Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Ameng Spring DiHukum Penjara 8 Tahun Dan 10 Sebatan

by Ezany-Kun in Hiburan

Penyanyi Ameng Spring dijatuhi hukuman 8 tahun penjara, 10 sebatan dan dua tahun pengawasan polis setelah mengaku bersalah atas 3 kesalahan dadah termasuk satu pertuduhan tambahan di mahkamah sesyen di sini hari ini

Ameng , 43, atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail yang memakai kemeja berwarna coklat dan seluar panjang kelabu, mengaku bersalah di hadapan Hakim Zaharah Hussain.

Dia sebelum ini didakwa atas tuduhan memiliki 122 gram kanabis dan satu gram methamphetamine di dalam sebuah bilik hotel di Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya di sini lebih kurang pukul 5.20 petang, 1 Februari lalu.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, ia boleh membawa hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 10 kali.

Sementara pertuduhan kedua dikemukakan mengikut Seksyen 12 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama iaitu denda tidak lebih RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Related posts:

  1. Semakan Pendaftaran Ujian MUET Sesi Pertengahan Tahun 2011
  2. Farah AF2 Akan Berkahwin Hujung Tahun 2011 | Gambar
  3. Semakan Pendaftaran Ujian MUET Bagi Sesi Pertengahan Tahun 2011
  4. Semak Keputusan MUET Akhir Tahun 2010
  5. Bajet 2011 | Bonus Untuk Kakitangan Awam Tahun 2010

{ 1 comment… read it below or add one }

Haw April 12, 2011 at 3:36 PM

kesian pulak aku kat ameng.. klu lah dadah tak ujud d Malaysia, takde sapa kena hukum krn nya

Reply

Leave a Comment