Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

(Gambar) Finalis Peserta Ustazah Pilihan Ke Pentas Akhir

by Ezany-Kun in Berita

Selepas menjalani pelbagai cabaran dan tugasan selama lapan minggu, empat peserta program pencarian Ustazah Pilihan (UP) di peringkat separuh akhir, malam Khamis, akhirnya mampu menarik nafas lega apabila diumumkan mara ke pentas akhir pada 1 Disember depan.

Empat finalis tersebut adalah Masfira Hilman (Fira), Firuz Akhtar Mohamad Bohari (Firuz), Nurul Hidayah Kamarudin (Hidaya) dan Siti Fatimah Mohd Sharif (Siti).

Fira berkata suasana sebak menyelubungi pengumuman keputusan itu kerana pada awalnya mereka difahamkan bahawa hanya tiga finalis sahaja yang akan mara ke peringkat akhir.

“Pada awalnya, kami difahamkan hanya tiga finalis saja yang akan dipilih ke pentas akhir. Saya tidak sangka kami semua akan mara,” katanya yang ditemui selepas program itu.

Siti pula berkata keputusan itu adalah satu kejutan termanis buatnya kerana selama bersaing dalam UP, dia adalah satu-satunya peserta yang kurang cemerlang berbanding yang lain.

“Sejujurnya saya memang bersedia untuk menerima sebarang keputusan. Saya sedar prestasi diri tidak sebaik yang lain.

“Namun, ia tidak pernah membuatkan saya mengalah untuk terus memperbaiki kekurangan yang ada. Saya bersyukur di atas peluang yang diberikan ini,” katanya.

Dalam pada itu, mudirah (pengetua) program itu, Dr Robiah K. Hamzah berkata prestasi terbaik yang ditunjukkan keempat-empat peserta khususnya dalam segmen terakhir iaitu Raudhah adalah persembahan terbaik mereka sepanjang program itu berlangsung.

“Kejutan dan gimik pihak penerbitan yang memberikan peluang kepada empat finalis untuk mara berbanding tiga finalis seperti yang difahamkan sejak awal adalah sesuatu di luar jangkaan.

“Mungkin sebab itu, kami berasa sebak dan tidak dapat mengawal emosi sehingga menangis. Jika mengikut prestasi dan kesungguhan masing-masing, mereka berempat terutamanya Siti memang berhak ke pentas akhir,” katanya.

Minggu separuh akhir (minggu kelapan) UP, malam Khamis, menyaksikan empat peserta ini telah diberikan tugas untuk berkunjung ke Pusat Rawatan Komplimentari Yashfien bersama Datuk Engku Ansaruddin Agus (Pak Engku).

Dengan judul tugasan Rawatan Islam alternatif kepada Rawatan secara Sains, mereka ke sana untuk mengetahui perubatan Islam secara lebih mendalam.

Seperti biasa, usaha-usaha peserta ini dihujahkan dan dibentangkan dengan bimbingan Dr Robiah K. Hamzah dan dua mursyidah Prof Dr Muhaya Mohamad dan Ustazah Zawiah Hassan.

Pentas akhir UP akan berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 1 Disember depan, pukul 9 malam dan juga secara langsung di Astro Oasis (saluran 106).

Ia dihoskan oleh penyampai radio IKIM, Siti Rohani Surani. -Mstar

Related posts:

  1. Senarai Peserta Raja Lawak 5 | Astro Prima
  2. Senarai Peserta Dan Lagu Peringkat Akhir Anugerah Juara Lagu ke 25 | AJL 25
  3. Peserta Akhir Imam Muda 2 | Nazrul Izwan Zolkiflee & Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza
  4. Gambar Dan Profil 10 Peserta Mari Menari 2 | Astro Ria
  5. Lee Chong Wei Marah Ke Separuh Akhir Kejohanan Badminton Dunia 2011

{ 1 comment… read it below or add one }

الدين June 25, 2015 at 7:10 AM

Assalamualaikum. Masih adakah lagi calon ustazah yg masih bujang dan ingin mencari pasangan. Sila contact 0123826606. Terima kasih

Reply

Leave a Comment