Menurut uploader, video di atas dirakam dengan menggunakan cctv di dalam kereta beliau. Kejadian berlaku pada 27 Mac 2011.
Peringatan kepada semua, terutamanya kaum wanita. Peragut zaman sekarang sudah semakin kreatif. Jangan ingat bila berada di dalam kereta, anda tidak boleh diragut. Kejadian yang sama seperti video di atas pernah berlaku pada mak aku sendiri. Cuma bezanya ketika cubaan meragut beg tangan mak aku tu, tingkap kereta dibuka. Masa tu jalan agak sesak. Tapi ayah aku sempat tarik tali beg tangan tu menyebabkan peragut tu terpaksa pergi dengan tangan kosong.
Seperti kejadian dalam video di atas, dalam sekelip mata saja peragut dapat merampas beg tangan penumpang di bahagian hadapan dengan memecahkan cermin tingkap kereta tersebut. Alat apa yang digunakan untuk memecahkan cermin tingkap tersebut aku tak pasti.
Dipercayai kawasan yang menjadi sasaran adalah di tempat yang sesak atau ketika kereta sedang berhenti (lampu trafik merah). Diminta anda semua lebih berhati-hati tertutamanya bila dikawasan sasaran peragut.
Perkara yang perlu dilakukan untuk mengelakkan diragut seperti video di atas:
1) Jangan letak beg tangan di atas peha anda terutamanya di bahagian hadapan.
2) Sekiranya anda yang memandu, jangan sesekali letak beg tangan di atas tempat duduk penumpang.
3) Pasang cermin tingkap kereta kalis pecah. (kos agak mahal)
4) Jangan guna beg tangan, banyak lagi alternatif lain seperti purse yang lebih kecil dan mudah disimpan.
5) Kalau nak guna beg tangan juga, sila letak di bahagian letak kaki penumpang dan boleh guna kain untuk tutup beg tangan tersebut supaya tidak dapat dilihat. Atau boleh juga simpan di dalam bonet kereta.
p/s: beg tangan = barang berharga (laptop, handphone dan sebagainya)
Jika anda pernah mengalami perkara yang sama atau ingin kongsikan cara menghindari kejadian ragut seperti ini boleh tinggalkan komen di bawah. Boleh juga tolong sebarkan artikel ini sebagai peringatan kepada kawan-kawan atau keluarga anda.
Related posts:






{ 4 comments… read them below or add one }
ni mesti dah kena aim, peragut tu dah ikut dr belakang & nmpk beg atas riba penumpang kete tu..sesaat je dah settle. dahsyat. kete xde tinted ke sng sgt pecah?
Ni ramai yang tak ambil kisah dengan nasihat dan panduan yang telah diberikan. Peragut ni, ada peluang dia mulalah meragut.
mesti peragut tu dah aim awal-awal, kalau tak takkan dia boleh tau da hand bag kat depan tu. apa bahan yang dorang guna untuk pecahkan cermin tu erk? senang betul pecah
berani betul diorang wat keje..