Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Gambar Kemalangan Di Lebuhraya PLUS Senawang-Pedas Linggi | 6/12/2013

by Ezany-Kun in Berita,Gambar

Satu kemalangan berlaku di Lebuhraya PLUS di Km 244.6 dari Senawang ke Pedas Linggi melibatkan beberapa buah kenderaan lebih kurang pukul 4 petang tadi. Buat masa ini, lorong kanan, tengah dan kiri terhalang. Hanya lorong kecemasan sahaja dibuka. Trafik perlahan di kedua arah sejauh 10 kilometer.

Jurucakap polis berkata kejadian berlaku apabila sebuah lori tangki yang dalam perjalanan dari Seremban menuju selatan dipercayai hilang kawalan dan berpusing. Katanya akibat itu lori berkenaan kemudian merempuh kereta Myvi yang dinaiki Rasidah bersama suami dan anak mereka serta dan sebuah teksi.

“Kereta Myvi yang dipandu Khairul Nazri terperosok di belakang lori tangki itu sebelum dirempuh pula teksi berkenaan,” katanya di lokasi kejadian.

Jurucakap itu berkata tiga kenderaan lain iaitu sebuah lori seberat 16 tan, sebuah bas persiaran dan sebuah motosikal yang mengekori dari belakang turut merempuh lori tangki itu.

“Bas persiaran yang tidak berpenumpang itu yang dipandu Ahmad Zaki melanggar bahagian badan lori tangki berkenaan sebelum lori lain yang membawa bahan binaan dan sebuah motosikal turut melanggarnya,” katanya.

Update: Menurut sumber kemalangan melibatkan 2 lori, bas ekspres, teksi MPV, Myvi dan Superbike. Dalam kemalangan di lebuh raya arah selatan itu, dua yang maut dikenal pasti sebagai pemandu sebuah bas ekspres yang tidak membawa penumpang dan seorang wanita yang menaiki sebuah kereta.

Update: (7/12/2013) Bayi di dalam kereta Myvi yang terselamat semalam meninggal dunia┬áketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka. Manakala ayahnya dan seorang penunggang motosikal yang cedera parah masih dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

Mangsa yang terkorban:

Ahmad Zaki Kassim, 33 (pemandu bas)

Rasidah Abdul Latip, 30 (penumpang Myvi)

Bayi 10 bulan (anak Rasidah)

Related posts:

  1. Gambar Kemalangan Di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) | 11 Jun 2012
  2. Gambar 3 Kereta Sport Lamborghini Kemalangan Di Lebuhraya PLUS KL-Seremban | 6/12/2013
  3. 2 Pelajar UiTM Seri Iskandar Maut Dalam Kemalangan | 26 November 2011
  4. Gambar Lamborghini Gallardo Kemalangan Di Lebuhraya Guthrie | 27 Januari 2012
  5. Gambar Kereta Ainan Tasneem Kemalangan Teruk

{ 1 comment… read it below or add one }

dayah dabest December 8, 2013 at 7:36 PM

Patut la jam teruk hari tu..saya kerja kat sebuah syarikat bas ekspres mase tu hairan nape bas yang patutnya dah sampai tak sampai-sampai lagi…ngeri betullah kemalangan tu..jadi takut lak nak bawa kenderaan..

Reply

Leave a Comment