Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Khalimudin Che Din, Juruperunding Kejuruteraan DiDenda RM6,500 Miliki Mercun Dan Bunga Api

by Ezany-Kun in Berita

Seorang perunding kejuruteraan, Khalimudin Che Din dijatuhi hukuman denda RM6,500 atau penjara enam bulan oleh mahkamah majistret di sini kerana memiliki mercun dan bunga api.

Majistret Nurshahida Abd Rahim menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah apabila pertuduhan dibacakan.

Khalimudin, 52, dituduh mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 kerana memiliki sejumlah mercun dan bunga api di premis No 2, Jalan Maju 5, Taman Kemajuan di sini pada 4 Ogos lalu jam 5.15 petang.

Sabit kesalahan mengikut seksyen itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Dalam rayuannya, Khalimudin berkata, dia seorang duda yang mempunyai tanggungan seorang anak lelaki berusia 11 tahun dan berharap hukuman diringankan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Noorsyazwani Mohamad Sobry memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal untuk memberi pengajaran kepada masyarakat supaya tidak melakukan perbuatan seumpama itu.

sumber – BERNAMA

Related posts:

  1. Khairulsfairuse Ahmad Madli Mengaku Bersalah Rakam Aksi Wanita Dalam Tandas
  2. Trio Datuk T DiDakwa | Eskay Dan Shuib Mengaku Bersalah, Rahim Bersubahat
  3. (Gambar) Nasrudin Mohd Nazli Hilang Tiga Jari Akibat Bermain Mercun Di Kelantan
  4. Ameng Spring DiHukum Penjara 8 Tahun Dan 10 Sebatan
  5. D. Kalaiselvan, Pembunuh Nur Rahayu Qomarodin DiHadapkan Ke Mahkamah

Leave a Comment