Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M 3.0 2014

Feri Penumpang Kuala Perlis ke Langkawi Tenggelam Ketika DiSenggara

by Ezany-Kun in Berita

Risau juga nak pergi ke Langkawi menaiki feri selepas ni. Nasib baik tiada penumpang ketika feri tersebut tenggelam. Dikatakan feri tersebut mampu memuatkan sebanyak 90 orang penumpang. Kerugian yang dianggarkan pula adalah sebanyak RM1 juta.

LANGKAWI: Sebuah feri yang sebelum ini diguna membawa penumpang dari Kuala Perlis ke Langkawi tenggelam ketika disenggara di Jeti Kuah di sini. Pengarah Urusan JMV Ferry Service Ku Azhar Ku Abdul Razak berkata insiden itu disedari berlaku kira-kira pukul 9.30 malam tadi oleh pekerja syarikat berkenaan. “ Feri itu tenggelam sepenuhnya jam 7.30 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata feri berkenaan yang boleh memuatkan sehingga 90 penumpang dihantar untuk penyenggaraan selepas berlaku kebocoran pada bahagian ekzos. Kerugian ditaksir lebih RM1 juta.

Difahamkan usaha menaikkan feri seberat 25 tan dengan panjang lebih 20 meter itu sedang dijalankan menggunakan kren, manakala tinjauan di tempat kejadian mendapati anggota Jabatan Laut sedang mengawal tumpahan minyak dari feri berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Mohamad Sayuti Sapie berkata pihaknya sudah mengambil sampel tumpahan minyak di kawasan kejadian. ”Kita sedang bekerjasama dengan Jabatan Laut untuk memantau keadaan kawasan itu,” katanya ketika dihubungi. – Bernama

Related posts:

  1. Senjata Yang Digunakan Untuk Membunuh Datuk Sosilawati Lawiya Dan 3 Lagi Mangsa
  2. Hafiz, Aril, Ayu, Tini, Anne – Hanya Kerana Cinta | Lirik Lagu
  3. Sarina Jaafar Bunuh Diri Tiada Kaitan Kes Bunuh Datuk Sosilawati Lawiya
  4. Sinopsis Putri Yang DiTukar
  5. M Rajoli Meninggal Dunia Akibat Sesak Nafas

{ 1 comment… read it below or add one }

hafizmd September 23, 2010 at 10:25 AM

ini yg aku selalu risau ni..hooho..

alhamdulillah..takde pe2 yg berlaku mase aku p baru2 ni..

Reply

Leave a Comment