Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Anwar Ibrahim Menang Kes Saman Fitnah RM50 Juta Terhadap Utusan Malaysia

by Ezany-Kun in Berita

Mahkamah Tinggi pada Isnin lalu telah membuat keputusan memihak kepada Ketua Pembangkang iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam saman fitnah RM50 juta yang difailkannya terhadap Utusan Malaysia dan Ketua Pengarangnya kerana menyiarkan 2 artikel berhubung komen beliau mengenai undang-undang homoseksual kepada BBC.

Hakim Datuk V T Singham membuat keputusan bahawa perkataan yang digunakan dalam artikel itu bersifat fitnah dan boleh menjejaskan reputasi dan kedudukan politik Anwar Ibrahim dengan mengatakan beliau tidak sesuai memimpin kerajaan Persekutuan.

“Mereka gagal untuk membuktikan komen yang adil. Artikel yang disiarkan itu tidak bersifat untuk kepentingan awam memandangkan Utusan tidak menyiarkan kenyataan penuh plaintif,” katanya.

Singham berkata, dalam temubual BBC tidak menyebut Anwar Ibrahim mempromosikan hak golongan gay dan lesbian.

Pada 20 Januari 2012, Anwar Ibrahim telah memfailkan saman fitnah bagi menuntut ganti rugi RM50 juta atas dakwaan telah menerbitkan dua artikel di muka hadapan dan muka surat 10 akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17 Jan tahun ini berhubung temubualnya bersama BBC.

Dalam saman itu, Anwar menamakan Utusan Melayu dan Ketua Pengarangnya, Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan.

Related posts:

  1. Video Datuk Shazryl Eskay Abdullah Sumpah Laknat Anwar Ibrahim
  2. Harga Cincin Rosmah Mansur AS$24 Juta Hanyalah Fitnah Kompas
  3. Keputusan Mahkamah Kes Liwat – Anwar Ibrahim DiDapati Tidak Bersalah
  4. Anwar CCTV – Video Seks Anwar 4 Penjuru @ Youtube
  5. Mohd Masran Ab. Rahman Saman Bekas Tunang RM1.1 Juta Batalkan Perkahwinan

Leave a Comment