Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Bajet 2011 | Bonus Untuk Kakitangan Awam Tahun 2010

by Ezany-Kun in Bajet 2011,Berita

Update: Kakitangan Gred 54 ke bawah, pesara terima bantuan kewangan khas RM500.

CUEPACS mohon bonus sebanyak 2 bulan gaji bagi kakitangan awam bagi tahun ini supaya dapat meringankan beban rakyat Malaysia. Melalui pemberian bonus ini, dapatlah duit itu digunakan untuk persediaan persekolahan anak-anak untuk tahun depan. Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai.

Kakitangan awam juga pasti akan lebih gembira, justeru itu dapat menjalankan kerja dengan lebih produktif. Diharap Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan berita gembira ini kepada seluruh kakitangan awam melalui pembentangan bajet 2011 pada 15 Oktober 2010.

PUTRAJAYA, 3 Okt (Bernama) — Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan menimbang pemberian bonus kepada 1.2 juta penjawat awam termasuk kakitangan dari Gred Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA), tahun ini.

Presidennya Omar Osman berkata pertimbangan itu perlu dibuat berikutan sebelum ini sudah dua kali hanya penjawat awam dari gred satu hingga 54 sahaja yang menikmati pemberian bonus itu.

“Kami harap kerajaan akan beri perhatian kepada perkara ini dalam memastikan keseluruhan 1.2 penjawat awam dapat menikmati pemberian bonus,” katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan di sini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman. Omar berkata pihaknya yakin kerajaan akan menimbangkan permohonan bonus itu bagi meringankan beban rakyat.

“Permohonan rasmi kepada kerajaan dengan menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibuat beberapa bulan lalu, bagi memohon bonus dua bulan gaji untuk penjawat awam,” katanya. Omar berkata setakat ini, tiada maklum balas yang diterima daripada kerajaan berhubung perkara itu. Keputusan mengenai pemberian bonus biasanya diumumkan semasa Perdana Menteri membentang bajet setiap tahun, dan tahun ini pembentangan bajet dijadualkan pada 15 Oktober ini.

– BERNAMA

Related posts:

  1. Bajet 2011 | Harga Rokok Naik | Malaysia Bakal Mengikut Jejak Jepun
  2. Bajet 2011 | Dasar ELV | Tiada Lagi Kenderaan Lama Di Jalan Raya
  3. Rakyat Malaysia Cuti Umum Pada 16 September Sempena Hari Malaysia
  4. Senjata Yang Digunakan Untuk Membunuh Datuk Sosilawati Lawiya Dan 3 Lagi Mangsa
  5. Lee Chong Wei Juara Perseorangan Badminton Terbuka Jepun 2010

{ 20 comments… read them below or add one }

Amir Said October 4, 2010 at 11:23 AM

bestnya kalau dapat bonus 2 bulan gaji. :-)

Reply

Ezany-Kun October 4, 2010 at 11:50 AM

mmg best.. boleh cover untuk tahun lepas yg tak dapat tu.. hehe..

Reply

suri October 4, 2010 at 2:17 PM

rezeki utk org gomen jer

Reply

ishak October 4, 2010 at 3:00 PM

minta2 lah dapat tapi rasanya macam tak dapat jer. kalau dapat memang kejutan terbesar lah utk tahun ni

Reply

zik October 4, 2010 at 6:12 PM

wah kalau dapat tuh …. .. apepun kita tunggue

Reply

etomyam October 5, 2010 at 1:15 AM

kalau dapat harap2 harga barangan jangan le dok naik lagi huhuhu

Reply

suri October 5, 2010 at 3:31 PM

betul tu nanti g kedai tetiba harga naik mahulah susuh hati pengguna lbih2 lagi yg blkuarga bsar

Reply

azmi bin ali October 15, 2010 at 9:24 AM

harap2 dapat lah bonus tahun ini demi wang pesekolahan anak2..

Reply

pakjang October 15, 2010 at 9:28 AM

harap2 dapat lah bonus tahun ini demi wang pesekolahan anak2 rakyat 1 malaysia..

Reply

Ezany-Kun October 14, 2010 at 11:05 AM

aah la.. selalunya kalau gaji nai mesti harga barang pun naik..

Reply

Aliza Drah October 9, 2010 at 2:22 PM

Aku mmg berdoa siang malam dapat naik gaji, pangkat dan bonus………dalam kepala otak aku mmg itu jer lah…tapi betul ke?

Reply

Ezany-Kun October 14, 2010 at 11:01 AM

mungkin gaji naik 10% kalau tak silap..

Reply

mat terat October 13, 2010 at 6:15 PM

jangan berharap lah kalu dapat alhamdulillah tak dapat pandai2 lah mana kita sokong

Reply

Ezany-Kun October 15, 2010 at 1:29 PM

Untuk makluman, selain dari stesen-stesen televisyen seperti RTM, TV3, NTV7, ASTRO dan BERNAMA membuat liputan siaran langsung, Pembentangan Bajet 2011 juga akan disiarkan secara langsung (webcasting) melalui Portal Perbendaharaan Pembentangan Bajet 2011 di http://www.treasury.gov.my.

Reply

Alizah Drah November 20, 2010 at 5:40 PM

Apa lah cuma 500..napa tdk kasi 5000. penat aku doa tapi kosong.

Reply

mislia bujang July 21, 2011 at 9:10 PM

kalaulah betul harap2 harga minyak tak naik lagi………………

Reply

sakit hati August 6, 2011 at 3:07 PM

2008,2009,2010 bonus mmg mengecewakan………….sumber risik ckp.lau bonus taun ni lau teruk……kerajaan akn tumbang.serius :)

Reply

Alizah Drah October 8, 2011 at 3:10 PM

aku senang hati ngan bajet 2012 ni……dapat bonus dan kenaikan gaji…syukur….tapi SBPA akan berdasarkan merit……aku tdk faham apa itu merit. Aku kena masuk U ni…itu yang Najib suruh.

Reply

AZWAN BIN TOISUN April 15, 2013 at 1:19 AM

SAYA AZWAN BIN TOISUN DAH BUAT BR1M TAPI MASIH BELUM DAPAT LAGI SEMOGA TUAN PUAN PERTIMBANGKAN RAYUAN SAYA INI

Reply

Alizah Hj.Drah August 17, 2013 at 4:53 AM

sikit juga….500. Kasi la 5000. Baru la .

Reply

Leave a Comment