Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Harga Dan Model MPV Proton Ertiga

by Ezany-Kun in Berita

Proton Holdings Berhad (Proton) telah melancarkan model terbarunya iaitu Proton Ertiga di mana ia adalah kenderaan pelbagai guna (MPV) kompak pertama dengan status kenderaan cekap tenaga (EEV) di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata model yang dihasilkan melalui kerjasama Proton dan Suzuki Motor Corporation Berhad itu ditawarkan dalam dua varian iaitu Executive membabitkan transmisi manual (MT) dan automatik (AT) dan Executive Plus (AT).

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata, model kereta famili itu memuatkan enam tempat duduk dan dilengkapi enjin 1.4 VVT (pemasaan injap variabel) yang diperbuat daripada aluminium ringan bagi kedua-dua varian terbabit.

Model keempat Proton pada tahun ini itu juga memiliki suntikan kuasa multipoin (MPI) yang mampu menghasilkan penjimatan penggunaan bahan api pada 5.7 liter untuk setiap 100 kilometer bagi MT dan 6.0 liter/100 kilometer (AT),ā€¯katanya pada pelancaran Proton Ertiga, di sini, hari ini.

Proton Ertiga ditawarkan pada harga atas jalan bermula RM58,800 hingga RM67,300 dan ia kini boleh dipandu uji dan ditempah di semua cawangan Proton Edar di seluruh negara bermula hari ini.

RM58,800 (Executive MT)
RM61,800 (Executive CVT)
RM64,800 (Executive Plus CVT)

Related posts:

  1. Gambar Proton Saga FLX SE – Harga RM49,449
  2. (Gambar & Video) Proton Preve, Nama Model Proton Baru 2012 P3-21A
  3. Gambar Dan Harga Proton Saga Super Value (SV)
  4. Kerajaan Barisan Nasional (BN) Tunai Janji Turun Harga Kereta Berperingkat
  5. Gambar Kereta Test Drive Proton Preve Tayar Hampir Tercabut

Leave a Comment