Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M 3.0 2014

Gambar Legoland Malaysia Di Iskandar Malaysia, Nusajaya, Johor | Harga Tiket Legoland Malaysia

by Ezany-Kun in Berita,Pelancongan

Sebanyak 15,000 struktur model dibuat daripada kira-kira 30 juta keping Lego dan lebih 40 permainan, pertunjukan dan tarikan interaktif akan menjadi ciri utama Taman Tema Legoland Malaysia (Legoland Malaysia Theme Park).

Taman Tema Legoland Malaysia adalah pusat tarikan Medini Lifestyle, hub gaya hidup dan hiburan di Medini Iskandar Malaysia yang turut termasuk pusat membeli-belah, pembangunan komersil dan bangunan pejabat.

Ia adalah taman tema Legoland pertama di Asia dan yang keenam di seluruh dunia. Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai permainan dan aktiviti yang disediakan anda boleh lawati laman web rasmi Legoland Malaysia.

Legoland Malaysia akan dibuka secara rasmi pada 15 September 2012.

Lokasi Dan Peta

Harga Tiket *rebate RM30 bagi pemegang MyKad

Hotel Legoland (Model)

Lego City


Land Of Adventure

Imagination

Miniland

Market Restaurant

Pintu Masuk Legoland Malaysia (Entrance)

Permainan Dan Lain-Lain

Related posts:

  1. Harga Tiket Malaysia Vs Lubnan (Lebanon) | 23 Jun 2011
  2. Harga Tiket Malaysia Vs Taiwan (Chinese Taipei) | 29 Jun 2011
  3. Harga Tiket Malaysia Vs Singapore | Kelayakan Piala Dunia 2014 | 28 Julai 2011
  4. Harga Dan Lokasi Jual Tiket Malaysia Vs Singapura
  5. Gambar Proton Saga FLX SE – Harga RM49,449

{ 123 comments… read them below or add one }

Nur Aien July 26, 2012 at 3:47 PM

Mahalnya tiket..Hurm,tk mampu!

Reply

Rosianto December 1, 2014 at 8:46 PM

Terima kasih banyak Aky Ternyata Angka jitu hasil Ritual KI JAYA Yang saya minta ternyata Tembus HONGKONG 4D MINGGU 30 NOVEMBER 2014 DENGAN ANGKA 9567 Puji TUHAN SAYA mendapatkan kemenangan 370 JUTA. Sampai-sampai saya mengeluarkan Air mata, SAYA sangat terharu, bahagia dan bersyukur kpd TUHAN Yang Maha Esa. Skrng SAYA sudah memiliki modal untk buka usaha sendiri dan sdh membeli Rumah dan yg paling utama SAYA tdk Terlilit Utang lagi sewaktu SAYA menjadi pegawai pabrik. Jgn pikirkan lagi, langsung hub “KI JAYA” Di (((085-321-606-847_))) Terima kasih banyak Aky Semoga TUHAN membalas kebaikan Anda

Reply

yin August 24, 2012 at 1:51 PM

Klu bg offer sempena hari merdeka n satu Malaysia blh join

Reply

nourish September 2, 2012 at 8:46 PM

sudahlah jauh..mahal pula….mana mampu…..tak da discount ker????kesian saya ,tunggulah kaya ,baru saya pergi,itu pun umur panjang……

Reply

Mummy Akmar September 3, 2012 at 10:14 AM

Bestnya LegoLand kini dah siap. Semua dah dapatkan annual pass beli skrang dapat discount..

InsyaAllah holiday plan for next year! Heuheuhe

Reply

eddiemarco September 4, 2012 at 9:20 PM

Pehh..!! salute to Malaysia.. walaupun belum 100% complete. Sekurang2nya ada juga theme park international level. Salute…!!!

Reply

angah September 5, 2012 at 4:22 PM

harga tiket tu cnfirm rmai yg x mmpu.termsuk sya gak tu….klau stakat bwah 30mgkin la….

Reply

insan terpilih September 6, 2012 at 10:50 AM

saya cadangkan untuk mengurangkan harga tiket untuk warganegara SAHAJA .
untuk dewasa sebanyak RM100 manakala kanak-kanak sebanyak RM80 .
mungkin dengan harga ini, mampu menarik lebih ramai rakyat malaysia untuk datang ke sini dengan harga yang berpatutan .
KERJASAMA PIHAK TUAN/PUAN AMAT KAMI HARGAI .
#pertimbangkanlah permohonan kami yang TAK MAMPU ini .
terima kasih :)

Reply

min September 9, 2012 at 12:58 AM

Bukankah sekarang ni ada promosi RM96 dewasa & RM70 kanak-kanak untuk limited time offer?? (masuk sebelum 31 disember 2012)

Reply

jojo September 6, 2012 at 11:47 AM

jauh lah harga mahal….cube kurangkn sedikit harga…nak pergi sna duit mnyak lagi,kalau naik bas tmbang mahal,rasenya kalau satu kepala dalm rm 100 bagi dewasa n kanak2 pula rm 80 mmang ok sngat…..harap dipertimbangkan

Reply

luqluq September 7, 2012 at 12:59 AM

berbangga dgn hasil kerja rakyat tempatan terutama ramai rakyat malaysia…tp dgn harga kos tiket yg mahal & tinggi..bkn ramai menarik ramai rakyat malaysia tp pelancong luar….klo mcm ni harga tiket mmglh sekali seumur hidup masuk

Reply

liza September 8, 2012 at 12:43 AM

mahal betul lah,,mengalahkan genting higlands tu,,,mesti tempat tu sepi nanti,,,

Reply

adif November 2, 2012 at 12:46 PM

aku boleh gi tak mahal pun

Reply

emy endy din malim melaka September 8, 2012 at 12:46 AM

mesti ramai yg x mampu,,cuba buat mcam genting highlands,,kan terjangkau?…murah tapi ramai yg datang mesti banyak untung,,ini mahal tapi sikit je datang,,sama je kan x ada untung,,,cuba pertimbangkan,,,

Reply

FADZILINA ZAINAL ABIDIN September 8, 2012 at 4:32 PM

harganya ok la compared disneyland HK and USS

Reply

sebutharga October 16, 2012 at 12:31 PM

harga tak okeh la..kene murah sikit sbb kene amik kire pendapatan rkyat malaysia..jgn nk target pelancong datang..pelancong bukan dtg tiap2 ari..dh mcm harga USS je RM138 (kalau dtukar ke RM) mmg patot la mahal sbb dh terkenal 1 dunia..kalau masih dlm penambahbaikan, kurang2 kan la sikit harganye..maybe special offer kpd pemegang myKad.rakyat malaysia rata2nya pendapatan berkapita sederhana..kene amik kire tu.. peace no war~~

Reply

Az September 9, 2012 at 12:11 AM

Harga okla untuk taman tema jenama antarabangsa. Sunway Lagoon pun dah harga RM100.

Reply

Azlyn September 28, 2012 at 6:57 PM

Setuju…. Buang duit g indon tk bising pula

Reply

efa October 2, 2012 at 1:20 PM

ok sgt harga ni… jenama antarabangsa… nak wat pon bejuta2, mau lg harge murah.. ni bkn brg malaysia… p universal studio kat singapore lg rmi org malysia p… lau rse xmampu, wat ape yg mampu je… pape pon, the best malaysia…

Reply

min September 9, 2012 at 12:51 AM

Biasanya taman tema antarabangsa ni akan ada promosi pada hari-hari atau waktu tertentu. Kena rajin semak dari masa ke semasa untuk dapat tiket harga murah.

Reply

Aliyn Amerul September 10, 2012 at 12:41 PM

Jauh nyer….Mahal lak tuh…kene tunggu kaye lah cmni…terpikir, kesian kepada keluarga yang kurang berkemampuan..kalo stakat anak sorang x pe la..kalo da 5 ke 6 orang…x ke haru…pertimbangkan la harga tiket…bukan semua rakyat malaysia berpendapatan bagus…

Reply

suzynik98 September 29, 2012 at 3:23 PM

Btol2….

Reply

Fadzly 71 September 10, 2012 at 1:10 PM

Universal Studio Singapore pun dah RM200+..ramai org malaysi gi sana

Reply

mica October 6, 2012 at 8:23 AM

yang g singapore tu smuanya yang kaya…..yg xmampu…dok dgar,dok tgok…xsmua orang dlahirkan hdup senang… Biasalah….orang senang slalunya mana nk tahu kesusahan orang lain…

Reply

noname August 1, 2013 at 1:08 PM

setuju

Reply

zura September 10, 2012 at 4:26 PM

mahal sikit je kott … skli pergi cukup arr… USS lg mhl ..

Reply

FARID PJ September 11, 2012 at 2:01 PM

LOKASI BAGUS & STRATEGIK,
IANYA BAGI ORANG YANG BERKEMAMPUAN & BERKEHENDAK, KALAU SETAKAT GAJI BAWAH 3RIBU KENALAH MENABUNG SIKIT-2.
KITA PATUT BANGGA, NEGARA KITA MAMPU ANJURKAN TAMAN TEMA YANG TERKENAL NII…. LAGIPUN RAKYAT TEMPATAN DAPAT TEMPIAS UNT BISNESS KECIL-LAN SPT KRAFTANGAN, BAJU, KEDAI MAKAN DAN LAIN2 LAGI. KERAJAAN NEGERI PATUT MENYEDIAKAN PASAR PAGI YG BERDEKATAN DISITU AGAR RAKYAT TEMPATAN DAPAT TEMPIAS HASIL PELANCONGAN & KURANGKAN KEMISKINAN. ADA SAPA2 SETUJU TAK…….

Reply

min September 11, 2012 at 6:22 PM

Legoland Target 1 juta pengunjung setahun (purata 83000 sebulan atau 2700 sehari). Kalau bukak bisnes goreng pisang kat depan Legoland tu, dapat target 100 orang sehari pun dah kira OK. he.. he.. he (1 org belanja Rm 10 x 100, dah dapat = RM1000 sehari jual goreng pisang aje..)… THINK POSITIVE

Reply

Hida Dean September 19, 2012 at 2:36 PM

Ye saya sokong…burger jek dah RM15.00, ais cream yg RM1.00 kat luar, jual kat dalam dah RM4.00…pada saya harga tiket bukan masalah besar, cuma harga makanan dan minuman sahaja..So bawa lah bekal yg secukup nya..

Reply

Botol kaca January 3, 2013 at 10:43 AM

nGam! :D

Reply

AINUL MAZIAH BINTI ABD RAZAK September 12, 2012 at 11:27 AM

SAYA NAK PERGI……TAK KISAHLAH HARGA BERAPA PUN.

Reply

Lona September 28, 2012 at 7:02 PM

Sya dh pergi mmg bes & berbaloi sgt byr rm98-gn voucher discount dr mayban. Sape lg nk support ekonomi m’sia klu bkn rakyat sendri kan… Buang duit g shoping kat bandung tak pula bising…Think Positive peace no war

Reply

isaac haikal danel September 13, 2012 at 3:57 PM

hummm……….. kenapw saya masuk free?……. apw yang pelik i ni………
mukin ni ar rezeki kot…. heheheheheeeee…… x caya?.. jom i tunjuk kan cam nw nak in free……….. huhuuuuuuuu………..

good luck.
thank’s you.

Reply

dzarihan September 14, 2012 at 12:52 PM

t empat menarik….tapi harga tiket mahal tak dapet den nolong,……x de diskaun ke pd hr satu malaysia

Reply

ImmaDamia September 14, 2012 at 5:40 PM

Harga tiket lebih kurang Universal studio,Singapore je…..bagila diskaun untuk rakyat malaysia then for below 4years halfprice or FOC je….but Welldone!!!Malaysia semakin maju

Reply

ab September 15, 2012 at 7:20 PM

hi apa kabar smua…kita harap legoland dpt mmberi nikmat melancong….kpd warga asing dan tempatan……tpi kalau rate dikurangkan….boleh la arga yg kurang mampu dpt jga melawat…bukan smua org malaysia kaya2……kesian yg punya anak2 yg jga ingin ke sana…….so please give a proper rate of dicount or fares to all…especially to the lesss fortunate……keep it as a long term……thanks to the management of legoland…and please consider my suggestion……..

Reply

nor September 16, 2012 at 4:39 PM

mahal sgt la klu 1 family anak 4 mak ayah total sume
4xRM110=RM440
2XRM140=RM280
TOTAL=RM720
Blm msk mkn n wit minyak,penginapan ag…. kata nk promote mlysia….
pihak bekenaan…kerang la seket jgn lbh RM50 ok la…..
mcm kiorg n family bsr…kempunan la nk pg….

Reply

Mo September 17, 2012 at 12:01 PM

Murah kalau dibandingkan dengan Universal Studio Singapore.

Reply

mie September 23, 2012 at 7:48 PM

Bodoh. Korang pernah ke pergi universal studio singapore? Sana lg hebat. Mmg berbaloi byr mahal. Lg hebat dr legoland.

Reply

Hellboy December 4, 2012 at 6:38 PM

aku da pegi legoland n uss.. Tapi xde la nk ckp org lain bodoh.. Apa punya org adab kelongkang… Blagak x btempat.. Org mcm ni pun ada…

Reply

Manusia January 1, 2013 at 1:14 AM

Bodoh ? Kau pernah ke pergi universal studio kat paris ? Rollercoaster star wars lagi okay … Berbaloi byar harga mahal , harga hotel +flight … Btw ayat kau tak boleh lagi kurang ajar ke ? Kau dah bagus sangat ke sampai ckp org bodoh ? Setakat uss tu jer dah berlagak -.- hakktuiih :P org lain pon dah pegi tapi takde pon nak berlagak mcm kau ..

Reply

Nody September 28, 2012 at 7:17 PM

G USS kna ada pasport ‘tk bsing pl’… Entrance fee lg mhl dr legoland ‘pn tk bising jg’… Kecoh pl bl entrance fee legoland mahal… Sape yg kta bodoh tu dh pegi k legoland???? Think positive

Reply

efa October 2, 2012 at 1:24 PM

wawawawawawawawaawawa…. ckp p sane cni mcm good2 je… hahhahah… sokong Nody…

Reply

hai December 6, 2012 at 11:31 PM

tk, pl,jg,bl,k tu ape? huhu..terlalu short sampai tak paham. huhu.. selalunya ‘k’ digunakan utk OK.
‘k’ awak tu ‘ke’ eh?
‘jg’ selalunya org guna ‘juga/gak’
‘pl’ tu pula eh? selalnya org taip ‘lak’
‘tk’ tu tak eh? selalunya org taip ‘x’ je. dah alang2 ‘tk’ nape tak TAK je. tmbh A je pun. huhu…sekurang2nya biarlah ada BUNYI. hehe. pening saya baca walaupun ada isi dalam komen awak tu.

Reply

hai December 6, 2012 at 11:54 PM

bab mahal tak mahal ni…payah nak cerita. sbb ikut masing2. pada yg berminat hiburan gini, takkan berkira. penah 1 ketika dulu pi USS harganya $68 ($1 = RM2.50 ) = RM170. tp berbaloi la, masuk pagi keluar mlm.belum masuk makan minum & souvenir. kalau LEGOLAND setaraf USS, In Sha Allah rakyat akan rasa berbaloi masuk. yg mn tak mau masuk LEGOLAND lagi, meh pakat ramai2 pi usha USS dulu. baru hangpa tau bestnya mcm mn. mesti lepas tu rasa nak masuk LEGOLAND plak.

tp kalau ramai2 dok bajet LEGOLAND mcm taman permainan padang botak,papan jongket reput, buaian karat….hangpa jgn pi mana2 pun.dok dlm rumah ja sudah. hehe. nnt rugi duit. taman tema begini utk yg ada minat ja. takdak sapa paksa suruh pi. hehe. jgn marah aaa…

Reply

min December 11, 2012 at 3:05 PM

Nak tau seronok legoland ke tidak, tanya la budak-budak. Kalau tanya orang dewasa tentulah tak sesuai main jongkang jongket. Dah tentula org dewasa lebih suka pegi USS dari legoland. Legoland design for kids. USS utk dewasa. Kalau ramai anak kecil baik pegi legoland sebab yg nak digumbirakan adalah anak-anak kita. Emak bapak tumpang gumbira kalau anak-anak happy. Kalau ramai anak dewasa baik gi USS, tak sesuai main jongkang jongket. Kalau bawak kanak-kanak pergi tempat org dewasa, emak bapak aje yg happy. Anak-anak tumpang gumbira tengok mak bapak happy. he..he..he

Reply

fieza September 17, 2012 at 7:14 PM

harga agak mahal,klu bleh turunkan cikit bg warganegara & klu bleh knk2 bwah umur 12 tahun bg harga separuh

Reply

shahril reza September 18, 2012 at 4:00 PM

mahal…. tp nk g gak sebb msti best… ape2 pun tahniah 2 malaysia… bertaraf antarabangasa beb…

Reply

crew legoland September 19, 2012 at 7:07 AM

terima kasih kerana memberi pendapat anda kepada kami, untuk tahun ini pihak legoland telah menurunkan harga masuk… tertakluk kepada syarat..tahun hadapan tiada harga diskaun … jadi boleh lah untuk membeli pakej untuk family.

Reply

kim September 21, 2012 at 1:27 AM

do we suppose to support LEGO company ??? dulu kan pernah timbul issue Lego buat model yg menghina nabi kita Rasulallah . wake up guys . ape yg nk dibanggakan sgt ?? tix beratus2 mampu nk beli, tp sedekah kt tabung masjid, seringgit p0n berkira . so…. ni lah trick negara barat utk jauhkan hati org islam dr landasan . wallahualam…

Reply

Mady September 28, 2012 at 7:12 PM

Mn u tau org yg g legoland tk menderma…pernah dgr peribahasa ‘tgn kanan m’beri klu blh tgn kiribtk perlu tahu’…pls think positive peace no war

Reply

muhd nabi II September 21, 2012 at 1:42 PM

nnti nk prgi lah

Reply

rakyat malaysia September 22, 2012 at 9:44 AM

nie wat tok ngara laen ke wat tok ngara malaysia…org mlaysia sndri x dpt msuk klw dgn hrga cmtu…bagus la spew2 yg stuju ngan hrga mhal tu…mgkin die dh byk sgt duit…baek derma ckit kat org kurang upaya @ org miskin…

Reply

efa October 2, 2012 at 1:27 PM

nape nak bising2 ni… lau rase xcukup duit, dok diam2, xpyh nak bising2 mtk tron harge, ingt beli ikan ke… dah kate tok golongan bekemampuan je, belanje pon ikat kemampuankn bkn kabaran kn… huhuhu

Reply

nane September 22, 2012 at 9:50 AM

Harga terlalu mahal sangat, kalau boleh turunlah sikit…
Anak ramai macam mana nak pegi. bagi orang kemampuan boleh pegi,
yang tak mampu apa cite….

Reply

syida September 23, 2012 at 4:06 PM

Untuk taman team antarabangsa harga tiket tu kira biasa. USS & HK Disneyland pun mahal ramai gak rakyat dorang pegi . Syabas Malaysia .kat sana pun ramai rakyat kita pergi .

Reply

Nadya September 28, 2012 at 7:08 PM

Agreed 100%…tk perlu buang duit nk byr flight & hotel mhl2 kt m’sia pun bes & harge tiket jauh lbh murah dr disneyland & USS… Bes sgt :)

Reply

nieza September 24, 2012 at 9:21 AM

ada duit pegi takde duit tengok TV..apahal merungut je. Kalau betul berazam semua boleh jadi

Reply

NINI September 24, 2012 at 5:38 PM

KLAU BELI ANNUAL PASS N NK REDEEM BOLEH KE WAKIL TLG REDEEM KAN.

tq

Reply

Ben September 24, 2012 at 8:58 PM

Ini Bagi orang singapura Dan pelancong saja mampu masuk , org macam Saya kat kuala lumpur , nak pergi Johor nak bayar tol , minyak , makan , hotel Dan lain-lain lagi , imagine 5 org dewasa pergi , $2000 pun tak cukup !

Reply

wanie September 24, 2012 at 10:58 PM

legoland mmg besttt….murh skit la….nnti lg rmai yg dtg tmbh lgi prmainan.bg gmpax ckit.tmbh tmn tma aiir kee or what ever.LEGOLAND GO……bg ROLLER COASTER yg gmpax dddaaannn menakutkan.sye hrp apa yg sye kte nie diterimee.bbbyyyeee

Reply

iman nur kasih September 25, 2012 at 10:52 AM

harga agak mahal la bagi saya yang gaji yang tak seberapa ni..tapi tak per la…kalau mahal kene dengan kepuasan kat dalam saya rasa pasti akan berbaloi walaupun tak pg lagi…( tapi dah plan nak pg soon) sy dengar dari orng yang sudah menjejak kaki di sana rata-rata berpuas hati dengan entertainment yang diberikan…saya tak sabar nak merasa sendiri…dan melihat apa yang ada di sana…hope semuanya menyeronokkan….

sya pon ingin mengucapkan syabas to Malaysia kerana telah membina taman teman yang bertaraf antarabangsa…well done…im proud of U.

Reply

atul September 25, 2012 at 6:11 PM

nnt kter ngn family nk gi sni, ader rombng gi sna,
“NAK IKOT TK” hahah mner blh

Reply

arjuna September 26, 2012 at 10:31 AM

Promosi terkini oleh Dutch Lady, apabila kita membeli satu pek susu uht dutch lady (6 kotak – school) kita akan mendapat tawaran istimewa iaitu free entrance utk kanak-kanak di mana satu tiket dewasa yang dibeli kita akan dapat satu free entrance utk anak-anak kita apabila kita bawa kupon tu dan ditukarkan kat pinti masuk legoland Malaysia. Jadi let say kita ada dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak, kita hanya perlu membayar harga 2 tiket dewasa sahaja iaitu RM140.00 x 2 = RM280.00 dan kita dapat jimat sebanyak RM110.00 x 2 = RM210.000. Untuk maklumat lebih lanjut boleh dapatkan susu uht dutch lady berkenaan dan ianya mungkin boleh membantu meringankan beban kita…

Reply

akfa habeeb October 15, 2012 at 12:13 AM

oooo…macam tu ker? betul dapat free?
nak tanya sampai bila tarikh tamat promosi? saya ada 3 orang anak (5,3 dan setahun). jadi 2 orang anak saya free ker? brapa kotak susu kena beli?

Reply

mr Orang Sabah Style September 29, 2012 at 9:54 PM

kalo ble buka la 1 kat sabah……lagi la jauh kalo kami pegi sana semennjung..buat 1 lagi tuk area BORNEO la…bru sabah style……aramaitiihhh

Reply

wahida yunus October 3, 2012 at 8:33 AM

mmg teringin nk g.ada rezeki bln dis ni….sje bwa ank jln2·tp nk tnya c kit dgr cite bnyk yg x c ap lg…betul ke?lg satu nk tnya. ?.klu ada hotel dlm legoland tu…bole kasi info c kit x?tolong ye…..

Reply

Ezany-Kun October 3, 2012 at 8:45 AM

senarai tempat penginapan boleh tengok kat sini.. http://www.legoland.com.my/Plan/Accomodation/

Reply

anijef October 6, 2012 at 8:44 AM

Ada rezeki pergi je

Reply

MyLegoland October 7, 2012 at 3:16 PM

Cantiknya gambar. Sayang saya lupa charge bateri masa pegi sana dulu. Kurang gambar mcm di blog ni. Still, thank u for sharing.

Reply

Ali October 12, 2012 at 12:20 PM

bagi saya harganya setimpal dengan kualiti yang diberikan. mungkin tiket sengaja dimahalkan supaya dapat menyekat kedatangan orang tak mampu (yang berkebolehan untuk merosakkan taman ini). terimalah hakikat.

Reply

orgygtakmampu November 14, 2012 at 10:32 PM

apa kena mengena org yg x mampu dgn merosakkan harta benda awam?? ingat org kaya2 nie xde yg suka rosakkan harta benda ke? jgn rendahkan martabat org miskin mcm saya..ayat LU MACAM HARAM BEB!

Reply

Sam October 13, 2012 at 7:49 PM

I dpt pass percuma kat toy ur us tadi….teringin nak pegi…xder diskaun untuk umur 55 tahun n oku ke??tq

Reply

teratak kasih October 17, 2012 at 1:01 PM

harganya mmg agak mahal…wlupun pndaptan saya kira okay.klu dtg dr utara nak ke legoland..byk kosnya.pada pendpt saya biar berpatutan harganya,ramai pengunjg x spt lost world tambun.

Reply

ariff October 18, 2012 at 8:02 PM

bagi pemegang my kad bg lah discount .. utk pelancong asing normal price.. tak semestinya warga malaysia income nye tinngi.. think positive.. peace no war..

Reply

MIERA October 19, 2012 at 3:50 PM

AYOO! MAHAL YELAH TIKET NI..

Reply

razali October 22, 2012 at 12:48 AM

nak murah buat sediri,nak dekat buat sebelah rumah,nak kata membazir terpulang pada luu

Reply

norziela October 22, 2012 at 3:42 PM

Nk twu gak, arge ticket dewasa RM140 tue dh tolak rebate RM30 tok pemegang My Card ke lom??…

Reply

fazley October 24, 2012 at 1:35 PM

haha takde duit takyah pegi , mcm aku ni kaya . mak bapak bisnes , sundal la korang .

Reply

jup October 25, 2012 at 9:59 PM

Yg free dan murah jgk hangpa suka no ,pyh kot nk jumpak benda yg berkualiti dgn harga yg murah,hangpa pi tgk nilai la sendiri kerja tgn depa,nk puas hati semua mampuih la

Reply

tak kisah October 27, 2012 at 11:23 PM

kalau rasa mahal x yah le p. jgn le paksa diri. belanja ikut kemampuan….

Reply

zarryn October 28, 2012 at 6:30 PM

mahalla harga tickets klu pun mampu msti banyak yang kna d pertimbangkan…tambahan pula kalau yang punya keluarga besar mmg xdpt pergi…klu yang senang 2 cakap semua kna…kna juga peertimbangkan owg sekeliling bukan pentingkan diri sendiri

Reply

rose art November 4, 2012 at 9:08 PM

Hhhhmmmm… Anak2 tiap ari sebut bila nk p legoland… Huhuhu, nt lah syng tiba msanya kta p yaa…, menanti harga promosi rendah gila2… Akn ku update sllu webside legoland ni, sure akn ada prmosi nt, legoland tunggu kami datang yaa… Betul sgt2 komen2 di atas, bgi yg loded rm 100 apa la sgt kn, tpi bgi yg xbrapa tu fham2 aja laaa…

Reply

jamaliah Rahmat November 5, 2012 at 3:24 PM

Rasa-rasa x banyak lagi kot pembinaan kat Lego Land ni..since dia baru kan..I think next year baru semua complete ..so, kalau nak pergi, tunggu lah next year..

Reply

si lolly November 6, 2012 at 12:45 PM

asal mahal sangat kalau i nk pergi ngan family ader 7 psti peh mahal punyer

Reply

wanita perihatin November 8, 2012 at 5:37 PM

I’allah..ada rezeki kami sampai,xde rezeki..tutup tirai..see u legoland!.

Reply

elly zulaikha November 13, 2012 at 12:44 AM

harga tiket saya masih mampu beli…tapiiii…kos nk p sana dari tempat saya d utara nih!!…huhu…

Reply

Mohd Asmawi Bin Ahmad Samidi November 15, 2012 at 7:42 PM

Memang terlalu mahal. Mungkin bagi pengusahanya itulah harganya sesuai dengan modalnya. Tapi bagi saya sebagai pelanggan seperti tidak berbaloi. RM720.00 = 1/5 pendapatan sebulan. Masuk belum tentu seronok. Silap haribulan, bosan, nak keluar pula masa masih panjang. rugi rugi rugi. Apa kata adakan tiket khas lawatan sahaja. untuk buat tinjauan sahaja. tak perlu mengikuti aktiviti yang ada. pusing keliling sejam, keluar. puas hati beli tiket mahal pula. Tapi yelah, kenapa mahal sangat ya, ikut nilai dolar singapura kot.

Reply

shafa layali November 16, 2012 at 6:59 PM

teringat time kecik2 dulu2 minat giler brand lego nih,sape dpt bli yg ori time tuh dh kre loaded tu,alhamdulilah ank2 dpt rse main kt legoland even their parents never get d xperience those day,xpe mak bpak pn leh join skali main,seronok beb….compare g Universal Studio ok pe…mampu gi la,rakyat msia xyah nk bebankn dri g overseas sgt cni pn dh de pe lg support our mlaysian tourism!!!

Reply

ellyssa sweet November 17, 2012 at 11:44 AM

alah aku x gi pun n

Reply

amy November 18, 2012 at 9:31 AM

saya tidak besetuju dengan bayaran masuk legoland siapa yang tak bersetuju?

Reply

Dharlwindren November 18, 2012 at 9:06 PM

Saya setuju dengan amy.bayaran masuk legoland to bapak mahal.lebih baik pergi tengok kat KLCC atau KL Tower.

Reply

Dharlwindren November 18, 2012 at 9:14 PM

Di malaysia boleh melancong di tempat seperti pulau langkawi,melaka kl,dan lain-lain.itu legoland nak masuk sangat mahal.

Reply

SchaScha November 19, 2012 at 12:04 AM

hi, semua sy dr langkawi n sy dh pegi ke legoland 11.11.2012 baru nih..bayar mahal2 tp sy masuk xsampai 2jam trus keluar xtahan sgt dgn cuaca n keadaan sekeliling yg sgt2 panas.xde yg menarik utk org dewasa mcm sy..barang2 yg dijual dlm legoland pun sgtlah mahal..kwan sy ada beli baju utk anak dya umo 3yr mse nk bli tu xde harga dipamerkan so igtkan murah bawa lah tros ker cashier caunter then lpas scan dkt cashier caunter bru taw harga baju utk budak umo 3yr rm90.00.. mahal sgt2 kan? tu baru baju..blom lg barangan yg lain.. sy juga ade pegi ke USS (10.11.2012) tp bila dipikirkan balik walaupun harga tiket USS mahal sedikit tp sy rasa amat berbaloi sbb di USS bkn shja ada permainan ttp juga ada pertunjukan yg sesuai ditonton oleh kanak2.jika dipikirkan nilai dolar mmg agak tinggi tp harga baju di USS ( baju kanak2 $23.90 = rm 60.228) lebih murah jika dibandingkan dgn harga baju dilegoland (rm90.00).Sy msuk di USS dr pkui 11.30am smpai 9.00pm..berbaloikan dgn harga tiket yg sy bayar banding dgn legoland sy hanya masuk xsampai 2jam..sy harap ada penambahbaikan dr segi harga barangan yg dijual dan juga harga makanan dilegoland…

Reply

riz December 25, 2012 at 11:08 AM

kena gak pk …USS dah lama start….. masa mula-mula buka dulu…..komennya lebih kurang gak macam nie……

Reply

ikhmal November 21, 2012 at 11:28 PM

wohooo!! sedap nye tengok

Reply

rose November 22, 2012 at 9:40 AM

saya baru berkunjung minggu lepas..musim cuti sekolah beratur panjang …tak berbaloi rasanya dengan beratur panjang..masa diperuntukkan bagi sesuatu permainan/ aktiviti amatlah pendek ..ada yang hanya 3o second jer..untuk kids mungkin enjoy tp untuk parents x enjoy sangat dan memenatkandan yang paling haru kalau hujan , misi legoland fail sbb kebanyakan outdooor games..makanan dan minuman teramatlah mahalnya..mmglah compared to tempat lain , not bad the price tapi still not worth it…apapun mgkn pengalaman setiap individu berlainan..but overall is just ok… the price and ticket for entery not so worth it..

Reply

ALA KADAR November 23, 2012 at 3:02 PM

berbelanja mengikut kemammpuan anda..ada rezeki lebih insyaalah dipermudahkan jalan ke sana..amiiin

Reply

BUBUR LAMBOK November 25, 2012 at 8:08 PM

NAK G TEMPAT YG BEST TAK PAYAH PENING2 ANAK RAMAI KE TAK ADA ANAK KE SEMUA BOLEH G BAYARAN MASUK CUMA
SOLAT 5 WAKTU,PUASA,DAN ZAKAT SAHAJA BEST SELAMA2 NYA…TEMPAT NYA SURGA ALLAH..SIAP ADA BIDADARI YG CANTIK2 LAGI

Reply

dielah November 27, 2012 at 6:23 PM

nk tnye la….beli pas beratus2…main dlm tu free ke kene byr pulak?

Reply

riz December 25, 2012 at 11:11 AM

bayar sekali je kat entrance pass tu mainlah berapa banyak kali nak main

Reply

Fy Ziana November 30, 2012 at 2:33 PM

Mahal nya tiket…tak mampu….bagus lagi pergi Funfair..murah lagi hehehehe…. :D

Reply

sue December 5, 2012 at 4:10 PM

bagi saya tpt tu memang best utk knk-knk,boleh dijadikan hadiah atau galakan kalu mrk menunjukkan prestasi yg memberangsangkan dlm peljrn atau hafal surah tertentu ke dsbgnya,kita plan la menabung utk mrk….Inn shaa Allah dapat pegi…, di samping kita melabur utk legoland, jgn lupa menabung ke tabung Gaza Palestin ye, atau sedekah kpd yg memerlukan….Inn shaa Allah berkat rezeki kita semua….amiiinnn.

Reply

hani December 5, 2012 at 4:18 PM

mahal nyer tapi berbaloi mahal sebab tempat tu bess …..tapi x sesuai utuk baby
nanti baby tu x selesa la nngis lahh kesian kan..kalau harga plak turun la sikit……ye

k…kalo sesipa yng dah pegi tu
Good Luck ye…nnti cerita la skit…..ye ok bye

Reply

Koyak December 18, 2012 at 3:30 PM

Ape la korg ni klu rase xde duit ajar la anak menabung n klu xde duit sgt hold la dlu bkn legoland 2 nk tutup sok pon,xperlu la nk jd isu pasal harga klu nk seribu usaha la,malaysia wat legoland utk beseronok bkn nk jd isu.xperlu kecoh2 kot pe2 menabung la dr skrg klu dah simpan byk leh bwk saye hehehe

Reply

lulu December 24, 2012 at 10:10 PM

salam..nanak peta untuk ke legoland uleh x??

Reply

riz December 25, 2012 at 11:04 AM

apa-apa pun saya harap maintain kebersihan, keselamatan pengunjung di utamakan…. keselamatan peralatan dan keramahan pekerja…. kadang-kadang tu apa yang membuatkan kita tertarik nak ke teampark sebab keramahan perkerja yang membuatkan kita rasa seronok untuk pergi lagi dan lagi dan lagi

Reply

Makcik Hot December 25, 2012 at 6:32 PM

Boleh tak kalau masuk legoland ni, nak masuk bayar satu keluarga?

Reply

zura December 27, 2012 at 5:54 PM

harga tu mintak la kurang skit..takkan lah yg umur 60 ke atas pun RM120..bukannyer nak main permainan kt situ pon..mahal sgt..kurang lah skit utk warga emas…klu yg kaya tu x yah la g sini..pegi je lah universal studio kt USA tuh…

Reply

Din December 28, 2012 at 11:47 AM

bgslah ada tmn tema yg cam ni kat mlysia. klu ikut harga mmng mhl utk org yg sederhana tp klu nak gi jgk cubalah bajet2 sikit jd insyaallah mgkn 1 hari akn dpt kesana jgk. dan bg yg kaya & berkemampuan tlglah jgn BONGKAK. rezeki dtg dr allah. mgkn esk lusa akn ditarik balik.

Reply

Arm January 2, 2013 at 2:08 AM

Apala orang kita nie,itu pun nak b`kira sana sini,pelabur2 dah melabur kat Legoland nie jer dh b`bilion2,itu pun tak blk modal lg…kt baru beli tiket mhl sikit dh bising2 sana sini minta diskaun.Bkk Legoland sendiri lah baru sakit hati dengar orang kata tiket mahal dengan sendiri modal b`bilion2.Pengusaha Legoland ni sendiri x paksa kita dtg.Rasanya senyum pengurus Mat Salleh tu tgk telatah org kita yg sumenya nak diskaun jer.Habis rokok sebulan Rm 300 sehari x per pulak(Rm 10 x 30).Ubahla mentaliti kita,jgn takuk lama jer sampai bila nak maju…

Reply

Percutian January 13, 2013 at 10:36 AM

Tengah pikir-pikir bila dapat pegi legoland ni….

Reply

auji nur hana January 20, 2013 at 1:16 PM

amboiiii… cantiknya!!! minggu depan insya allah saya akan pergi.1 time saya pergi.ah korang yang dok komen dah gi ke lom kalau belom pegile.saya ni saja je cakap macam org dewasa padahal baru je 9 thn

Reply

noor February 28, 2013 at 7:37 PM

Hehe..rugi la korang smua..aq msok free jew sbb aq keje kt dlm legoland ne..

Reply

yap March 1, 2013 at 9:41 PM

sakan hg noor…….krng hasam koo…..x paa nnty aq blk johor tmpt asal aq ….jumpak kau noor…..legoland tunggu i coming…..

Reply

sPUNKey March 14, 2013 at 3:09 PM

legoland theme park boring nak mampos,yg best dekat legoland adalah lego itu sahaja..

Reply

Adik Aiqa April 12, 2013 at 8:49 PM

saya takpe minggu depan saya ade lawatan ke legoland. bayar RM 55 je termasuk makan dan minum . seronok…. tak sabar rasa.seronok tau kalau jadi pelajar sekolah

Reply

kobal May 18, 2013 at 12:21 PM

wah cuti bulan mei ini munkin kmk pergi legoland harap-harap saya pergi legoland

Reply

salehudin bin mohd July 9, 2013 at 11:59 AM

ada duit semua boleh pergi,yg tak mampu mmg sedar pun,mmg tak nak pergi pun,tetapi harus ingat,yg kurang mampu ada anak anak,anak anak minta papa dan mama bawak gi sana,tp sygnya parents kurang mampu,sebagai ibu dan ayah kepada ank ank kita pasti ada perasaan kesian dan ingin menunaikan hajat anak ank…..iklan di tv,cerita dr rakan yg dah pergi,si anak tersebut teruja benar ingin pergi….kesiankan?????bayangkan kita di tempat anak anak…….

Reply

umie October 7, 2013 at 9:48 AM

lawah betul legolan

Reply

syaza atirah November 26, 2013 at 10:04 AM

dah la jauh tiket pula mahal.

Reply

Sudu Emas May 31, 2014 at 10:19 AM

Selamat sejahtera,

Saya Hafiz daripada Sudu Emas Management & Services Sdn. Bhd. Kami ingin menerbitkan majalah yang diberi nama Halal Pavilion. Justeru, kami ingin menggunakan beberapa keping gambar daripada laman web tuan. Sehubungan dengan itu, kami berharap agar tuan dapat memberikan alamat email serta alamat surat menyurat tuan kepada kami agar kami dapat memberikan surat permohonan untuk menggunakan gambar dalam laman web tuan. Sebarang syarat atau peraturan dalam penggunaan gambar tersebut diharap dapat dinyatakan dalam maklum balas tuan. Jika pihak tuan tidak memberi maklum balas terhadap komen ini dalam tempoh 14 hari, kami akan menganggap ia sebagai ‘tacit approval’ atau kelulusan tersirat bagi kami untuk terus menggunakan gambar daripada blog tuan tanpa sebarang halangan. Sekian terima kasih. Hafiz Tel: 06-9520479 Fax: 06-9531878 email: halalpavilion.editorial@gmail.com

Reply

Nurlisa Erryana November 9, 2014 at 9:10 AM

Selamat sejahtera,saya Lisa dan saya umur 12 tahun mahalnya tiket kat legoland. Saya akan usaha untuk kumpul duit sebanyak RM600. Insyaallah.

Reply

Leave a Comment