Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Kerajaan Barisan Nasional (BN) Tunai Janji Turun Harga Kereta Berperingkat

by Ezany-Kun in Berita

Inisiatif yang dibuat oleh Proton Holdings Bhd menawarkan pengurangan harga kereta kepada rakyat Malaysia membolehkan rakyat Malaysia merasai sendiri janji yang dibuat kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata Proton telah menyahut baik seruan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam manifesto PRU13 yang lalu.

“Proton telah menyahut seruan Perdana Menteri dengan menurunkan harga kereta Proton 1.3 sebanyak RM5,000 dan ini membolehkan rakyat Malaysia mampu untuk memiliki kereta.

Link: Gambar Dan Harga Proton Saga Super Value (SV)

“Bila harga kereta diturunkan, pengguna boleh melihat dan merasai sendiri janji-janji yang dibuat oleh pihak kerajaan pada PRU13 lalu. Janji Perdana Menteri kepada rakyat Malaysia telah pun ditunaikan,” katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Sehubungan itu, beliau berharap agar syarikat-syarikat kereta lain turut sama mengikut jejak Proton untuk menurunkan harga kereta demi kesenangan rakyat.

“Proton dah turunkan harga, jadi saya harap syarikat lain menjadikan Proton sebagai contoh dan akan tampil ke hadapan untuk mengurangkan harga kereta,” katanya.

Ahmad Bashah berkata harga kereta-kereta lain akan diturunkan secara berperingkat.

Related posts:

  1. Barisan Nasional (BN) Bakal Perkenalkan Logo Baru
  2. Pelarasan Harga Astro Naik Belum Muktamad
  3. Janji DiTepati DiPilih Tema Hari Kemerdekaan Ke-55 / 2012
  4. Tarikh Daftar Bantuan Wang Tunai RM500
  5. Syarat Layak Bantuan Wang Tunai RM500 Dari Kerajaan

Leave a Comment