Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Gambar Oldtown White Coffee Terima Sijil Halal

by Ezany-Kun in Berita,Gambar

Masyarakat Islam di Malaysia dan Singapura yang gemar menikmati kopi dan makanan di Oldtown White Coffee boleh menikmatinya tanpa was-was kerana rangkaian kafe itu telah memperolehi sijil halal.

Di Semenanjung Malaysia, 168 kedai Oldtown White Coffee telah diberi sijil halal oleh Jabatan Pembangunan Islam Malaysia (Jakim) sementara di Singapura, Majlis Agama Islam Singapura telah membuktikan bahawa semua lapan cawangannya di republik itu adalah halal.

“Kami mahu mengembangkan asas pelanggan Islam kami kerana sebelum ini, 80 peratus daripada pelanggan kami di Malaysia terdiri daripada bukan Muslim.

“Kini, semenjak jenama kami telah di iktiraf oleh Jakim sebagai halal, kami berharap untuk menarik pasaran masyarakat Islam pula,” kata pengarah eksekutif Oldtown White Coffee Bhd Clarence D’ Silva pada satu sidang media hari ini.

Beliau berkata cawangan di Malaysia Timur akan mendapatkan sijil halal mereka tidak lama lagi.

Mengenai rancangan pengembangan syarikat, beliau berkata Oldtown White Coffee akan membuka antara 20 hingga 30 cawangan menjelang akhir tahun di Malaysia.

Oldtown White Coffee pada masa ini mengendalikan 29 cawangan di China dan Indonesia.

Related posts:

  1. ‘Bir Halal’ Barbican DiSahkan Halal Oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
  2. Gambar Mentega Golden Churn Creamy Butter Mengandungi DNA Babi | Tidak Halal
  3. Meatballs Ikea, Status Halal Atau Tidak? Jom Tengok Resepi
  4. Gambar Sosej Babi (Chorizo) Tertera Logo Halal Jakim
  5. Produk Simplysiti Milik Siti Nurhaliza, Halal Atau Haram?

Leave a Comment