Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

(Gambar) Nasrudin Mohd Nazli Hilang Tiga Jari Akibat Bermain Mercun Di Kelantan

by Ezany-Kun in Berita

Seorang remaja kehilangan tiga jari tangan kirinya akibat bermain mercun dalam kejadian di Kampung Dewan Beta, dekat sini, Rabu.

Mangsa, Nasrudin Mohd Nazli, 19, yang putus ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah itu merupakan mangsa kedua akibat mercun di Kelantan tetapi merupakan mangsa pertama yang cedera teruk sehingga hilang jari.

Pegawai Perhubungan Awam Hospital Raja Perempuan Zainab II, Zaid Ahmad berkata Nasrudin menerima rawatan di jabatan kecemasan hospital itu padakira-kira pukul 10.25 malam sebelum di tempatkan di wad untuk rawatan lanjut.

Katanya mangsa merupakan kes kedua dirujuk ke HRPZ II akibat mercun tahun ini, di mana kes pertama berlaku pada Isnin lepas.

“Ini merupakan kes yang kedua kita terima membabitkan mercun, kes pertama pada 1 Ogos lalu, membabitkan seorang remaja berusia 20 tahun, namun dalam kes itu remaja itu hanya cedera ringan,” katanya.

Ketika ditemui di hospital, Nasrudin berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam ketika beliau dan seorang rakannya sedang menunggang motosikal di kawasan kampungnya.

“Masa tu saya dan kawan naik motor pusing kampung, saya yang membonceng kemudian cuba memasang mercun bola.

“Selepas membakarnya saya cuba untuk melempar mercun itu tetapi tidak sempat menyebabkan ia (mercun) meletup di tangan saya,” katanya.

Beliau berkata ketika meraung kesakitan beliau melihat ketiga-tiga jarinya sudah tiada sebelum terus dikejarkan ke hospital untuk rawatan. – BERNAMA

Related posts:

  1. Gambar Akshat Saxena, Budak India Mempunyai 34 Jari – Rekod Dunia
  2. Mohd Ashraf Hafiz @ Aleesha Farhana DiKebumikan Sebagai Lelaki (Gambar)
  3. M Rajoli Meninggal Dunia Akibat Sesak Nafas
  4. Mohd Ashraf Hafiz @ Aleesha Farhana Meninggal Dunia Di Hospital Sultanah Nur Zahirah
  5. Pendapat Dr. Mashitah Ibrahim Berhubung Isu Mohd Ashraf Hafiz

Leave a Comment