Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

E-Bike, Motosikal Elektrik Tanpa Asap DiCipta Pensyarah UTEM Safarudin Gazali

by Ezany-Kun in Berita

Keunikan motosikal elektrik dikenali “E-Bike” hasil ciptaan seorang pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dipilih sebagai Produk Paling Inovatif pada Hari Penyelidikan fakulti itu.

Pensyarah Safarudin Gazali mendapat ilham menghasilkan “E-Bike” berdasarkan pemerhatiannya terhadap pencemaran asap kenderaan di jalan raya yang semakin membimbangkan, kata UTeM dalam satu kenyataan di sini Khamis.

Menerusi “E-Bike” tiada asap dihasilkan kerana motosikal dipacu oleh kuasa elektrik yang dibekalkan oleh bateri dan ianya mampu bergerak dengan had laju maksimum 80 km/sejam, menurut kenyataan itu.

Tayar motosikal biasa digerakkan oleh rantai besi yang dipasang pada enjin tetapi Safarudin mendapat idea untuk memasang motor elektrik yang direka khas pada roda motosikal untuk menggerakkannya.

Hari Penyelidikan FKM dianjurkan di Kampus Industri universiti itu di Ayer Keroh di sini baru-baru ini dan mempamerkan hasil penyelidikan pensyarah dan pelajar tahun akhir fakulti berkenaan.

Program itu mempertandingkan 15 Projek Sarjana Muda dari setiap jabatan di fakulti itu iaitu Jabatan Thermal Bendalir, Jabatan Struktur Bahan, Jabatan Automotif dan Jabatan Rekabentuk dan Inovasi.

Perisian simulasi yang diberi nama “3 DOF Vehicle Dynamic Simulator” hasil ciptaan tiga pensyarah, Fauzi Ahmad, Khisbullah Hudha dan Ahmad Lukman, pula dipilih Produk Paling Sofistikated.

Perisian itu mampu mensimulasi beberapa keadaan kenderaan dan amat berguna dalam bidang automotif.

Related posts:

  1. Seorang Remaja, Mohd Solihin Che Kassim Koma Jatuh Motosikal DiBaling Topi Keledar
  2. Kadar Tarif Elektrik Naik 2.23 sen/kwj Bermula 1 Jun 2011
  3. Sarbani, Pegawai Kastam Mati Jatuh Bangunan SPRM | Gambar Dan Video
  4. Bajet 2011 | Dasar ELV | Tiada Lagi Kenderaan Lama Di Jalan Raya
  5. Tukar Struktur Permalinks Tanpa Rosakkan Link Yang Lama | Broken Links

Leave a Comment