Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Gambar Dan Harga Proton Saga Super Value (SV)

by Ezany-Kun in Berita,Gambar

Proton telah melancarkan model mampu milik iaitu Saga SUPER (SV) dengan harga yang lebih rendah, namun dengan nilai kenderaan lebih tinggi berbanding sebelum ini. Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Hisham Othman berkata, Proton Saga SV yang dilancarkan hari ini berharga RM33,438 hingga RM36,888 iaitu kira-kira RM5,000 lebih rendah berbanding model terdahulu.

“Apa yang menarik, dengan harga yang lebih rendah ini kami tidak mengurangkan nilai model tersebut tapi kita meningkatkannya. Saga SV yang dilancarkan ini memiliki rating standard keselamatan ASEAN NCAP 3 Bintang yang meningkatkan ciri-ciri keselamatan kepada model ini,” katanya ketika majlis pelancaran Proton Saga SV di Mutiara Damansara di sini hari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Eksekutif Proton, Tan Sri Khamil Jamil berkata, bakal pembeli juga diberi pilihan untuk membayar pinjaman bulanan yang lebih rendah untuk memiliki Saga SV.

“Pembeli hanya perlu membayar RM250 sebulan dengan beberapa institusi kewangan terpilih dan ini merupakan satu keutamaan dalam satu pakej kenderaan yang menarik,” katanya.

Harga untuk model Saga SV 1.3 (M) dijual pada harga RM33,438 (Solid) dan RM33,888 (Metallic) manakala Saga SV 1.3 (A), RM36,438 (Solid) dan RM36,888 (Metallic). Saga SV didatangkan dengan jaminan tiga tahun/100,000 km. Anda yang berminat sudah boleh melakukan tempahan mulai hari ini.

Related posts:

  1. Gambar Proton Saga FLX SE – Harga RM49,449
  2. Video Rakaman CCTV Rafizi Hamdan Maut DiLanggar Lari Kereta Proton Saga WCK 2290
  3. (Gambar) Pelumba Basikal, Rafizi Hamdan Maut DiLanggar Lari Kereta Proton Saga WCK 2290
  4. (Gambar & Video) Proton Preve, Nama Model Proton Baru 2012 P3-21A
  5. Gambar Kereta Test Drive Proton Preve Tayar Hampir Tercabut

{ 10 comments… read them below or add one }

Taqeem June 22, 2013 at 11:23 PM

Assalamualaikum@hello?
Di sini saya(En.Mustakim) mahu bertanya tentang urusan bayaran bulanan mengenai kereta Proton SV Model 1.3 FLX.
Adakah benar bayaran bulanan berjumlah RM 250.00 selama sembilan
tahun dan tiada bayaran cengkeram ?
Dengan siapa boleh saya berurusan ?
Sekian,terima kasih

Reply

azmi July 16, 2013 at 1:38 PM

Aku dah tempah Proton SV 3 minggu yang lalu…
Berapa lama lagi aku harus menunggu aar?

Reply

azhida rezky July 18, 2013 at 8:20 PM

assalamualaikum…hai..
saya nak tnya,,
duit muka atau duit kereta perlu bayar berapa yer?
bulan2 rm250 selama berapa tahun?

Reply

ALBERT EGIN July 22, 2013 at 12:07 PM

1. Di mana boleh buat tempahan kalau di negeri Sabah.
2. Bagaimana dengan cara bayaran. Adakah memerlukan deposit, kalau perelu deposit, berapa deposit yang harus dibayar.
3. Berapa bayaran untuk tempahan
4. Berapa gaji yang layak untuk mendapatkan full loan.

Reply

Puan norini July 23, 2013 at 1:49 PM

Berapa lama loan approve dri bnk?ne dh mau seminggu lebih sy loan tapi tiada khabar berita

Reply

betty john July 29, 2013 at 10:45 PM

1. berapa gaji bersih dapat ambil kereta proton sv?
2. adakah enjin kereta proton sv sama dengan enjin proton flx?
3. macam mana skala pembayaran proton sv tahun demi tahun?
4. adakah penjamin diperlukan?
5. adakah proton sv ada warna kelabu?
6. berapa tahun jaminan kereta proton sv?
7. adakah terdapat servis percuma untuk proton sv untuk beberapa tempoh?

Reply

Hamdan Neor August 4, 2013 at 4:45 PM

Kt banting,kuala langat ni mane nk beli SV ni ye ???

Reply

Zurey August 14, 2013 at 2:10 PM

Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan berkenaan Saga SV 1.3 ni…
untuk pembeli area Lembah Klang atau disekitarnya yang berminat, boleh lah hubungi saya segera..
h/p: 019-3600838
email: zurey82@yahoo.com

Terima kasih…

Reply

Hasnul b Abd Rahman August 15, 2013 at 8:28 PM

Kenapa bekalan lmbt dihntr kepada pelanggan. Berapa lama tempuh baru pelanggan dpt kereta yg dibeli

Reply

Pengguna SV October 6, 2013 at 9:35 PM

Yg jd lmbt tu sbb permintaan melebihi pengeluaran..biasanya 1-2 bulan tempoh dpt kete tu..ada yg 3 bulan pn ada..rm250 tu jgn percaya sgt..dia ada t&c tu

Reply

Leave a Comment