Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Gambar Wan Asma, Bakal Isteri Malek Noor

by Ezany-Kun in Gambar,Hiburan

Jaguh bina badan dunia, Datuk Malek Noor telah memilih Dr. Wan Asma Wan Ismail untuk dijadikan isterinya iaitu seorang pakar kanak-kanak dari Kelantan untuk menamatkan zaman bujangnya.

Beliau akan menikah dengan Dr. Wan Asma Wan Ismail di penthouse Kelantan Trade Centre (KTC) milik pakar kanak-kanak itu yang turut mempunyai klinik di Hospital Pakar Perdana itu pada pukul 10 pagi.

“Tak sangka saya akan menjadi isteri kepada seorang ikon seperti dia tapi inilah yang kita kata jodoh. Saya tertarik dengan kejujuran dan kesungguhan dia untuk memperisterikan saya serta sifatnya yang pandai mengambil hati serta menghiburkan saya,”

Tarikh 12 Mac 2012 untuk menyatukan ikatan mereka sebagai suami isteri itu dipilih oleh Malek Noor sendiri sebagai simbolik kerana pada tarikh yang sama tahun lepas, Malek Noor telah menunaikan umrah dan memohon doa agar dipertemukan isteri.

Pertemuannya dengan Malek bermula daripada satu produk kesihatan yang mana jaguh bina badan tersebut menjadi jurucakap.

“Dia menjadi duta bagi produk tersebut dan saya menghubungi dia untuk bertanyakan mengenai cara penggunakan produk tersebut pada 24 Disember tahun lepas. Tiga minggu selepas itu, baru saya berkesempatan bertemu dengan dia, itu pun dah lewat malam secara kebetulan di KTC dan selepas itu kami kerap berhubung menerusi telefon sehingga kami membuat keputusan untuk berkahwin,” ujarnya.

Dr. Wan Asma telah berpisah dengan suami pertamanya pada tahun 2006 mengakui hanya bertemu dengan Malek Noor sebanyak empat kali sahaja sepanjang perkenalan mereka. Dia tidak mendapat sebarang halangan daripada anak-anak mahupun keluarga. Kesemua menyambut berita itu dengan gembira. Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan Hotel Renaissance, Kota Bahru.

Related posts:

  1. Gambar Bakal Isteri Keempat (No 4) Salih Yaacob, Emi
  2. Gambar Majlis Pertunangan Ashraf Muslim Dan Noor Dayana
  3. Gambar Nurul Anati Ismail, Bakal Isteri Fedtri Yahya
  4. Gambar Natalia Mustafa Kamal, Bakal Isteri Zed Zaidi?
  5. Gambar Isteri-Isteri Salih Yaakob

Leave a Comment