Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Latar Belakang Keluarga Noor Dayana | Biodata Noor Dayana

by Ezany-Kun in Info

Assalamualaikum wbt.
Bismillahirrahmanirrahim.

Ini ada lah ringkasan serba sedikit berkenaan dengan diri dan keluarga saya sekadar untuk mengenali dan memahami diri saya.

KELAHIRAN- Saya dilahirkan pada 24 December 1959 di Singapura, dan sekarang berumur 51 tahun. Ayah saya berasal dari Umbai, Melaka dan ibu saya berasal dari Singapura. Ibu saya ialah seorang guru penyelia di Singapura dan apabila ibu saya bersara pada umurnya 45 tahun, dia melahirkan saya. Allah SWT telah panjangkan umur ibu saya dan sekarang ibu saya berumur 95 tahun. Dia tinggal bersama saya selama ini. Ayah (yang saya panggil Bak) meninggal dunia semasa saya berumur 11 tahun. Ibu saya telah membesarkan saya dengan wang pencen nya (RM300 sebulan) hinggalah saya tamat pengajian universiti. Saya adalah anak tunggal kepada ibu dan ayah saya. Tetapi saya mempunyai 8 orang adik beradik lain ibu sama bapa dan 2 adik beradik angkat.

HIJRAH DARI SINGAPURA KE JOHOR BAHRU- Semasa umur saya 9 tahun, ayah dan ibu saya berhijrah ke Johor Bahru. Ibu saya menjual rumah yang kami tinggal di Jalan Ladang, Geylang, Singapura dan membeli sebuah rumah di Taman Century, Johor Bahru. Saya bersekolah di Sekolah Larkin. Masa tu ada peperiksaan Assessment Darjah 5 dan melalui keputusan Assessment itu, saya telah dipilih untuk memasuki Maktab Rendah Sains Mara, Seremban. Saya adalah salah seorang daripada 150 pioneer batch students Maktab Rendah Sains Mara, Seremban. Lima tahun tinggal di Seremban dari tahun 1972 hingga 1976.

MEMBESAR DI MRSM SEREMBAN- Tidak dapat saya lupakan kenangan manis di besarkan dalam suasana yang berlainan di MRSM. Seremban. Kami dibesarkan dalam suasana pembelanjaran yang berlainan – tidak pakai uniform sekolah untuk pergi ke kelas, belajar melalui lecture notes macam ala universiti, sekolah pertama yang mengamalkan konsep “homeroom” dan kokurikulum yang berlainan dari sekolah biasa. Penasihat homeroom advisor saya adalah Puan Syamsiah Yahya yang kami panggil Kak Sam. Sampai hari ini dah tua-tua ni saya masih lagi berjumpa dengan Kak Sam untuk mendapat nasihat. Dengan rakan-rakan yang lain – Ismail Ahmad, Idris Yusof, Datu Omar Ali, Zaini Ahmad, semua Homeroom “E” gang dan member-member lain, lima tahun hidup membesar bersama makan nasi kawah, the “friendship bond” is still strong sampai lah ke hari ini.

BERTEMU JODOH DI ITM- Selepas Tingkatan 5, saya mengambil kursus diploma di ITM, Shah Alam dalam bidang Applied Science dari tahun 1977 hingga 1980. Di ITM (sekarang UiTM) saya bertemu dengan bakal isteri saya, Norma Muhammad, kami satu course mates sama-sama mengambil bidang Food Technology. Di ITM banyak pengalaman yang di alami, but most of all is finding my own identity. Di ITM, saya belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya berjaya mendapat biasiswa MARA untuk melanjutkan pelajaran ke United States. Tidak dapat dilupakan course mates yang sama-sama belajar selama empat tahun – Abas, Aris, Ayob, Mus, Ah, Along, Kak Ana, Cik, Jijah, Ram, Ana dan Teh, sudah lama benar kita lost contact, tetapi seandainya you all terbaca website ini, please do get in touch. Sebelum ke USA, saya berkerja di Texas Instrument, Taman Keramat selama enam bulan sebagai Production Supervisor.

MELANJUTKAN PELAJARAN DI ATHENS, OHIO- Dengan keizinan Allah, saya dapat melanjutkan pelajaran ke Ohio University, Athens pada tahun 1981 hingga 1983 mengambil Bachelor in Business Administration (BBA) dalam bidang Marketing dan second major saya ialah Computer System in Business. Pada masa itu ITM ada affiliate dengan Ohio University, jadi banyak lah dapat transfer credits sampai boleh buat dua major. Saya seronok duduk di kampung Athens, small university town and banyak pelajar melayu. Masa itu bakal isteri saya belajar di Univerisity of Minnesota di Minneapolis, USA dan kami hangat bercinta dari jauh. Minat saya masa itu dalam bidang Computer Science dan banyak subject-subject IT yang saya ambil. Mula-mula sewa bilik di uptown atas kedai yang bernama Shaft dan kemudian sewa apartment di Lakeview Apartment bersama kawan satu apartment Mohd Noh Awang dan Fauzan. Masa belajar di Ohio, saya memang gemar travel ke seluruh benua Amerika. Masa cuti semester, pergi Florida, Carlifornia, Texas, Arizona, New York, Chicago dan Minnesotta. Sewa kerata dan travel ramai-ramai, duduk rumah student Melayu dan dapat makan free. Itu lah student life pada masa itu.

UNIVERSITY OF NEW HAVEN, CONNECTICUT- Selepas mendapat ijazah dalam BBA, saya di beri peluang untuk melanjutkan pelajaran ke University of New Haven, di Connecticut dalam bidang MBA (Finance) pada tahun 1984. Semasa cuti musim panas tahun 1984, saya pulang ke Malaysia untuk berkahwin dengan isteri saya. Upacara akad nikah and wedding ceremony yang simple telah diadakan di rumah mertua saya di Pasir Puteh, tidak ada sanding pelamin dan reception pun sederhana sahaja. Terima kasih kepada pihak mertua saya yang memahami keadaan saya dan keluarga saya. Tetapi kami berhoneymoon di Hawaii semasa stop over on the way back to USA. Semasa di New Haven, saya berkerja sebagai Research Assistant di University Computer Center dan satu ketika pernah jadi part time lecturer, mengajar first degree students dalam subject Finance. Seronok mengajar students Mat Salleh dan ada juga Malaysian students dalam kelas yang saya mengajar. Pada musim cuti Summer 1995 saya dan isteri pergi tour Europe dan masa itu isteri saya mengandong anak pertama kami. Walaupun masa itu kami student tetapi Allah SWT banyak memberi rezeki pada kami.

KELAHIRAN FIRST BABY NOOR ALIA- Pada 2 January 1986, jam 1 pagi, anak saya yang sulong di lahirkan di Hospital St Rafael, New Haven, Connecticut, USA. Ini adalah satu pengalaman yang manis sekali. Pada waktu itu tidak ada sedara mara yang dekat menolong kami, cuma harapkan rujukan buku dan nasihat kawan-kawan. Malam itu kami menjemput kawan-kawan ke rumah untuk makan dinner meraikan New Year. Lepas dinner, isteri mengadu tak selesa dan jam 12 malam saya drive isteri ke hospital dengan kereta buruk saya. Masa itu tengah snow storm dan salji sedang turun dengan lebat sekali. Sampai di hospital, tak sempat nak register, bila nurse check isteri saya dah fully dialated, terus masok bilik delivery and half and hour later, our first baby Noor Alia was born. Allah SWT menolong kelahiran anak kami. That was almost 23 years ago, Alia sekarang sedang menuntut di peringkat Master dalam bidang BioTechnology di University of Adelaide, Australia.

BERKHIDMAT DI MIRI, SARAWAK- Semasa belajar di USA, saya telah ditawarkan perkerjaan dengan Shell Miri. Berkhidmat di Shell Miri selama 8 tahun dan menetap di Miri, Sarawak dari tahun 1986 hingga 1994. Semasa di Miri, Allah kurniakan kami 3 orang anak lagi – Noor Dayana, Adi Ikmal dan Dani Aizat. Di Shell Miri, saya berkerja sebagai O&M Analyst, System Analyst, Project Manager dan akhir sekali sebagai Head of Recruitment. Seronok membesarkan empat-empat orang anak saya di Miri. Tak ada traffic jam, fresh sea food, makan udang besar-besar, udara bersih dan banyak masa untuk bersama keluarga. Selalunya pada petang hari selepas berkerja, saya akan bawa anak-anak ke tepi pantai. Sekarang anak-anak semua dah besar, masih lagi suka pantai dan setiap tahun kami akan pergi bercuti ke Pulau Perhentian yang berhampiran dengan kampung isteri saya di Pasir Puteh, Kelantan. Jadi bila balek Kelantan, selalu singgah di Pulau Perhentian.

BERPINDAH KE KUALA LUMPUR- Pada tahun 1994 saya berpindah semula ke Kuala Lumpur. Mula-mula saya berkhidmat dengan PA Consulting selama 6 bulan tetapi rezeki saya telah Allah SWT tetapkan di salah sebuah badan berkanun – Securities Commission Malaysia. Semasa bekerja di SC, Allah menambahkan lagi seorang anak saya yang bongsu sekali, Dhiya Aiman yang lahir pada tahun 1997.

Selepas lebih 15 tahun berkhidmat dengan SC, saya mengambil keputusan untuk menamatkan kerjaya saya di SC pada 31 Desember 2010. Pada 1 Januari 2011 saya dan Mohd Ashraf Muslim telah menubuhkan Pusat Rawatan Islam AL-Hidayah di Sg Pusu, Gombak. Saya bersyukur kepada Allah SWT telah memurahkan rezeki saya perkerjaan, keluarga dan kesihatan. Pada saya yang mustahak sekali ialah rahmat dan keberkatan dari Allah SWT dalam segala aspek kehidupan dunia dan akhirat.

REZEKI ANAK-ANAK- Saya percaya bila kita menolong orang, Allah SWT akan membalas balek dengan berbagai cara dan tidak semestinya dengan harta dan wang ringgit. Saya bersyukur Allah SWT telah kurniakan saya dengan anak-anak yang soleh dan sihat-sihat. Allah SWT telah banyak murahkan rezeki anak-anak saya dari segi pembelanjaran.

Anak sulong yang pertama, Noor Alia mendapat biasiswa MARA dan sudah pun habis pengajian Ijazah Sarjana dari University of Adelaide, Australia dalam bidang BioTechnology pada tahun 2009. Saya sangat bersyukur pada Allah SAW kerana dengan keizinannya, anak saya mendapat First Class Honours untuk pengajian Ijazah Sarjana dan dia juga mendapat “Best Honours Student Award”.

Anak saya Noor Alia sekarang sedang menyambung pelajaran di peringkat PhD atas tajaan biasiswa dari University of Adelaide dan akan membuat research dalam bidang “Ovarian Cancer”. Inshallah, bila tamat pengajian PhD dia nanti, she will be a Cancer Specialist and certainly can contribute to the local community and medical society.

Kakak, no words or phrase can describe how ayah and mak feel about your success getting the First Class Honours. You certainly deserve the honours degree after all the hard work and effort that you have put in your study. Ayah and mak can only doa to Allah for your success but that is all that we can do. Ayah never miss praying almost every night for the success of all my children to be anak-anak yang cermerlang and also menjadi anak-anak yang beriman dan dirahmati dan berkati Allah SAW. We know you are so far away from us, but we know you are close to Allah and that is what matters most. Ayah and Mak is very proud of you sayang. We miss you very much and looking forward to see you and inshallah we will come to your convocation in April 2010.

Anak yang kedua Noor Dayana sekarang sedang mengikuti kursus perubatan (MBBS) tahun keempat di Manipal University, India dan dibawah tajaan biasiswa MARA. Pengajian perubatan di India adalah selama 2.5 tahun dan sekarang dia sedang membuat klinikal di Manipal-Melaka Campus di Air Keroh, Melaka selama 2.5 tahun lagi.

Anak bertuah ini memang seorang yang ceria dan sunyi dirumah kalau dia tiada. Both mak and ayah is very proud and pleased with your academic achievements and may Allah rahmati your goals in life to be a successful doctor. Wer are glad that you are back in Melaka Campus and not being far far away in India. Rajin-rajin balek rumah ok and drive the Kelissa carefully kalau balek ke rumah nanti.

Anak lelaki ketiga Adi Ikmal sedang melanjutkan pelajaran nya di tahun kedua di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang Automotive Engineering di Malaysian French Institute (MFI), University Kuala Lumpur dalam tahun pertama. Study hard and stay fokus and inshallah dengan keizinan Allah, you should be able to achieve what your want in your life. You are our eldest son, we love you very much and ayah dan mak will always pray for your success in life, ok abang. Drive kereta tu jangan laju sangat nanti accident lagi.

Anak lelaki keempat, Dani Aizat sedang menuntut di Tingkatan Lima di sekolah asrama penuh – Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) di Jitra, Kedah. Tak sangka anak kesayangan ini dapat masuk Sekolah Jenan. Saya sangat sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana anak saya dipilih untuk berlajar di sekolah ini, kerana saya percaya sekolah ini adalah salah satu sekolah SBP yang terbaik di negara ini. Dah empat tahun dia menyertai pasukan rugbi sekolah dia. 2010 is your SPM year, jadi ayah mahu Aizat fokus on your study and tone down on your rugby games. Walaupun Aizat dok jauh kat Jitra tu, you are always in our prayer every night without fail. Bercita-cita hendak melanjutkan pelajaran dia di dalam bidang architecture, moga-moga Allah kabulkan doa anak saya ini menjadi seorang arkitek yang cemerlang.

Anak yang bongsu Dhiya Aiman akan masok ke Tingkatan 1 pada tahun 2011 ini. Syukur Alhamdulillah pada ujian UPSR baru baru ini dia mendapat 5A. Isteri saya tidak benarkan anak bongsu kesayangan ini belajar di asrama untuk tingkatan satu. Sekarang hanya tinggal Aiman sahaja yang ada di rumah. Tinggal lah satu satu anak yang masih lagi bermanja dan penghibur hati kami berdua di rumah.

Saya sangat sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana memberi peluang dan kejayaan yang cermerlang didalam pelajaran anak-anak saya. Saya berdoa agar anak-anak saya menjadi anak-anak yang soleh dan anak-anak yang cemerlang. Pertalian antara saya serta isteri dengan semua kelima-lima anak-anak sangat rapat, kini kami berjauhan dan saya mohon agar Allah SWT pelihara mereka setiap masa dan waktu. Sedih rasa di hati bila seorang demi seorang meninggalkan rumah.

BERMULA NYA PERUBATAN SYIFA’ AL-HIDAYAH- Ramai yang bertanya di mana saya berlajar ilmu perubatan ini. Sebenarnya saya tidak berguru dan tidak ada orang yang mengajar saya. Ilmu perubatan ini datang dengan sendirinya dari Allah SWT kepada saya. Bermula semasa saya berumur 40 tahun, masa itu saya sedang mencari-cari sesuatu untuk mendekatkan diri saya dengan Allah SWT. Pada masa itu saya selalu melakukan ibadah-ibadah sunat seperti puasa sunat, solat tahajud, solat taubat, baca Al-Quran setiap hari dan sentiasa berzikir. Puasa sunat adalah satu amalan yang saya lakukan semenjak tahun 1997. Saya selalu berpuasa setiap hari kecuali hujung minggu dan hari-hari yang diharamkan berpuasa sunat. Amalan-amalan sunat ini saya masih lakukan sehingga hari ini. Yang jelas sekali, setiap kali saya balik dari menunaikan ibadah haji atau umrah, ada peningkatan di dalam diri saya dari segi keimanan dan ilmu perubatan ini. Jika saya bandingkan cara perubatan sekarang dan masa dahulu, banyak perbezaannya.

TIADA MENGGUNAKAN PERANTARAAN- Perubatan ini juga tidak menggunakan sebarang perantaraan seperti jin, iblis atau syaitan, makhluk halus atau khadam. Ramai yang bertanya berkenaan hal ini dan ini adalah yang benar. Saya memang tidak berminat dan tidak berhajat untuk berdamping dengan benda-benda halus ini. Banyak masaalah kalau berdamping dengan benda-benda yang ghaib ini. Ilmu perubatan ini adalah kuasa tuhan dan pemberian tuhan jadi tidak ada yang mustahil sekiranya Allah SAW redhakan. Perubatan ini berasaskan kepada tiga amalan utama iaitu – amalan bacaan Al-Quran, berdoa kepada Allah SWT dan memperbanyakkan zikir “Laila hail’lallah”. Al-Quran adalah setinggi-tinggi mertabat penawar dan kesembuhan. Tak rugi sekiranya sesaorang membaca dan mengamalkan ayat-ayat AL-Quran ini. Selain dari menyembuhkan penyakit, kita mendapat pahala bila membaca ayat-ayat tersebut. Di dalam ilmu pengubatan, yang mustahak sekali ialah keikhlasan hati apabila menolong orang yang memerlukan pertolongan. Bila hati sudah dekat dengan tuhan, insha’allah akan datang keimanan dan ketenangan, dan dengan sendirinya segala urusan dunia dan akhirat akan Allah SWT rahmati dan berkati.

KALIMAH “LAILA HAIL ‘LALLAH”- Ramai yang bertanya apakah rahsia saya? Sebenarnya memang tidak ada rahsia cuma saya mengamalkan amalan zikir kepada Allah SWT. Saya adalah “ahli zikir” tetapi saya bukan anggota mana-mana kumpulan tarikat. Zikir saya hanya lah satu iaitu zikir kalimah “Laila hail’lallah”. Setiap hembusan nafas diikuti dengan kalimah “Laila hail’lallah” dan dilakukan ketika berkerja, tengok TV, memandu kereta, semasa tidur, semasa mengubat dan setiap masa. Dengan dzikru’llah kalimah “Tiada tuhan melainkan Allah” saya dekatkan hati dan diri saya dengan Allah SAW. Dengan dzikru’llah saya mendapat ketenteraman dan ketenangan hati dan minda.

Semua amalan yang dilakukan kerana Allah SWT hendak lah dilakukan berterusan dan konsisten, dan ini amat penting. Biarlah amalan itu kecil dan sedikit tetapi yang mustahaknya ia dilakukan berterusan dan bukan sekali-sekali sahaja atau kita lakukan bila ada “mood”.

MENCARI KEREDHAAN- Mencari keredhaan Allah SWT bukannya susah, lakukan apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang dilarang, dan perbanyakkan amalan-amalan sunat, insha’allah hati dan diri ini akan dekat pada nya. Perbanyakkan solat taubat dan bersujud untuk memohon keampunan dari Allah SWT. Kita manusia tidak boleh lari dari membuat dosa. Dosa-dosa dilakukan kerana mengikut nafsu dalam diri, godaan syaitan dan sebagainya. Tetapi apabila sedar atau tahu yang diri ini telah membuat dosa, kita kena cepat-cepatlah sujud memohon ampun sesungguhnya Allah SWT itu maha pengampun.

Saya sebagai seorang manusia biasa, saya akui saya banyak membuat dosa, dosa kerana keinginan nafsu dan dosa ketika menjalankan tugas di pejabat mahupun semasa melakukan perubatan di klinik atau pun atas sebab-sebab yang lain. Iblis dan syaitan akan sentiasa mempengarohi untuk melakukan dosa terhadap tuhan atau pun dosa terhadap orang lain. Tetapi setiap kali dosa diperlakukan, saya akan sujud kepada Allah memohon ampun. Apabila dosa telah diampun, dan hati sudah dekat dengan tuhan, apa yang diminta nescaya Allah kurniakan dan inilah yang dimaksudkan keredhaan dari Allah SWT.

KEIMANAN DAN KEIHLASAN HATI- Tidak semestinya seseorang yang tinggi pengetahuan ugama itu tinggi imannya, yang penting sekali seseorang itu hendaklah mempraktikkan apa yang di pelajari dan apa yang disuruh oleh Allah SWT. Keterampilan sesaorang itu tidak semestinya menampilkan taraf keimanan sesaorang. Yang mustahak ialah keihlasan hati membuat ibadah kepada tuhan, ibadah yang dilakukan itu berterusan dan keyakinan kepada Allah SWT. Tidak perlu sesaorang itu untuk sentiasa memakai kupiah atau sentiasa berpegang tasbih untuk mendekatkan diri pada tuhan. Malahan bila ketrampilan kita itu terlalu ketara, ini akan membawa kepada sifat riak dan takbur dan ini sangat merbahaya. Saya ingin menasihati agar kita jangan terlalu menunjukkan kewarakan kita sebab tuhan tahu isi hati kita. Contohnya berzikir dalam hati adalah sebaik-baik zikir sebab tidak ada orang yang tahu yang kita berzikir kecuali Allah SWT. Istilah “Just be yourself..” adalah pegangan saya. Kita tidak perlu meniru gaya atau perwatakan orang lain untuk mendekatkan diri pada tuhan. “Low profile” adalah sebaik-baiknya.

KEBERKATAN DAN RAHMAT- Allah SWT menilai kita melalui keihlasan kita bila kita beribadah, dan paling mustahak sekali ialah untuk mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah SWT dalam segala amalan dan kehidupan kita. Mencari keberkatan dalam hidup adalah sesuatu yang ramai tidak memahami. Wang ringgit tidak dapat membeli keberkatan hidup, ia hanya datang dari Allah SWT. Rezeki yang halal yang diberkati dan dirahmati adalah lebih baik dari harta kekayaan yang tidak di redhai oleh Allah SWT. Di dalam pengalaman saya mengubat orang, saya sudah banyak berjumpa orang-orang yang berharta dan kaya raya, tetapi hati mereka tidak bahagia, banyak masalah dengan anak-anak atau isteri, masalah kesihatan, masalah rumah tangga, cerai berai, masalah kerja, tidak ada zuriat, mendapat sakit yang pelik-pelik dan lain-lain musibah lagi. Apa erti kaya sekiranya tidak bahagia? Tetapi saya juga ramai berjumpa dengan orang-orang yang hidup sederhana tetapi bahagia dan kehidupan mereka sentiasa di redhai oleh Allah SWT. Yang kita mahu dari Allah SWT ialah kecermelangan kehidupan didunia dan diakhirat.

PEMBINAAN SURAU DI VILLA BESTARI, SG. PUSU -Syukur Alhamdulillah kepada Allah SWT, Surau Al-Abqory telah terletak di penghujung Jalan Bestari Indah di Villa Bestari, Sg. Pusu, Gombak. Pembinaan surau ini bermula pada bulan July 2009 dan telah siap dibina pada January 2010.

Surau yang boleh menampung 200 jemaah dan ada kemudahan seperti dewan solat, rumah imam, bilek kuliah, dewan makan dan tempat mandi jenazah. Surau ini di dirikan atas tapak tanah yang telah diwakafkan oleh pihak developer kawasan Villa Bestari.

Harga pembinaan (construction cost) adalah sebanyak RM400,000. Saya sangat-sangat berterima kasih kepada semua pesakit-pesakit yang mengunjung klinik saya, yang telah menderma dengan ikhlas untuk membantu mendirikan surau ini selain dari usaha dan sumbangan dari penduduk di taman Vila Bestari. Sebanyak RM360,000 telah di kumpulkan dari sumbangan dan dermawaan dari pesakit-pesakit yang mengunjung ke klinik saya. Saya juga berterima kasih kepada semua jiran-jiran saya di Villa Bestari yang telah bertungkus lumus dan berusaha bersama untuk membina rumah Allah ini. Allah Hu Akbar, semoga usaha kita semua dirahmati dan diberkati Allah.

AKHIR SEKALI- Ini adalah serba sedikit ringkasan sejarah hidup, prinsip hidup dan pedoman saya. Kepada isteri saya Norma dan anak-anak saya – Alia, Dayana, Adi, Aizat dan yang manja sekali Aiman, terima kasih kerana memahami saya and sokongan yang diberikan. Mudah-mudahan Allah SWT berkati apa yang kita sekeluarga lakukan dan saya bersyukur apa yang telah Allah SWT anugerahkan kepada saya dan sekeluarga.

Sekian. Wabillahi Taufiq Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Hj. Lokman Abdul Hamid

2 Januari 2011

sumber: http://www.syifa-alhidayah.com/peribadi_detail.asp

Related posts:

  1. Nabi Muhammad DiKutuk Dalam Facebook
  2. Sarina Jaafar Bunuh Diri Tiada Kaitan Kes Bunuh Datuk Sosilawati Lawiya
  3. Gambar Tunang Ashraf Muslim, Dayana
  4. Aaron Aziz DiJangkiti Virus Kencing Tikus
  5. Senarai Peserta Protege Mentor 5 TV3 | Video

{ 1 comment… read it below or add one }

risha naidu February 8, 2015 at 10:46 PM

nice:)

Reply

Leave a Comment