Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

(Gambar) Banjir Kilat Di UiTM Shah Alam

by Ezany-Kun in Berita,Gambar

banjir uitm shah alam

Beberapa kenderaan milik pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, yang diletakkan berhampiran pintu masuk belakang kampus itu mengalami kerosakan akibat dimasuki air selepas dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat, semalam.

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, hanya kawasan sekitar pintu masuk ke di UiTM International Centre (UIC) yang dinaiki air sedalam 0.5 meter sebelum air surut dua jam kemudian.Beberapa pelajar semester lima dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik yang meletakkan kenderaan mereka di pintu masuk belakang di UIC mengalami kerosakan.

“Saya letak kereta saya dekat UIC sebab saya ke Port Dickson untuk lawatan sambil belajar dengan menaiki bas tetapi apabila saya pulang ke sini, enjin kereta sudah tidak boleh dihidupkan,” kata seorang pelajar yang enggan dikenali.
Seorang lagi pelajar berkata, dia juga seperti rakannya meletakkan motosikal di UIC kerana mengikuti program lawatan sambil belajar di Port Dickson.

“Apabila saya pulang ke UIC, saya cuba hidupkan enjin motosikal saya tetapi gagal. Ekoran itu, saya terpaksa menghubungi mekanik untuk membaiki motosikal saya,” katanya.

Pelajar lain, Asraf Thaqib, 22, berkata air mulai membanjiri kawasan itu sekitar jam 12.30 tengah hari.“Saya selalu menggunakan laluan pintu belakang UiTM untuk ke kelas dan agak terkejut kerana tiba-tiba hari ini (semalam) banjir yang mana air naik hingga ke paras lutut,” katanya. -Metro

Related posts:

  1. Gambar Kemalangan Bas UITM Dan Proton Wira Di Kampung Paya Rumput-Lubok China Alor Gajah
  2. Gambar Penampakan Buaya Ketika Banjir Kilat Di Kajang 2 Disember 2011
  3. Snowalk @ I-City Shah Alam | Gambar
  4. Semakan Keputusan Kemasukan UiTM Sesi 2011/2012
  5. 2 Pelajar UiTM Seri Iskandar Maut Dalam Kemalangan | 26 November 2011

Leave a Comment