Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Makmal Kimia UiTM Shah Alam Terbakar DiIsytihar Sebagai Kawasan Larangan

by Ezany-Kun in Berita

Makmal kimia bangunan Makmal Institut Pengurusan Penyelidikan (RMI) di Universiti Teknologi Mara (UiTM), yang terbakar semalam, diisytihar sebagai kawasan larangan untuk semua individu dan tidak selamat untuk digunakan.

Link: Gambar Dan Video Makmal UITM Kampus Shah Alam Terbakar | 15 Julai 2013

Pengisytiharan itu dibuat Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor. Jabatan Komunikasi Korporat UiTM Shah Alam hari ini mengesahkan tiada kemalangan jiwa dalam kejadian itu dan satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Seksyen 6 di sini, semalam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor turut memaklumkan 90 peratus daripada bangunan Makmal Kimia RMI musnah dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang semalam, kata Jabatan Komunikasi Korporat UiTM dalam kenyataan hari ini.

Punca kebakaran masih dalam siasatan Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor. Dalam kejadian semalam, tiga pelajar, seorang pensyarah dan seorang pembantu makmal sedang menjalankan uji kaji di dalam sebuah daripada makmal berkenaan apabila kebakaran berlaku.

Mereka sempat menyelamatkan diri apabila menyedari api mula merebak, yang dipercayai berpunca daripada sebuah bilik makmal yang terletak di bahagian tengah bangunan. Kebakaran dapat dipadam sepenuhnya pada 7.20 malam.

Related posts:

  1. Gambar Dan Video Makmal UITM Kampus Shah Alam Terbakar | 15 Julai 2013
  2. Gambar Burger King Extreme Park Terbakar Di Seksyen 13, Shah Alam
  3. (Gambar) Banjir Kilat Di UiTM Shah Alam
  4. Gambar Mydin Hypermarket Subang Jaya Terbakar
  5. Semakan Keputusan Kemasukan UiTM Sesi 2011/2012

Leave a Comment