Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Gadis Berusia 13 Tahun DiCerai Talak Tiga, Kahwin Tidak Sampai Setahun

by Ezany-Kun in Berita

Pasangan muda iaitu Nor Fazira Saad, 13 dan Mohd Fahmi Alias, 20, telah disahkan bercerai dengan talak tiga pada 11 November lalu di Mahkamah Syariah Kulim, kurang seminggu sebelum sempat menyambut ulangtahun pertama perkahwinan. Nor Fazira yang baru berusia 12 tahun ketika dinikahkan dengan pasangannya, Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 20 tahun.

Bapa kepada Nor Fazira iaitu Saad Mustafa, 43, berkata, beliau menerima kenyataan berkenaan walaupun pahit dan menganggap bukan jodoh anaknya untuk kekal di alam perkahwinan.

Saad Mustafa turut memberitahu bahawa dia tidak mengetahui punca sebenar keretakan rumah tangga anaknya itu kerana Nor Fazira tidak banyak bercakap mengenai nasib yang menimpa dirinya. Buat masa ini, Nor Fazira tinggal bersama bapa saudaranya di Padang Serai supaya jiwanya kembali tenang.

Nor Fazira mendirikan rumah tangga dengan pasangannya pada usia 12 tahun selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1) (a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008.

Majlis pernikahan pasangan itu dilangsungkan di Masjid Kampung Padang Cina dengan mas kahwin RM1,500 serta wang hantaran RM4,552 pada 17 November 2012 selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November 2012.

Di Malaysia, undang-undang umur minimum perkahwinan adalah 18 tahun, tetapi 16 tahun untuk anak gadis Muslim dan mereka yang berusia di bawah 16 tahun boleh berkahwin dengan keizinan Mahkamah Syariah.

Sumber: Astro Awani / Harian Metro

Related posts:

  1. 3 Lelaki Larikan Seorang Gadis Berusia 15 Tahun Untuk DiPaksa Berkahwin
  2. Gadis Berusia 14 Tahun DiSahkan Mengandung Kerana Di Rogol Bapa Tiri
  3. Tiga Wanita DiTangkap Tidak Puasa Di Pulau Pinang
  4. Siti Saida Taruddin Sah Cerai Talak Satu Dengan Suami, Mohd Ghazali Yahya Zikri
  5. Gambar Kamariah Ali, Permohonan Pengikut Ayah Pin Murtad DiTolak

Leave a Comment