Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Lagu Bawaku Pergi Nyanyian Kaka Feat Zizan DiHaramkan Kerajaan | Lirik Berunsur Negatif

by Ezany-Kun in Berita,Hiburan

Berikut adalah kenyataan Malique, pencipta lirik lagu Bawaku Pergi nyanyian Kaka dan Zizan selepas lagu ciptaanya itu telah diharamkan serta merta oleh Kementerian Penerangan apabila ianya mempunyai lirik yang dianggap boleh mendorong remaja lari daripada rumah.

Link: Lirik Lagu Bawaku Pergi – Kaka Feat Zizan

Malique terkilan apabila lagu ciptaannya yang berjudul, ‘Bawaku Pergi’ dendangan Zizan & Kaka telah diberhentikan penyiarannya apabila ada pihak tertentu yang mengaitkan lagu tersebut dengan unsur-unsur negatif yang boleh mengalakkan lagi kes lari dari rumah di kalangan remaja. Berikut adalah kenyataan Malique sebagai respon kepada isu pengharaman tersebut :

Pagi tadi, Zizan menelefon saya, mengatakan surat dah diterima dari kerajaan, lagu BAWAKU PERGI harus dihentikan penyiarannya. Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri. Tidak adil, saya merasakan bahawa Zizan, Kaka dan saya telah ditindas. Keputusan dilakukan oleh individu, panel (jika wujud) yang tidak adil, cetek dan berkepentingan politik.

Pada tahun 1998, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali. Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri. Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerana itulah datangnya ayat, ‘puncak dunia kita duga’.

Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya. Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatan mendiami tanah tinggi di situ. Mengapa semua ‘pentafsir profesional’ gagal untuk mengulas tentang bait tersebut? Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, ‘pergi lebih lama, pergi lebih jauh’. Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan.

Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya. Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja.

Pada asalnya, lagu BAWAKU PERGI adalah lagu Ella featuring Malique tetapi ditukar kepada Kaka & Zizan atas permintaan Zizan sendiri. Dia menyukai lagu tersebut dan tiada timbul persoalan langsung tentang ‘niat’ lagu tersebut. Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan dari KERAJAAN MALAYSIA yang telah menghukum rakyatnya dan menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara.

Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Memalukan, pakcik. Saya tiada masa untuk berbalah dengan manusia yang negatif, lemah dan sangat senang dibunuh dengan kata-kata. Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari. Be strong pakcik, bukan semua benda dalam dunia ini berniat untuk mencederakan anda dan keluarga anda.

Saya juga ada kehidupan saya sendiri. Its just a song. If you dont like a certain food, you just leave it. You dont go around telling the whole country that they shouldnt taste it too. To whomever it may concern, you can start by being fair if not smart. Don’t let the world laugh at you over another childish issue blown out of proportion. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang.

Related posts:

  1. Zizan Feat Dina – Selamat Tinggal | Lirik Lagu
  2. Malique Feat Najwa – Senyum | Lirik Dan Lagu
  3. Zizan Feat Zain Ruffedge & Altimet – Anggun | Lirik Lagu
  4. Mizz Nina Feat Noh Hujan – Kurnia | Lirik Lagu
  5. Malique Feat Lah Ahmad – Cuba Lagi | Lirik Lagu

{ 7 comments… read them below or add one }

ROMANTIS November 23, 2012 at 4:25 PM

hai ezanny tak der ker drama oh haram full episod. sila upload kan disini boleh? Saya ketinggalan menontonnya. Cerekarama tv3 epison 1 dan 2 ya.

Reply

cinta halal November 23, 2012 at 4:28 PM

yelah saya pun tak tgk….dgr dr mulut kengkawan katanya, kelakar giler tu.

Reply

Jebat April 3, 2013 at 10:15 AM

tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa

hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng

memang lirik ni banyak unsur negative pon

Reply

general February 14, 2017 at 4:37 PM

tafsir guna otak la..

Reply

a July 3, 2014 at 10:56 AM

org yg buat lirik ni yg tak faham bahasa sbenarnya..nak putar belit ayat konon…

Reply

general February 14, 2017 at 4:38 PM

malique graduate mrsm..dia berpendidikan..dia banyak cipta lagu yang ada maksud tersirat..tafsir betul2 ye..

Reply

Unknown February 1, 2017 at 7:01 PM

Biarlah dy nk buat apa pon

Reply

Leave a Comment