Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Khairul Fahmi Che Mat @ Apex Dan Elia Putus Tunang

by Ezany-Kun in Hiburan

Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.

Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan.

Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.

Link: Gambar Perempuan DiPercayai Skandal Dengan Khairul Fahmi Che Mat @ Apex

Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya.

Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.

Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.

Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.

Link: Elia Tidak Tahu Khairul Fahmi Che Mat Putuskan Pertunangan

Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.

Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.

Link: Ibu Elia Anggap Tiada Jodoh Antara Khairul Fahmi Che Mat Dengan Anaknya

Related posts:

  1. Gambar Perempuan DiPercayai Skandal Dengan Khairul Fahmi Che Mat @ Apex
  2. Koleksi Gambar Khairul Fahmi Che Mat @ Apex
  3. Blog Kekasih Khairul Fahmi Popular Sekelip Mata | Gambar
  4. Khairul Fahmi Dapat Hadiah Rumah Daripada Kerajaan Negeri Kelantan
  5. Rancangan Adik Dan Al-Quran TV9 Ustaz Zamri DiHentikan Siaran

{ 3 trackbacks }

{ 1 comment… read it below or add one }

viper July 31, 2011 at 12:32 PM

bloger2 diluar sana jgn ambil jln mudah siarkan gosip2 sebegini utk melariskan blog2 masing2 utk mengaut keuntungan dgn Adsense….. ramai klik blog mereka bnyk income masuk.. takkan blogger saja2 buat citer cnggini kan?

Reply

Leave a Comment