Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Gambar Proton Saga FLX SE – Harga RM49,449

by Ezany-Kun in Berita,Gambar

proton saga flx se

Dalam usaha mengembangkan rangkaian model Saga, Proton Holdings Bhd pada Rabu memperkenalkan kemasukan baharu variasi Saga yang dinamakan Saga FLX SE.

Variasi baru ini bersedia untuk menarik generasi muda di kalangan pembeli kereta.

Berharga RM49,449 dan digerakkan oleh enjin 1.6 liter Campro Intake Air-Fuel Module (IAFM), Saga FLX SE bertujuan memberikan pemilik kereta dengan prestasi yang lebih dan penjimatan dari segi pengunaan bahan bakar.

“Ia mengesahkan lagi Saga sebagai kereta pilihan ramai kerana kemampuan yang luar biasa dan nilai wang yang termasuklah penjimatan bahan bakar yang lebih baik, prestasi yang hebat dan pemanduan dan pengemudian yang cemerlang,” kata Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dalam satu kenyataan.

proton saga flx se

Menurut beliau, kombinasi enjin 1.6-liter Campro IAFM dengan transmisi automatik transmisi boleh laras berterusan (CVT) memberikan antaranya pengurangan penggunaan bahan bakar dengan tambahan empat peratus berbanding dengan Saga 1.6 liter pada masa ini.

Berharga RM2,900 lebih tinggi daripada Saga FL automatik 1.6 liter pada masa ini, Saga FLX SE mengetengahkan perubahan lapan hiasan luaran dan tiga hiasan dalaman.

Syarikat itu berkata, sejak Saga dilancarkan pada Januari 2008, kini terdapat 274,469 unit Saga di jalan raya dengan Proton menerima kira-kira 331,768 tempahan.

Saga terus kekal sebagai model jualan terbaik Proton setakat ini dengan purata 6,500 unit dijual setiap bulan.

Proton juga meletakkan sasaran menjual kira-kira 78,752 unit Saga dalam tahun kewangan semasanya yang berakhir 31 Mac, 2012, di mana ia menjangkakan Saga FLX SE yang baharu ini dijual di rantau ini sebanyak 500 unit sebulan.

proton saga flx se

Boleh diperolehi dalam dua warna pilihan – Putih dan Merah – Saga FLX SE didatangkan dengan jaminan tiga tahun atau 100,000km, yang mana terdahulu.

Proton juga berkata pengguna yang menempah Saga dan masih menantikan penghantaran boleh memilih untuk menukar tempahan mereka untuk mendapatkan Saga FLX SE di bilik pameran yang mereka buat tempahan.

Para pembeli boleh melihat model baharu ini di semua bilik pameran Proton mulai esok. -BERNAMA

Related posts:

  1. Proton Gen2 Dan Satria Neo (2004-2008) DiTarik Semula
  2. Proton Satria Neo R3 Edisi Terhad | Gambar
  3. Proton Inspira (Waja Lancer) | Gambar Dan Video
  4. Gambar Kemalangan Bas UITM Dan Proton Wira Di Kampung Paya Rumput-Lubok China Alor Gajah
  5. Kadar Harga Pos Laju Naik Mulai Esok, 15 Julai 2011

{ 6 comments… read them below or add one }

samzy August 6, 2012 at 2:36 AM

loan mudah untuk proton boleh hubungi saya.kecuali blacklist shj utk goverment ok.gaji rendah/high komitmen/keje swasta/glc/graduan baru keje.0145299040 call/sms.email:samzymss@gmail.com

Reply

hafeez waniey October 1, 2012 at 8:59 AM

salam Samzy..brpe interest untuk kereta persona dan saga..hajat2 mau pilih persona..tapi kalau boleh nak cari bulanan bawah daripada RM500 sebulan..tq

Reply

hafeez waniey October 1, 2012 at 8:55 AM

salam Samzy..brpe interest untuk kereta persona dan saga..hajat2 mau pilih persona..tapi kalau boleh nak cari bara bulanan bawah daripada RM500 sebulan..tq

Reply

basharah April 17, 2013 at 9:50 AM

Salam 1 Malaysia..
Anyone interested to get info abput proton car,latest info of discount.. may ctc me directly at 0149616752.. tq

Reply

Kereta Sewa April 12, 2014 at 8:29 AM

So far kami tiada masalah dengan kereta saga ni. Pelanggan2 yang sewa kereta ni pon sgt berpuas hati.

Value for money. Cuma minyak je banyak.

Reply

bukhari December 4, 2014 at 1:24 AM

Nk bli kreta

Reply

Leave a Comment