Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

‘Bir Halal’ Barbican DiSahkan Halal Oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan

by Ezany-Kun in Berita

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia menasihatkan pengeluar minuman ringan malta atau ‘bir halal’ mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau majlis agama Islam negeri (MAIN).

Pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ini bagi mengelakkan kekeliruan umat Islam selepas muzakarah jawatankuasa itu pada 16 dan 18 Jun lepas memutuskan minuman tersebut diproses bukan untuk tujuan pembuatan arak.

“Alkohol yang terkandung dalam minuman tersebut juga bukan terhasil daripada proses pembuatan arak serta dengan kadar yang sedikit dan tidak memabukkan adalah dibolehkan,” katanya kepada pemberita, di sini hari Isnin (25 Julai 2011).

Beliau ditemui pada Majlis Penyampaian Sumbangan dan Pelancaran Ihya’ Ramadhan Peringkat Kebangsaan 2011 di Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Jamil Khir Baharom.

Isu bir halal timbul sejak 28 Mei lepas, susulan laporan akhbar mengenai penjualan minuman berkenaan yang semakin popular pada kalangan umat Islam di negara ini.

Related posts:

  1. Air Minuman Barbican – Halal Atau Haram?
  2. ASN Dan ASB DiSahkan Haram Oleh Mufti Selangor
  3. Meatballs Ikea, Status Halal Atau Tidak? Jom Tengok Resepi
  4. Gambar Sosej Babi (Chorizo) Tertera Logo Halal Jakim
  5. Risalah Hari Kiamat 21 Mei 2011

Leave a Comment