Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Download Borang BR1M 3.0 2014 | Isi Borang BR1M 3.0 Secara Online

by Ezany-Kun in Berita

Pendaftaran pemohonan BR1M 3.0 (Bantuan Rakyat 1Malaysia) bagi tahun 2014 boleh dibuat dengan memuat turun atau mengisi Borang BR1M 3.0 secara online bermula pada 23 Disember 2013 sehingga 31 Januari 2014.

Borang-borang permohonan BR1M 3.0 juga boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jab atan Penerangan serta agensi-agensi Kerajaan atau dimuat turun (download) atau diisi secara online melalui link dibawah.

> Download > > Borang BR1M 3.0

> Isi Borang BR1M 3.0 Secara Online

> Panduan Isi Borang BR1M 3.0

Syarat kelayakan permohonan BR1M 3.0 2014: (Keluarga RM650)

1. Pendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan

2. Warganegara Malaysia

*Tambahan caruman i-BR1M bernilai RM50

Syarat kelayakan permohonan BR1M 3.0 2014: (Keluarga RM450)

1. Pendapatan isi rumah di antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan

2. Warganegara Malaysia

*Tambahan caruman i-BR1M bernilai RM50

Syarat kelayakan permohonan BR1M 3.0 2014: (Individu/Bujang RM300)

1. Pendapat sebulan RM2,000 kebawah

2. Warganegara Malaysia

3. Berumur 21 tahun ke atas

4. Pelajar yang menerima bantuan baucar buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon

Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah. Selain itu juga, ia merangkumi individu yang :

Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;

Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun dan ke bawah;

Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun dan ke bawah (dalam rumah yang sama);

Warga emas yang tinggal sebatang kara yang berumur 60 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.

Bagi penerima BR1M sedia ada, mereka tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua (hanya perlu untuk kemaskini sahaja) manakala pemohon baru boleh mendaftar secara atas talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M yang seterusnya. Bagi penerima yang ingin mengemaskini data sedia ada seperti pertukaran alamat atau kematian ketua isi rumah perlu mendaftar semula.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi melalui

1) Emel : br1m2@treasury.gov.my

2) Talian hotline 1-800-222-500

Related posts:

  1. Download Borang BR1M 2.0 | Isi Borang BR1M 2.0 Secara Online
  2. Permohonan BR1M 3.0 2014 DiBuka Bermula Dari 23 Disember 2013 Hingga 31 Januari 2014
  3. Download Borang BR1M (PDF/JPEG)
  4. Download Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M (RM500)
  5. Borang BR1M 2.0 Di Edar Bermula Bulan Oktober 2012

{ 13 comments… read them below or add one }

Norzalawati binti Radzali December 24, 2013 at 10:58 AM

X kr pon brg utk di isi scre online.

Reply

Chandran a/l Krishnan January 8, 2014 at 9:30 PM

Pesara kerajaan

Reply

adek comel January 9, 2014 at 9:21 AM

knape tk leh ni nk isi br1m…?….

Reply

Zahari Abd. Malek January 27, 2014 at 9:09 AM

Bagaimana nak update online no acc. untuk br1m terima kasih

Reply

Francis Wong Siong Kong January 30, 2014 at 2:22 PM

saya di beritahu oleh kawan2
bayaran brim tahun ini akan di masok kan terus ke acc bank si pemohon
bila kah ianya akan di bayar…

Reply

emillia bt mamat February 11, 2014 at 2:38 PM

Mcm mane nk check status dn result br1m

Reply

Pozek Bin Siton February 11, 2014 at 4:16 PM

POZEK BIN SITON. NO IC 840222-12-6103

Reply

NORABSHAH CHE DING February 24, 2014 at 3:08 PM

Mcm mane nk check status dn result br1m
Norabshah Che Ding IC NO : 700915-01-5006

Reply

Anusuya A/p Sellvam February 26, 2014 at 2:24 PM

Mcm mane nk check status dn result br1m 3.0
Anusuya A/p sellvam
IC – 850920105878

Reply

muhd alif najmi bin Abdullah November 19, 2014 at 11:01 PM

Saya nak tahu apa kah saya layak memohon BR1m sebab pada tahun lepas saya tidak layak sedang kan pertama saya layak dan ke 2 saya layak tapi yang ke 3 saya tak layak. Sedang kan gaji saya cuma RM250.25 sebulan . Kali ini saya nak minta penjelasan pada yg berkenaan.

Reply

muhd alif najmi bin Abdullah November 19, 2014 at 11:03 PM

Saya nak tahu apa kah saya layak memohon BR1m sebab pada tahun lepas saya tidak layak sedang kan pertama saya layak dan ke 2 saya layak tapi yang ke 3 saya tak layak. Sedang kan gaji saya cuma RM250.25 sebulan . Kali ini saya nak minta penjelasan pada yg berkenaan.
Ic 740430125481

Reply

Ahmad Ibrahim Bin Mohamed Salleh December 8, 2014 at 4:28 PM

Saya berpendapatan sebanyak RM1910.00 sebulan..masallahnya saya tidak layak untuk mendapat Brim 1M…dimanakah kesilapannya…

Reply

Shakthivelan April 11, 2016 at 12:13 PM

Wa tade dapat wang br1m

Reply

Cancel reply

Leave a Comment