Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Gambar Kia Sportage Baru 2011

by Ezany-Kun in Gambar,Kereta

Masih mengekalkan ciri-ciri versatil, kenderaan sukan utiliti (SUV) Kia Sportage terbaharu yang dilancarkan semalam mempunyai reka bentuk moden yang lebih berani dan bergaya.

Ketua Pegawai Operasi Naza Kia Malaysia Sdn. Bhd. (Naza Kia), Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar berkata, elemen-elemen yang turut menyerlahkan gaya hidup masa kini yang terdapat pada model tersebut di samping tawaran harga di atas jalan RM138,888 seunit itu dijangka memacu jualan model SUV kompak itu kepada 200 unit sebulan.

Naza Kia merupakan pengedar tunggal kenderaan Kia di Malaysia.

“Model baharu ini memberikan penampilan yang lebih segar tetapi pada masa yang sama memberi penekanan kepada fungsi yang sering diingini pelanggan seperti penggunaan minyak yang lebih efisien, bentuk yang lebih teguh dengan roda aloi 18 inci (46 sentimeter), bumbung tembus cahaya dan sistem bunyi dengan sambungan USB, AUX, pemain iPod dan Bluetooth.

“Mendapat penarafan keselamatan lima bintang Euro NCAP, model ini didatangi dengan enam beg udara, kawalan brek turun bukit, bantuan kawasan permulaan bukit, kawalan brek membelok dan sistem kawalan cengkaman,” katanya pada majlis pelancaran model terbaharu Kia Sportage di sini semalam.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Naza Kia, SM Nasarudin SM Nasimuddin dan Pengurus Besar dan Ketua Operasi Asia Kia Motors Corp., Seonpil Choi.

Syed Abdull Hafiz berkata, ciri-ciri utama lain ialah lampu depan yang akan menyala selama 30 saat selepas enjin dimatikan, paparan kamera belakang pada cermin pandang belakang dan radius pusingan yang kecil.

“Sportage baharu yang dilengkapi dengan enjin petrol dan transmisi automatik enam kelajuan ini menambahkan lagi tanda aras kenderaan segmen SUV kompak dan sehingga Mei lalu, ia merupakan model kedua Kia yang paling laris dijual, selepas Forte,” ujar beliau. -Kosmo

Related posts:

  1. Gambar Terbaru Perodua Myvi Baru 2011
  2. Kereta Chevrolet Cruz Milik Salma Mentor 5
  3. Kadar Baru Kompaun Saman Trafik PDRM, JPJ & DBKL Mengikut Kategori Kesalahan
  4. Proton Gen2 Dan Satria Neo (2004-2008) DiTarik Semula
  5. Bajet 2011 | Dasar ELV | Tiada Lagi Kenderaan Lama Di Jalan Raya

Leave a Comment