Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Gambar Tanah Runtuh Di Kampung Orang Asli Sungai Ruil Di Tanah Rata, Cameron Highlands

by Ezany-Kun in Berita,Gambar


lebih banyak gambar akan diupdate

Seorang maut, ramai terperangkap dalam tanah runtuh di Tanah Rata – 8.40pm

Lima rumah di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Tanah Rata di sini, ditimbus tanah runtuh dalam kejadian jam 5.45 petang tadi.

Sumber polis mengesahkan setakat ini satu mayat ditemui manakala dua lagi cedera dan kini dirawat di Hospital Hajah Kalsom, Tanah Rata.

Dipercayai lebih ramai mangsa terperangkap berikutan tiga daripada lima rumah berkenaan ditimbus sepenuhnya dan nasib penghuninya belum diketahui.

Pasukan penyelamat kini bertungkus lumus mencari mangsa.

Tanah runtuh: 3 rumah tertimbus – 11.05pm

Tiga rumah dilaporkan tertimbus sepenuhnya dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Cameron Highlands, Pahang, 5.45 petang tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Brinchang, ketika dihubungi malam ini, berkata dua rumah lagi yang terletak berhampiran turut mengalami kerosakan, tetapi hanya kerosakan kecil.

Ditanya sama ada tanah runtuh itu disebabkan oleh hujan, beliau berkata pihaknya masih belum dapat mengenal pasti punca kejadian berkenaan.

“Mangsa yang cedera dikenal pasti sebagai penduduk Orang Asli. Namun, mangsa yang dipercayai terkorban masih belum dikenal pasti identitinya,” katanya.

Setakat ini seorang wanita terkorban manakala seorang lelaki dan seorang wanita cedera parah dalam kejadian itu.

Mangsa yang cedera parah dan mayat wanita berkenaan dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa lain yang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian itu sedang giat dijalankan oleh anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Tanah runtuh: 6 mangsa dikhuatiri masih tertimbus – 11.28pm

Sekurang-kurangnya enam hingga 10 mangsa dikhuatiri masih tertimbus dalam tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli di Sungai Ruil, Cameron Highlands, kata Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk SK Devamany.

Devamany yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata beliau berada di tempat kejadian sejak 8.25 malam dan dan kira-kira 80 anggota mencari dan menyelamat (S&R), termasuk dari unit K-9, terbabit dalam operasi berkenaan.

Tanah runtuh: Satu lagi mayat dikeluarkan – 12.09am

Seorang lelaki mangsa tanah runtuh ditemui malam ini di perkampungan Orang Asli di Sungai Ruil, Tanah Rata, Cameron Highlands, menjadikan jumlah korban dua orang setakat ini,

Mayat kedua itu dikeluarkan dari celah runtuhan jam 11.25 malam.

Anggota penyelamat kini menumpukan usaha mengeluar lima lagi mayat dari celah runtuhan lima rumah yang tertimbus dalam kejadian jam 5 petang tadi.

“Keadaan agak buruk. Runtuhan agak besar. Pasukan S&R terpaksa menggali tanah lumpur dengan hati-hati,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Devamany berkata, beliau diberi taklimat oleh ketua kampung dan anggota S&R mengenai situasi terbaru setiap setengah jam.

Perkampungan itu, terletak dekat pekan Tanah Rata, mempunyai 145 rumah dengan populasi 1,300 orang.

Devamany berkata, kejadian tanah runtuh jam 5.45 petang itu berlaku berikutan hujan lebat.

Setakat ini, seorang wanita dilaporkan terbunuh sementara dua yang lain, seorang lelaki dan seorang perempuan, cedera parah dan mereka dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata.

Update: Semua tujuh mayat Orang Asli yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Sungai Ruil, Cameron Highlands sudah dikeluarkan 1.30 pagi tadi.

Related posts:

  1. Senarai Nama Mangsa Tanah Runtuh Di Rumah Anak Yatim Madrasah Al-Taqwa, Kajang, Hulu Langat
  2. (Gambar) Terkini Tanah Runtuh Di Rumah Anak Yatim & Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Kajang
  3. (Video) Terkini Tanah Runtuh Di Rumah Anak Yatim & Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Kajang
  4. Gambar Guru, Pelajar Dan Anak Yatim Madrasah Al-Taqwa, Kajang (Hulu Langat)
  5. Video Pengebumian Mangsa Tragedi Tanah Runtuh Hulu Langat

Leave a Comment