Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Kanak-Kanak Mati DiKerat Berusia 20 Bulan Di Ampang

by Ezany-Kun in Berita

Kanak-kanak lelaki yang ditemui mati bersama keratan mayat wanita di sebuah pangsapuri di Ampang baru-baru ini, disahkan baru berusia 20 bulan.

Link: Pembunuhan Kejam Di Blok Chryssa, Apartment Astaria, Taman Kosas, Ampang

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata hasil siasatan mendapati mangsa bukan berusia antara lima hingga enam tahun seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Beliau bagaimanapun berkata, polis masih menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenal pasti identiti sebenar dan menentukan sama ada kedua-dua mangsa mempunyai pertalian darah.

“Polis juga masih dalam proses menyoal siasat lapan lelaki Bangladesh yang ditahan berhubung kes itu,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, polis hingga kini belum memperoleh sebarang dokumen perkahwinan dari lelaki Sabah yang mendakwa dirinya suami kepada wanita itu dan bapa kepada anak tersebut.

“Kita belum boleh memastikan pertalian lelaki tersebut bersama wanita itu kerana kita belum lagi melihat apa-apa dokumen tentang perkahwinan mereka,” katanya.

Pada 3 Ogos lalu, polis menemui keratan tubuh dan organ manusia termasuk usus dalam beberapa beg plastik serta dalam mangkuk tandas di sebuah unit di tingkat lima Pangsapuri Astaria, Taman Kosas, Ampang.

Selepas siasatan awal, polis mengesahkan kesemua beg plastik itu mengandungi keratan mayat seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki yang pada mulanya dianggarkan berusia antara lima dan enam tahun.

Tiga hari kemudian, lapan lelaki asing berumur antara 26 dan 38 tahun ditahan di Ampang bersama satu alat yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu.

Related posts:

  1. Pembunuhan Kejam Di Blok Chryssa, Apartment Astaria, Taman Kosas, Ampang
  2. Kanak-Kanak 4 Tahun, Syahir Saifullah Jefri Hilang Jari Hantu Main Mercun Bola Di Kelantan
  3. Kanak-Kanak Lelaki, Danial Hanif Tersepit Jari Di Tombol Pintu Bilik
  4. Kanak-Kanak Perempuan, Nurdini Meninggal Dunia Keracunan Makanan Selepas Berbuka
  5. Mayat DiKerat 15 Bahagian Di Apartment Astaria

Leave a Comment