah sebab harga buah pisang murah. Itu aku kurang pasti, atau mungkin juga ada sebab lain. Siapa tahu boleh kongsi diruangan komen.
6) Tidur
Penyakit ini memang susah nak ubat atau mungkin tak boleh diubati. Selalunya perkara seperti ini berlaku ketika khatib sedang membaca khutbah. Tak kira golongan muda atau tua, pastinya pernah alami penyakit ni kecuali khatib la kot. Kalau khatib tidur, siapa nak baca khutbah kan.
7) Saf
Walaupun sampai awal, ramai yang suka duduk dibahagian belakang sedangkan dibahagian hadapan saf masih banyak ruang yang kosong. “Sekiranya kamu semua tahu ganjaran pahala bagi orang yang bersolat di saf depan, nescaya kamu semua akan terpaksa memutuskannya dengan mengundi”. Ini merupakan sepotong hadis yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w yang menceritakan tentang kebesaran pahala bagi mereka yang bersembahyang di saf hadapan ketika solat berjemaah.
7) Sembang
Masa khatib tengah baca khutbah, masa tu juga la mereka rancak nak berborak. Tak kira la golongan tua atau muda. Walhal setiap kali sebelum khatib berkhutbah telah diingatkan “Barang siapa yang berkata-kata apabila khatib sedang membaca khutbah walaupun dengan berkata “diam” (melarang orang lain daripada bercakap) sekalipun, maka luputlah pahala Jumaatnya. Dari itu, diamlah dan dengarlah dengan taat, mudah-mudahan kita semua akan beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat”.
Remaja
Golongan budak remaja lebih suka berkumpul dan berpeleseran di kawasan berdekatan Masjid sambil bersembang sementara menunggu Solat Jumaat bermula. Alangkah lebih bagus jika di masa itu mereka duduk di dalam kawasan Masjid dan mendengar khutbah.
Penutup
Itu sahaja rasanya, kalau ada sesipa nak tambah lagi silakan. Aku bukannya nak hipokrit atau tunjuk bagus sebab ada juga antara perkara di atas yang aku pernah lakukan. Tapi sama-sama la kita baiki diri kita ke arah yang lebih baik. Insyaallah, mudah-mudahan diberkati oleh Tuhan.
Related posts:
- Jumaat Cuti Umum Raikan Juara Piala AFF Suzuki | 31/12/2010
- Majlis Perkahwinan Datuk Wan Mohamad Sani Salleh Dan Datin Fatimah Dalilah Omar | Gambar
- Sinopsis Filem Magika Arahan Edry Kru
- M Rajoli Meninggal Dunia Akibat Sesak Nafas
- Sinopsis Filem Janin | Trailer
- Sinopsis Putri Yang DiTukar
- Kelantan, Terengganu Dan Kedah Cuti Umum Ahad | 2/1/2011
- Sinopsis Filem Damping Malam | Trailer
- Sinopsis Drama Dia Bukan Maryam | TV9
- Sinopsis Jangan Bunuh Matahariku | TV2







{ 25 comments… read them below or add one }
perfect.
kasi budak2 laki baca ni biar dorg ingt sket
harap2 ramai yg membaca dan dpt berkongsi..
Pasal pisang tuh, aku rasa sebab itu buah yang paling mudah untuk disediakan dan dimakan, tanpa mengotorkan, kalau buah lain, ada yang kena potong ngan pisau, pastu ada plaks yang akan berlengas, nanti mengotorkan ruang masjid plaks.
Pasal yang lelain tuh aku memang setuju gak aa… skang ni untuk mengelakkan aku tidur dalam masjid, aku tidur dulu 15 minit sebelum gi masjid. So takder masalah tidur2 dah.
bernas gak pasal pisang tu.. terima kasih tolong perjelaskan..
aku mengatuk tidur tu tak pernah la kot.. cuma mengantuk sgt2 tu selalu.. hehe.. lagi pun baru lepas makan kan time camtu.. tu yang ngantuk kot..
Tidur zaman sekolah dulu memang selalu aa, lepas tuh biasanya sekadar mengantuk yang teruk jer,
skang ni ngantuk pun jarang aa kot… pastu skang ni aku makan lepas solat jumaat, so selamat dari maalah mengantuk, boleh tumpu kat isi kandungan khutbah
kadang2 nak mkn lepas solat jumaat takut tak sempat.. hehe..
kalau bab tidur tu, satu je tips yang aku amalkan.
dengar khutbah betul2.. cuba fahamkan atau tak pun, cuba la dengar setiap butir2 khatib berkhutbah.
Aku dulu ada sindrom tidur juga time khutbah, tp lepas buat mcam tu, alhamdulillah.. tak tertidur dah
aku pun pernah cuba idea ni gak.. boleh tahan gak berkesan..
kekadang aku terbabas jugak tertidur huhu
aku hampir2 terbabas tu ade la..
Apa bila sudah perkena beryani gam dan kena pula air-cond memang lengkap untuk pakej tidur lena
haha.. setuju..
perkara macam ni dah macam suatu kebiasaan di malaysia..
yup.. rasanya pergi mana2 masjid pun sama jer..
Rasanya bila perkara2 macam ni dah terbiasa, takut akan datang cucu & cicit anggapnya satu adat..huh.. Sape nak jawab tuh..? ngeee..
aah.. bahaya camtu.. sbb dah jadi ikut-ikutan.. hehe..
Syukur setiap kali bawa anak-anak bersolat Jumaat belum lagi buat perangai mugkin takut dengan babah dia kot
alhamdulillah la camtu..
tidur la yg pemes..ramai jgk yg terbabas mse dgr khatib baca khutbah tu..suara khatib pun memainkan peranan penting.perluakan suara yg lantang…
aah.. peranan khatib mmg penting.. cara bagi khutbah tu kena biar menarik.. selit2 la sikit unsur humor ker.. baru la tak ngantuk sgt..
Aku suka pulak dengan keywords malam jumaat tu ..heeeee
haha.. best keyword tu bro.. :p
no 6 selalu berlaku mase sekolah dahulu kala..hehe
dah mmg itu yg plg femes..
pasal yang pisang tuh.. ada jugak bagi makanan lain, bukan buah jer, makanan free, .. ikut tempat jugala… ada tempat tuh memang letak pisang jer.. ada yang takda langsung..