Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Lee Chong Wei Mara Ke Pusingan Akhir Badminton Dunia 2011 Menentang Lin Dan

by Ezany-Kun in Berita Sukan Terkini

Perseorangan utama negara Datuk Lee Chong Wei mara ke pusingan akhir perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Dunia di Arena Tertutup Wembley di London, Sabtu.

Beliau, yang juga pilihan utama kejohanan, mengenepikan pilihan keenam Chen Jin dari China 21-13, 21-9.

Chong Wei mempamerkan permainan cemerlang pada set pertama termasuk melakukan beberapa pukulan kilas dan lintang yang mematikan gerakan Chen Jin.

Pada set kedua, Chen Jin cuba bangkit dengan mendahului 0-4 pada minit-minit awal permainan, namun Chong Wei berjaya menyamakan kedudukan 7-7 dan terus menguasai permainan sehingga mata penamat.

Ini merupakan kali pertama Chong Wei berjaya melangkah ke pusingan akhir kejohanan berprestij itu sepanjang bergelar pemain badminton profesional.

Beliau juga merupakan perseorangan negara pertama yang melakukannya selepas Wong Choong Han pada 2003.

Dalam perlawanan akhir Ahad, perseorangan nombor satu dunia itu akan bertemu pemain China Lin Dan (pilihan kedua) selepas berjaya mengalahkan Peter Hoeg Gade (pilihan ketiga) dari Denmark.

Related posts:

  1. Lee Chong Wei Marah Ke Separuh Akhir Kejohanan Badminton Dunia 2011
  2. Lee Chong Wei Mara Ke Suku Akhir Kejohanan Badminton Dunia 2011
  3. Keputusan Pusingan Ketiga Kejohanan Badminton Dunia 2011
  4. Keputusan Penuh Akhir Badminton All England 2011
  5. Lee Chong Wei Juara Perseorangan Badminton Terbuka Jepun 2010

Leave a Comment