Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

(Gambar) Terkini Tanah Runtuh Di Rumah Anak Yatim & Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Kajang

by Ezany-Kun in Berita,Gambar

Update: Video Terkini Tanah Runtuh Di Rumah Anak Yatim & Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Kajang

Update: Senarai Nama Mangsa Tanah Runtuh

Nak tengok lebih banyak gambar boleh klik sini

3.49pm Antara 20 hingga 30 anak yatim dikhuatiri tertimbus di Hulu Langat

Antara 20 hingga 20 penghuni sebuah asrama anak yatim di Sungai Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, dipercayai tertimbus akibat tanah runtuh, jam 2.20 petang tadi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang ketika dihubungi Berita Harian Online sebentar tadi berkata, setakat ini tiga kanak-kanak berjaya diselamatkan.
Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan ada penghuni yang terkorban dalam kejadian itu. – Berita Harian

4.48pm Lima kanak-kanak terperangkap dalam tanah runtuh

Sebuah rumah anak yatim di Felda Semungkus, Batu 14, Hulu Langat, ditimbus runtuhan tanah yang dipercayai terletak di tebing sebuah bukit hari ini.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kajang berkata, kejadian berlaku pukul 2.30 petang itu mungkin melibatkan lima mangsa yang dikhuatiri terperangkap dalam bangunan.

Katanya, setakat ini, tiga mangsa telah berjaya diselamatkan oleh pasukan tersebut dengan yang terakhir pada pukul 3.38 petang. – Utusan

4.51pm Dua mayat kanak-kanak dibawa keluar

Dua mayat kanak-kanak telah berjaya dibawa keluar dalam tragedi tanah runtuh di rumah Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia di Batu 14, Hulu Langat, Kajang, dekat sini hari ini.

Kedua-dua mayat itu dibawa keluar pukul 4.30 petang oleh pasukan penyelamat yang terdiri daripada Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). – Utusan

5.23pm ‘Tiba-tiba tanah kejar saya’: Saksi tragedi tanah runtuh

“Saya dengar bunyi dentuman kuat, tiba-tiba tanah kejar saya,” kata Ketua Warden Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Mohamad Hambali Ismail, 34, ketika ditemuramah wartawan Berita Harian Online, sebentar tadi.

Katanya, ketika kejadian 2.15 petang itu, seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah dan beramah mesra dengan anak yatim.
“Ketika sedang sibuk membuat persiapan, saya terdengar dentuman kuat. Saya tidak dapat berbuat apa-apa dan terpaksa lari menyelamatkan diri,” katanya.
Beliau berkata, sementara menunggu rombongan FINAS, anak yatim terbabit sebahagiannya berlatih kompang dan nasyid.

Ketika kejadian, 23 orang berada di bawah khemah untuk majlis makan tengah hari itu.

Rumah anak yatim berkenaan mempunyai 34 penghuni, semuanya lelaki.

Setakat ini, dua penghuni maut dan enam pula cedera parah.
Sementara itu, seorang penghuni rumah anak yatim berkenaan, Mohd Faizal Isni, 17, berkata, ketika kejadian dia ke tandas dan tiba-tiba kejadian berkenaan berlaku.

“Saya nampak kawan-kawan yang berada bawah khemah sudah tertimbus, cuma nampak tangan dan kepala mereka. Semuanya terkambus.

“Masa yang sama, ketika saya menoleh ke belakang ternampak tanah runtuh seperti mengejar saya,” katanya. – Berita Harian

5.38pm 12 lagi masih tertimbus

Seramai 12 orang lagi penghuni Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh petang ini.

Sehingga petang ini, seramai tujuh mangsa telah dikeluarkan manakala dua kanak-kanak disahkan terkorban.

Rumah itu menempatkan 49 orang termasuk lima penjaga di mana seramai 28 orang terselamat dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang tadi. – Metro

6.01pm 49 anak yatim berkumpul ketika tanah runtuh: Polis

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, seramai 49 orang berada di kawasan Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis ketika kejadian tanah runtuh itu berlaku.

Katanya, seramai 24 orang terperangkap akibat kejadian berkenaan iaitu 20
pelajar dan empat warden.”Difahamkan berlaku dua tanah runtuh serentak pada masa kejadian,” katanya
ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau juga berkata, dua mangsa yang maut masing-masing berumur 11 dan 14
tahun.

Sementara itu, Tun Hisan meminta orang ramai yang berada di tempat kejadian
supaya menjauhkan diri mereka kerana bimbang tanah runtuh berlaku lagi. – Berita Harian

6.23pm Satu lagi mayat dikeluarkan

Satu lagi mayat kanak-kanak penghuni Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal dikeluarkan dari tapak kejadian tanah runtuh kira-kira jam 6.15 petang tadi.

Walaupun dalam hujan lebat, kerja menyelamat oleh pihak berkuasa masih diteruskan bagi mengeluarkan 15 mangsa yang tertimbus termasuk empat kakitangan pengurusan rumah berkenaan.

Setakat ini, seramai 9 orang telah berjaya dikeluarkan dengan tiga kanak-kanak terkorban dan enam cedera.

Kesemua mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan dan bedah siasat. – Metro

6.42pm Operasi diteruskan dalam hujan lebat

Kerja memasang khemah bagi mendirikan bilik gerakan sedang dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memudahkan operasi mencari dan menyelamat pelbagai jabatan di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal di sini.

Pasukan Harian Metro di tempat kejadian melaporkan, sehingga lewat petang ini, kerja menyelamat membabitkan pasukan polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam dan agensi kerajaan lain dijalankan dalam cuaca buruk dengan hujan dan guruh sabung menyabung.

Unit K-9 Polis Diraja Malaysia turut diletakkan berjaga-jaga di tempat kejadian jika keadaan memerlukan khidmat anjing pengesan untuk mencari mangsa yang masih tertimbus.

Polis juga menempatkan sebuah balai polis bergerak manakala terdapat sekurang-kurangnya enam jentera bomba turut diletakkan di sekitar tapak kejadian.

Tragedi ini menarik orang ramai berpusu-pusu ke tempat kejadian untuk menyaksikan dengan lebih dekat mengakibatkan kesesakan jalan yang teruk menuju Kampung Gahal.

Pihak berkuasa mewujudkan zon merah iaitu kawasan larangan awam bagi mengelakkan orang ramai mendekati tapak kejadian yang dikhuatiri boleh runtuh lagi pada bila-bila masa. – Metro

6.43pm Satu lagi mayat kanak-kanak dibawa keluar

Mayat seorang lagi mangsa berjaya dibawa keluar dalam tragedi tanah runtuh di rumah Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia di Batu 14, Hulu Langat, Kajang, dekat sini hari ini.

Mayat ketiga dibawa keluar pukul 6.10 petang manakala 12 lagi mangsa berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Ampang dan Kajang untuk rawatan.

Dipercayai 18 kanak-kanak tertimbus dalam kejadian tersebut. – Utusan

7.03pm Tiga mayat kanak-kanak dikeluarkan

Sehingga jam 6.30 petang tadi, mayat tiga kanak-kanak Rumah Anak Yatim Al-Takwa FELCRA Semungkis, di Hulu Langat, dekat sini, dikeluarkan dari tanah runtuh.

Sementara itu, pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan enam kanak-kanak lain dan semua mereka dikejarkan ke Hospital Kajang untuk rawatan lanjut.
Kejadian tanah runtuh itu berlaku jam 2.15 petang tadi ketika penghuni asrama rumah anak yatim terbabit sedang membuat persiapan untuk satu majlis makan tengah hari dan ramah mesra dengan FINAS.

7.18pm 24 orang tertimbus tanah runtuh di Hulu Langat

Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat, dekat sini, hari ini.
Setakat 7 petang ini, tiga mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala tujuh lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa, kata polis.
Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.
Semua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini hari ini. Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki. – BERNAMA

7.23pm Enam Kanak-Kanak Yatim Piatu Diselamatkan; Tiga Terkorban

Tiga kanak-kanak yatim piatu terkorban ekoran tertimbus dalam tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat pada pukul 2.30 petang, Sabtu.

Setakat pukul 6.30 petang, anggota bomba dan penduduk berjaya menyelamatkan tujuh mangsa yang terdiri daripada enam pelajar dan seorang penjaga.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, 14 mangsa masih terperangkap sehingga pukul 6.20 petang.

Terdahulu, menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang.

Laporan awal menyebut rumah anak yatim tersebut didiami kira-kira 30 penghuni.

Difahamkan kesemua kanak-kanak itu sedang berada di dewan makan rumah anak-anak yatim itu ketika bencana alam itu berlaku. – Mstar

7.35pm 24 orang termasuk kanak-kanak tertimbus

Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat dekat sini hari ini.

Setakat pukul 7 petang ini, tiga mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala tujuh lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa, kata polis.

Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.

“Kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui,” kata Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki.

Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang ini.

Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus dewan serbaguna yang terletak di lereng bukit itu menyebabkan bangunan setingkat itu musnah sama sekali. Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.

“Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri,” kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang.

Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata sehingga pukul 7 petang ini operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat. – Bernama

7.40pm Seorang penjaga tertimbus diselamatkan

Seorang lagi mangsa tertimbus merupakan penjaga rumah Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal di sini, berjaya diselamatkan pihak berkuasa.

Lelaki yang diselamatkan dalam kejadian tanah runtuh itu diselamatkan kira-kira jam 6.30 petang tadi dengan mengalami kecederaan sebelum terus dihantar ke klinik berdekatan untuk rawatan.

Sehingga kini, seramai 14 orang mangsa tertimbus masih belum dapat dikeluarkan membabitkan 11 penghuni serta tiga lagi penjaga.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang turut berada di tempat kejadian memberitahu media bahawa tapak kejadian masih berlaku pergerakan tanah dan dikhuatiri berbahaya kepada orang awam.

Kerja menyelamat pada malam ini juga terpaksa menggunakan lampu limpah dengan kuasa generator berikutan ketiadaan bekalan elektrik. – Metro

9.09pm Lima mayat dikeluarkan setakat 9 malam

Sebanyak lima mayat mangsa tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Batu 14 Hulu Langat, dekat sini berjaya dikeluarkan sehingga pukul 9 malam ini.

Manakala berbelas-belas lagi dilaporkan masih tertimbus dalam kejadian pada pukul 2.30 petang ini.

Polis mengesahkan seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan menjadi mangsa dalam kejadian tanah runtuh itu.

Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan. – Utusan

10.40pm Mangsa keenam meninggal dunia di hospital

Seorang lagi mangsa tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat meninggal dunia di Hospital Ampang malam ini. Penghuni lelaki itu adalah antara sembilan mangsa yang cedera yangdikeluarkan daripada runtuhan itu petang ini. Ini menjadikan jumlah yang maut dalam kejadian itu sehingga 10 malam ini ialah enam orang.

Dalam kejadian pada 2.30 petang ini, seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus dalam runtuhan tanah yang meranapkan khemah yang dipasang untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada 5 petang ini.

Sehingga kini, seramai 10 lagi mangsa masih tertimbus dalam runtuhan itu. Operasi mencari dan menyelamat oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis, Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (Smart) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) diteruskan sehingga semua mangsa ditemui. — BERNAMA

10.41pm Seorang lagi mangsa meninggal dunia

Seorang lagi mangsa tanah runtuh Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat meninggal dunia di Hospital Ampang malam ini.

Penghuni lelaki itu adalah antara sembilan mangsa yang cedera yang dikeluarkan daripada runtuhan itu petang ini.

Ini menjadikan jumlah yang maut dalam kejadian itu sehingga pukul 10 malam ini ialah enam orang.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang ini, seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus dalam runtuhan tanah yang meranapkan khemah yang dipasang untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang ini.

Sehingga kini, seramai 10 lagi mangsa masih tertimbus dalam runtuhan itu.

Operasi mencari dan menyelamat oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis, Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (Smart) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) diteruskan sehingga semua mangsa ditemui. – Bernama

10.46pm Lelaki tertimbus ditemui selamat

Seorang lelaki yang tertimbus lapan jam dalam kejadian tanah runtuh di rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, di sini, hari ini, dikeluarkan dengan selamat.

Lelaki dikenali sebagai Abang Iwan berusia 33 tahun itu ditemui selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 10.20 malam. – Utusan

12.29am Kerajaan akan beri RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa tanah runtuh

Kerajaan akan memberi bantuan RM10,000 kepada keluarga mangsa tragedi tanah runtuh membabitkan Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat, petang tadi.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan bantuan itu selepas melawat tempat kejadian malam tadi.
Katanya, pasukan penyelamat masih meneruskan operasi bagi mencari mangsa yang masih terperangkap dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang itu.
“Malah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah serta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut menyampaikan salam takziah kepada keluarga mangsa tragedi yang menyedihkan ini,” katanya. – Berita Harian

Semua mangsa yang terkorban berjaya dikeluarkan

Mayat empat lagi kanak-kanak mangsa tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, ditemui awal pagi ini.

Mayat tiga daripada mereka yang hanya dikenali sebagai Riz, Fahad dan Hazim, kesemuanya berumur 9 tahun ditemui pada pukul 4.21 pagi, manakala mayat kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai Boboy, 11, diitemui pada pukul 5.05 pagi.

Dengan penemuan empat mayat itu, kesemua mereka yang dilapor tertimbus dalam kejadian itu telah ditemui, kata polis.

Kejadian pada pukul 2.30 petang semalam itu mengakibatkan 25 orang terdiri daripada penghuni, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus. 16 orang ditemui mati manakala sembilan yang lain cedera, tiga daripadanya kritikal.

Polis berkata operasi mencari dan menyelamat kini dihentikan dan akan disambung pukul 8 pagi ini.

Related posts:

  1. Gambar Airit Rafqa Arjuna, Anak Kedua Rita Rudaini Dan Aidil Zafuan
  2. Sinopsis Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah | Trailer
  3. Bakal Anak Angkat Fasha Sandha | Gambar
  4. Gambar Muhammad Qhabel Izz Qhushairy, Maizawati Dapat Anak Lelaki
  5. Gambar Muhammad Raqqim Fyzal, Isteri Arwah Faizal Yusof Lahir Anak Lelaki

{ 1 comment… read it below or add one }

zamahuri May 23, 2011 at 4:26 PM

alfatihah, semoga allah mengampun kan segala dosa mu ya anak anak ku, melapang kan kubur mu & papa mendoakan kamu lepas dari seksaan kubur & dijauhi dari api neraka.

Reply

Leave a Comment