Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Kisah Seram Bilik 2414 Kolej Tun Fatimah UiTM Lendu, Alor Gajah, Melaka

by Ezany-Kun in Peribadi

Kisah seram ini diceritakan oleh seorang bekas penuntut Uitm Lendu yang menetap di Kolej Tun Fatimah. Tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenaran cerita ini, anda sendiri boleh nilaikan.


 

Aku ada satu cerita tentang kamar 2414 , Kolej Tun Fatimah , UiTM Lendu . Spread this sebelum diorang terkejut beruk sebab ‘ membe ‘ baru

aku batch 2014-2016 , course AD ( FAME ) dekat Lendu . part 1 & 2 , Kolej Hamzah . Part 3&4 Kolej Tun Puteri

aku part 5 , Tun Fatimah . and aku mmg sampai part 5 sebab aku takda internship

masa awal part 5 , kitorang masuk seminggu awal sebab ada study trip ke Perak . Konon cari ilham untuk final semester

then aku tumpang barang2 kat bilik member and separuh kat rumah pakngah aku . so pastu gerak gi Perak

Balik je dari Perak , member2 ajak aku tidur bilik diorang . tapi aku taknak . sebab aku dpt tahu aku punya bilik besar

aku angkut semua barang2 aku dibantu oleh bffs sebab aku nak juga masuk bilik tu malam tu ! taknak tggu lama !

and masa bffs dah habis tolong , aku pula hantar diorang balik bilik memasing . aku sorang hadap balik bilik aku pastu

lupa nak cakap , bilik aku tu TINGKAT 4 , bilik 2ND LAST , depan bilik air . depan bilik aku cuma dinding bilik air dan pintu

masa aku nak naik bilik ( kolej masih kosong ) , gelap gila namatey . lampu2 jalan depan parking kolej je ada

demi Allah pertama kali aku tahu perasaan ” chills ” . aku dengar orang panggil nama aku , ” Del ! ” ( nama dekat U )

kau bayangkanlah aku sorang masa tu wei . kawan2 aku kat bilik diorang lah kan . then aku toleh belakang . aku sahut !

aku masatu fikir kawan aku . demi Allah aku tak fikir benda tu lagi . aku sahut , ” woii ! raklu .!! ” then aku naik tangga

ada kat level last sekali , siling dia berlubang . masa aku lalu bawah tu , aku rasa ada benda hembus angin dr atas tu

aku masa tu baru seminggu beli phone baru . speaker fresh lagi . aku buka ayat2 suci . aku letak phone dlm mug ( bg lagi kuat )

aku start mengemas bilik . gambar bilik tu ada kat phone lama . dia punya usang jangan cakap . macam setahun takda orang tinggal

lepastu aku kemas sampai pukul 4 atau 5 pagi macamtu . penat dia kemain sampai aku lelap atas simen

masatu aku tak pasang cadar lagi sebab beg semua aku letak atas katil . baju2 barang2 semua dah masuk almari

then patutnya bilik aku , aku duduk berdua . tapi kawan aku lagi sorang course TOURISM and dia ada INTERNSHIP

MAKNANYA ……. aku duduk sorang the whole semester . tapi aku suka ! sebab sebelum ni aku duduk rumah anak yatim , bilik penuh

so impian aku nak duduk bilik besar tu tercapai . alhamdulillah dapat merasa . tapi indahnya mesti ada yg BURUK

then aku hidup macam biasa . lepas seminggu , kolej mula penuh and bulan puasa pun bermula

aku sedih sikit sebab takda member sanggup duduk bilik aku . diorang kata bilik aku jauh , tinggi and diorang tak larat

yelah budak AD barang art banyak namatey sumpah aku kata . ada yang takut terlebih squat

masa tu jiran2 aku masih hambarudin bin sombongok so aku mmg akan terperap sorang dalam bilik

tengah2 bulan puasa , heboh kes pukau lah santau lah rasuk lah sihir lah rompak lah kat Lendu . ( siapa study situ tahu lah )

aku risau sebab aku tinggal sorang . so nnt apa apa jadi , orang taktahu . so start satu malam tu , semua bermulaaa

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM . demi Allah semua yg korang akan baca , adalah benar sama sekali

satu malam tu , aku balik dari studio . bulan puasa mmg ramai tidur lambat sampai sahur . aku jalan kaki dari studio

aku bawa dua beg . kanan kiri bahu aku ada beg . masa lalu dekat jambatan tasik Tun Fatimah ( korang mesti tahu ) , ada ‘dia’

‘ dia ‘ baling2 daun2 kering dekat kaki aku . masatu area tasik gelap ! ( UiTM jimat ) . aku rasa nak tersadung pun ada

(dia) panggil nama aku , ” Del .. ” . so masatu aku sure , yg panggil aku masa hari first aku naik kolej tu

aku telan air liur . airmata bergenangan . boyfriend takda nak mengadu . Allah saja dalam minda aku . aku adukan risau pada Dia

sampai je tangga kecik kat depan kolej TFH ( tun fatimah ) , aku rasa tali beg aku kena tarik

aku cakap , ” ishhh !! ” then aku rentap beg , aku panjat tangga naik bilik dengan seluas luas kangkang . selang 3 anak tangga

sampai je bilik aku , kunci jatuh . terlepas dari tangan sebab beg aku pun dah senget masa tu . then aku bongkok

masa aku bongkok , ada cahaya dari dalam bilik aku ( bawah pintu ) . panas ! seolah kau petik lighter dekat kulit

aku ambik kunci , pandang kanan kiri then aku masuk bilik . bilik aku bau hangus . macam isi terbakar . daging hangus

aku letak beg . aku tukar tudung . aku buka surah ayat kursi . sambil makan roti

aku menangis masatu . sumpah sedih . jujur , aku takda mama ayah . then takda member nak teman . aku anak tunggal . sunyi !

aku istighfar . pastu aku buat kerja aku then lelap . aku tutup lampu . sebab penakut aku pun , tak suka tidur dlm terang

aku takut aku gila je . aku takut aku berhalusinasi . jadi aku tak fikir sangat pasal . aku cool

then tiga malam sebelum balik raya , aku baring atas katil . dgn bantal busuk . aku bangun nak ambik milo , tiba tiba

bantal busuk aku tu jenis gebu . tapi dah lama and berlubang2 . aku dah jahit pun . but masa tu , ada kekabu keluar

kekabu tu keluar dari bantal aku . bertabur . macam kau main pukul bantal . tapi takdalah bulu ayam der

aku pusing , aku ambik phone . aku duduk atas kerusi . aku pandang je kekabu bantal aku bertabur

masatu pukul 1.15 a.m. macamtu . aku layan grup ws class and tanya siapa je lagi ada kat kolej . tak ramai dah

aku call member aku dr luar . minta tolong diorang bawa aku balik pergi Seremban , rumah anak yatim aku duduk tu

esok tu member aku datang . malam . pukul 2

dia lepas masuk sebab PB mmg tahu aku duduk rumah anak yatim . tapi , sebelum dia sampai , aku tunggu dia sejam lebih kat pondok

pondok depan kolej . depan tu , tepi2 tu banyak pokok tinggi2 . then masa aku duduk , ada yaasin jatuh sebelah aku

maybe ada orang selit kat situ . tapi dia jatuh right on time aku dengar bunyi burung

pelik tapi siapa yg selalu overnight buat assignment kat area Zon B , mesti tahu bunyi tu . pelik kan

then member aku sampai . aku balik seremban untuk raya dekat rumah anak yatim tu . lepas je raya , aku balik ke bilik 2414

aku masuk bilik tu . masatu mata aku bengkak nangis sebab bantal busuk aku tertinggal . aku tukar baju semua lah

aku ambik pencuci , gi basuh muka kat bilik air . masa aku masuk bilik air , “dia” ada

“dia” dalam bilik air hujung . macam mana aku tahu ?? sebab panas . bilik air tu punya tingkap tak mampu hilangkan rasa panas

aku pergi basuh muka lalu depan bilik air tu . ada 3 paip wudhu . satu tu dah loose . berikat dgn tali

thenn aku hidup lah macam biasa . ??selalu main barang aku . dia tarik cadar kuning aku . and pakcik aku kata , ?? mmg suka kuning

andd , siapa ingat kes AMIRA yang kena culik tu ? kan ada rakaman suara dia kan ??? aku dengar masa tu , sebelum kantoi dia tipu

lepas aku dengar dia jerit jerit , pintu aku kena ketuk . 2 KALI SAHAJA . ” Tuk tuk ” . camtu . then aku cerita kt grup ws

aku menangis cari gambar mama ayah aku . aku peluk kain batik mama . aku doa semoga takda orang buat jahat pada aku termasuk “dia”

aku buka laptop . aku nak pasang ayat kursi dengan surah al mulk . Demi Allah , lagu lain yang jalan . lagu folder lain

then aku berundur . whatsapp dah banyak masuk sebab grup kelas risaukan aku . aku tak gerak langsung dari tepi katil

phone aku tetiba offscreen . blank hitam . takda home takda apps . laptop aku jammed . aku cuba tekan2 tapi takda effect

demi Allah , macam yg lecturer aku kena dekat outdoor kem haritu , keyboard laptop aku tertekan sendiri . sampai ada rosak

aku duduk je . aku rasa ?? dekat tepi pintu almari aku . sebab aku rasa bahang dia . panas macam duduk depan unggun api

satu pesan aku , jangan lemah semangat . aku bersyukur dia tak pernah tunjuk muka .baru sebulan lebih masa tu . raya belum habis

then laptop aku stop bising . aku terus peluk laptop , aku capai yaasin . aku nak baca , aku dengar suara “dia”

kau nak tahu suara dia cemana ? kau ketap bibir . kau bercakap . aku baca Bismillahhirrahmanirrahim , “dia” ikut alunan tu

aku menangis sumpah . slow slow aku meniarap , aku mengiring menghadap tingkap aku baca yaasin sampai terlelap

lepas dua minggu camtu , aku start balik bilik pukul 1-2 dari studio

kali pertama aku balik bilik sorang lalu tepi tasik malam tu pukul 1 lebih . gelap tasik jangan cakap . makin banyak setan

aku teringat kes ‘ Puteri ‘ tasik tu . masatu dalam kepala ni semua jenis hantu ada . and time tu juga “dia” ajak main

berterabur charcoal ( arang lukisan ) dekat tepi batu2 tasik . KimK betul . aku siap cangkung suluh pakai phone kutip

and korang , aku bukan FOREVER ALONE eh . aku ada kawan2 . cuma aku suka gerak sorang . hm . “dia” tarik baju aku dari belakang

aku ingat sangkut kat dahan ke ranting ke rumput ke . mak aih . mmg “dia” pegang . aku boleh rasa ‘ tarik ‘ tu

mulut aku bukan ayat kursi lagi dah . alip bata sajim ha kho semua . nasib tak kahak si “dia” . aku suluh pun malu2 je

nasib tak tersuluh jari “dia” . aku nampak kain warna gold . emas dia kena torchlight phone aku , Allahuakbar , kalah Poh Kong

semua tahu ada pokok besar tinggi tepi tasik TF . ada satu pokok ni macam dah mati . tapi takdalah mati sangat

ada bunyi derapan dahan , patah lah , berkuis lah . aku sampai tersembam lah sebab nak cepat . terus tak pandang belakang

“dia” ikut . aku tahu . aku pasti . sebab ada dua orang budak perempuan suluh2 aku masa aku lintas tangga kecik tu

budak2 perempuan ni suka lepak court tu . pastu aku naik bilik , mandi and bla blaa blaaa

ada sekali tu , budak2 cuti . cuti apa tak ingat . aku tak balik . sbb takda siapa dapat jemput . pakcik makcik aku busy

aku anak tunggal . ada kakak tiri . dia dah khwin and ada family . aku tak suruh dia jemput . sebab apa ? wallahualam

kau bayangkan , 4 malam aku sorang sorang dekat kolej . gelap dia Allah je tahu

duit nak makan ? kedai makan ? jangan cakap . semua tutup . PB pun tak tahu aku ada dlm tu . abang2 and akak2 degree zon lain

makanan aku mula tinggal sikit . aku mula banyak baring isi masa lapang , aku layan one piece . start malam jumaat tu

pintu bilik aku special . dari luar ada selak dgn tombol . dari dalam pun ada selak dgn tombol pintu . aku kunci pintu dr dalam

masatu aku tengok One Piece episode 667 . aku ingat ! angin kuat nya ya Allah . terasa kerdil aku sebagai mahluk Allah

aku pun bangun buka langsir . togel tingkap aku . aku baring balik . pastu kau tahu tak , “dia” main kat bilik sebelah buduh lak ai

mentang2 aku buka lampu . takut kantoi huduh ,”dia” main kat bilik sebelah kanan aku . lentang lentung almari budak tu dibuat eh

aku buka ayat kursi ( one piece tetap jalan beb ) . aku ambik garam . yup . aku takdalah tinggi ilmu ‘jengjeng’ ni . sikit je

garam tu aku baca ayat kursi , 3Kul and aku salawat , aku letak sikit dekat lidah . aku susun elok dekat bawah pintu

pastu nak tahu something ,”dia” diam . taknak pula dia berdisko kat bilik sebelah . diamm je . angin dah mula slow

aku dapat call dr member . aku jawab , tak dengar suara . aku hello banyak kali kalah adele , member letak phone

dia dengar bunyi berdesing . dia tanya aku okay ke tak, aku tak cerita kat dia . aku kata line kut . then aku tahu ,”dia” dekat aku

maybe “dia” dekat tingkap . sebab nya ,”dia” suka cakar cermin tingkap aku

tapi aku tahu “dia” tak masuk . dia ada kat luar . sebab tingkap aku ada satu pokok bebetul dahan berhenti depan tingkap aku

then aku pause One Piece , aku cucuk earphone , aku dengar surah Al Mulk sampai tidur

malam kedua aku okay .”dia” takda masuk ke apa . tapi garam aku hangus bawah pintu . aku tak masuk bilik air siang tu woi ! serem

petang tu aku mandi lah jap . macam orang yang betul2 jimat air ah . mesti Ayah Man sayang aku kalau dia tau . then masuk bilik

malam tu aku tidur awal sebab penat siapkan drawing siang tu . aku tidur awal dlm pukul 10 lebih and bangun pukul berapa tau?

pukul 3 setengah makweiii 3 setengah pagi buta nokharom . sebaik dah hari ahad . mata aku segar ya Allah

aku tengok lampu satu terbuka satu padam . setahu aku , aku tak tutup lampu masa tu ( akhirnya ego tewas ) .”dia” ada

“dia” dekat hujung kaki aku . aku tak nampak . tapi kita boleh rasa . kan ?? aku yakin dengan Allah . aku yakin”dia” mahluk Dia juga

dia tarik selimut kuning aku . comforter aku koyak . nnt jap lagi aku send gambar . cutter ( pisau ) aku patah

tepat pukul 4.10 am camtu ,”dia” lepaskan selimut aku . dah tak nampak tegang . takda bunyi besi kena seret atas lantai

klau lah kau faham derita jiwa aku masa tu . boleh gila . wallahi ! kau sorang wei ! aku sorang , Ya Allah . sunyi aku masa tu

aku minta ampun dekat Allah masa tu . berderai airmata mohon ampun segala silap . betul orang kata , masa susah baru ada Tuhan

aku nekad . aku buka pintu bilik . sambil peluk kain batik mama , aku sarung telekung , aku pergi hujung level ,aku pasang lampu

aku baca ayat kursi sambil menangis ya Allah . phone aku tah mana , hingus aku tah mana . aku jalan masuk bilik , aku duduk

aku sandar dekat katil macam orang sengal . aku jammed . mata bengkak . kain batik mama penuh hingus aku . pintu terbuka . “dia” ???

“dia” pun kesian tengok aku menangis . kepala aku berdenyut . aku termenung . aku zikir sampai hari cerah

ahad tu aku tak makan tak minum . aku tak sedar pun aku lapar . aku buat kerja macam biasa

malam ahad aku mula kembali macam biasa . and isnin , mula ramai balik . tapi tak level aku . ada 2-3 orang je

and , ada satu malam , aku turun dari kereta dia , masatu kat parking tanah merah , gula gula dr library lama tinjau kitorang

gula gula muka hitam . mata apa semua taknampak sebab jauh . gula gula kat tangga kelas IDE tu . then dia bawah pokok

Allahuakbar . Aku hamba Dia yang hina , lemah , tak mampu alih mata . ( pocong ) tak gerak . tak loncat . ( pocong ) stay

kawan kawan aku tegur aku . ‘ weh del ! asal do ?? ‘ and Fai , kawan aku dah pegang lengan aku ajak jalan balik

aku tahu pocong pandang aku . aku tahu”dia” pula tunggu aku balik . bilik aku dgn bilik Fai tak jauh tapi aku tak suka tidur bilik orang

aku fikir , Allah takkan saja biar aku susah kalau tahu aku tak mampu . Hilang mama ayah cukup pahit . so “dia” & pocong takdalah perit nau

malam demi malam aku telan sendiri . aku nekad akan aku kongsikan rasa tu . Allah tu Maha Kuasa . Ada juga kawan2 dtg teman

satu malam tu , kawan aku selang 3 bilik datang nak teman , roomate dia punya kurang ajar biadap , kau tahu dia kata apa ???

roomate dia kata , ” baik baik you . hantu sundal semua dalam tu . karang you pula kena ” tercengang aku . hati ni hancur

Allahuakbar . Hina apa hamba macamtu sekali ? bilik ni bukan aku buat maksiat . Aku bukan bawa jantan . Malam tu kawan aku tidur

dia tidur sambil aku buka ayat ayat suci . lagi berapa minggu nak tamat pengajian . aku sambung buat drawing .”dia” lalu
“dia” langgar sudu garfu aku . aku pandang tingkap . tak nampa “dia” tapi sudu tetap berlaga dgn garfu

tangan aku pegang cadar . aku paksa diri bangun sebab masa tu aku duduk kat lantai . beratnya lutut nak lurus berdiri, Ya Allah

aku sebut nama kawan aku , dia tak dengar . aku rasa tekak aku nak tercabut tapi dia tak dengar . even aku tak dgr suara sendiri

syahdunyaa ku rasa disaat ituuuuu . suasana sepi membisuuuu . ehemm . aku menangis gila . airmata jd garam terus

aku dah kejung kat situ . lutut melekat dgn lantai . bising sudu dgn garfu . aku sebut Allah 3 kali , tekak aku rasa mula relax

lepas 15 minit , Wawa ( kawan aku ) bangun . dia tanya aku okay tak , aku kata aku okay . padahal peluh dah sampai ke lantai

and aku chill tak cerita kt wawa sampai dua minggu sebelum final exhibition artschool Lendu bermula . Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah , ini adalah tweet2 terakhir yang aku akan tweet bagi thread ni . terima kasih awak semua sudi baca

satu malam yang aku rasa itulah yang terakhir kalinya “dia” usik aku . grup wasap semua tahu . sebab aku menangis voicenote

aku tidur . sebab penat menempuh hari2 final sangat tenat ya Allah . aku dengar headphone . pukul 2 lebih . aku terjaga

terjaga sebab “dia” dalam bilik aku . dia ada dekat atas almari aku . almari tu ada dua . satu berdepan katil aku . atasnya kosong

almarinya bukan yg ni , lagi satu tu . kosong tapi aku tahu “dia” ada . bilik aku gelap tapi “dia” lg gelap !

aku nampak “dia” gerak dekat dinding dari atas almari keluar tingkap . tembus langsir . terhalang segala cahaya dari luar tingkap

aku menangis . aku tak bangun buka lampu pun . aku takut nampak dia . aku terus mengiring belah kanan mghadap pintu bilik

aku cabut headphone . aku dengar bunyi tombol bilik dari hujung level seolah ada angin libas

aku buka mata sebesar2 nya then pintu aku terbuka ! aku heran . aku siap kunci tombol dgn selak dari dalam bilik

then aku bangun . sumpaj aku tak pusing belakang pandang tingkap , aku tolak pintu slow slow sebab aku tak sanggup buatnyaa

buatnya dia lintas depan pintu and singgah , aku rasa , lengkap tiga beranak menghadap Ilahi . aku terus tunduk and baring

then aku pejam mata tanpa terbuka even sepintas cahaya dapat masuk . aku pasang headphone and Demi Allah Quran Yaasin semua “dia”

kau cuba ketam bibir , guna suara tekak , kau ikut alunan ” Tabarakallaziii .. ” sampai habis satu ayat tu . Kau cuba lah

aku punya nafas ni tersangkut sangkut tahan sebak . aku voicenote suara menangis aku dekat ws grup . rasa hidup ni sebatang kara

sebab pandangan aku kelam gila . aku dengar “dia” aku nampak “dia” dekat pokok tu . bayang2 dia seolah menutup seluruh tingkap aku

Allah . andai itu ujian buat aku atas sifat aku yang kadang lupa Dia , aku selalu mengeluh aku sebatang kara , aku insaf malamtu

aku biar je “dia” baca . langsir aku dah seolah2 ada yang kibar2 sampai aku nampak luar tingkap . besi kekisi tingkap dicakar

nampak selimut aku tu , demi Allah satu demi satu bahagian terkoyak sel

*seolah olah orang toreh dgn pisau tajam . cutter aku berkarat tanpa sebab aku cuma ada Allah waktu tu

bffs aku yg tolong aku masa aku awal2 masuk sem tu , hilang . diorang gelar aku forever alone . tapi aku sayang diorang

aku tak lupa jasa diorang . cuma waktu nafas aku tercongak kelangit , bukan sahabat bahkan musibat tiada lalu

lepas 10 minit “dia” ikut alunan ayat suci , “dia” ketawa . ketawanya seolah mengatup bibir , berbisik dekat telinga dan berdekah

dekah “dia” yang kau rasa mulut dia , berada sebelah telinga . Dalam headphone seolah dari tekak “dia” . mata aku tak buka langsung

sedangkan langit , bumi pun dengar rintihan aku . tangan aku kejang . sejuk . tapi kepala panas gila ya Allah

and “dia” mula jauh sebab airmata aku mula mengalir teruk . seolah kau bertemu “dia” antara dua muka . mulut aku tak bersuara

aku alih headphone, aku picit telinga . aku ketap bibir . dalam hati , panjatkan segala rasa pada Allah . jari2 aku mula panas

dahi aku mula kering dari peluh . pukul berapa tah , aku dengar azan dari Kg Lendu , jalan Ayer Pa’Abas tu

aku tahu “dia” dah balik sarang dia . tapi ada member kata , bilik aku sebenarnya sarang “dia” . thts why masa aku lalu naik tangga

angin tu berhembus kena tepat pada aku sampai anak2 rambut aku terasa melekat dengan tengkuk . hembusan tu kuat . sgt sejuk

dan malam terakhir aku dekat sana , ini last tweets . teruskan baca boleh guys ? thankyou

aku balik lewat petang tu lepas kemas2 barang dekat studio part 5 . dah lah duit makan aku kena rembat sekeping rm50

tu duit aku last yang aku simpan sebulan . sebab apa ? sebab orang susah ?? maka rasa sedar diri tu ada

aku balik bilik . aku siap2 call member dr rumah anak yatim tu sebab aku dah takda sesen pun dlm purse masa tu .takut ‘jalan’ je

aku kemas2 and pastu aku mandi . aku masuk bilik air yg tengah2 . yang “dia” selalu duduk , sebelah je sebab siling tu lompon

aku syampu rambut . and ada je rambut senang gugur . tapi rambut aku masatu astaghfirullahalazim . macam satu kepala jatuh

banyaknya sampai penuh penutup saluran air tu . aku tak pandang atas aku , aku terus buka pintu and pecut masuk bilik

aku masuk bilik , jam pukul 9 lebih nak ke 10 malam . tengkuk aku macam sakit sangat . aku manada salah tidur

aku siap siap sambil buka One Piece movie Z . konon sedapkan hati emm

part nak sarung inner neck , ya Allah ujianMu sesungguhNya menguji keimanan . kesan pakuk ( macam ada 2 biji merah ) di tengkuk

menitis airmata sebab aku nampak kesan biru2 mula naik . jari aku pun ada kesan gores . aku sedar itu yg terakhir

aku terus je sarung shawl , aku whtsapp kawan2 aku bgtahu aku nak balik and Fai tolong aku angkat barang sikit

aku ada tinggalkan cadar aku warna kuning tu dekat sana . taktahu ada lgi ke tak . and aku tinggalkan sebungkus garam

masa aku lalu dekat atas bukit tepi tempat bas , bilik aku gelap . gelap yang sangat pekat hitamnya . cuma satu .”dia” dekat pokok

pokok tu dahannya melendut seolah menampung sesuatu . and ada pocong dekat tangga IDE tu . tu tempat dia . ya , tempat DIA terbakar

itu pasal kamar 2414 . and aku orangnya macamni saja . ada je kawan . cuma bersendirian jadi pilihan

kalau korang batch aku dkt Lendu , akan perasan aku selalu jalan pakai parka dark blue sorang2

sunyi ni bagi aku adalah pilihan kita . aku salah pilih bffs yang akhirnya tinggalkan aku sorang2

aku bersyukur alhamdulillah aku selamat habiskan pengajian even susah nauzubillah . Langit , bumi jadi saksi duka lara aku

kisah kamar 2414 tu akan selalu jadi pembakar semangat aku untuk teruskan hidup even gelap , kelam macam mana hidup ni

ada masa aku cerita kisah hidup aku pula okay ? satu pesan aku . Mak , Ayah , itulah satu satunya . jgn berangan dpt ganti

sebab dulu aku fikir mama ayah aku mesti boleh lindung aku dari hantu setan sbb diorg pun hantu . sengal kan aku ?

apa pun guys , kalau rasa lemah , jangan malu balik pada Allah . bukan balik terus ehh

kita selalu fikir kawan kawan tu segalanya . kawan kawan tu lah baik buruk kita . member lah suka duka kita . tapi silap beb

akan tiba satu masa , kau dengan Dia , percaturan yang Dia atur tu maha hebat , kau pun boleh rebah . tapi dongaklah pada Dia

okay sekian anak anak muda . pejamkan mata semua . opss , check phone dulu . tengok last seen Mama Ayah korang pukul berapa

kalau jaga lagi , hantar je emoji ? jangan kau nangis lak . hareyy diorang kat rumah kang

~TAMAT~

Related posts:

  1. Gambar Kemalangan Bas UITM Dan Proton Wira Di Kampung Paya Rumput-Lubok China Alor Gajah
  2. Al Kisah Solat Jumaat
  3. Gambar Shahir AF8 Retak Tulang Tangan Jatuh Bilik Air
  4. Gempa Bumi Di Sumatera Utara | Selangor, Perak Dan Melaka Rasa Gegaran
  5. Makmal Kimia UiTM Shah Alam Terbakar DiIsytihar Sebagai Kawasan Larangan

Leave a Comment