Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Menjana Pendapatan Online Melalui Program eRezeki

by Ezany-Kun in Berita

Apa itu eRezeki?

eRezeki adalah inisiatif Digital Malaysia yang bertujuan untuk menghubungkan golongan berpendapatan rendah dengan saluran pendapatan digital. Dengan eRezeki, individu diberi latihan untuk melakukan tugasan digital yang bersesuaian dan menjadi sebahagian tenaga kerja digital yang berdaya saing.

Tiada temuduga dan yuran!

Siapa yang layak?

Rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah RM4,000 sebulan ke bawah, termasuk pelajar, suri rumah, pesara dan warga emas.

Program eRezeki ini membolehkan anda untuk mempelajari kemahiran baru dan menjana pendapatan tambahan dengan melaksanakan kerja-kerja yang menarik untuk syarikat-syarikat besar dari serata dunia serta syarikat-syarikat tempatan. Terdapat permintaan tinggi dan banyak peluang untuk warga kerja digital kerana syarikat-syarikat kini mengalami tekanan yang tinggi untuk memberikan perkhidmatan dengan lebih cepat, memberikan maklumat yang tepat dan untuk menguruskan perniagaan mereka dengan lebih cekap dan lebih daya saing.

Sebagai ‘pekerja digital’ anda boleh mendaftar melalui Portal Kerja Digital eRezeki, melakukan pilihan kerja yang anda minat (contoh seperti mengkaji dan mengkategorikan imej-imej, mencari maklumat, menulis cebisan-cebisan kandungan dan sebagainya), mengamalkan sesuatu pekerjaan tersebut dalam suasana sebagai latihan tanpa sebarang tekanan, mengambil ujian mudah demi melayakkan diri anda untuk tugasan tersebut dan seterusnya melaksanakan pekerjaan tersebut untuk pelanggan sebenar, yang berada dimana-mana sahaja didunia, dan menerima bayaran untuknya!

Bagi membolehkan anda untuk merebut peluang keemasan ini, Pusat-pusat eRezeki sedang ditubuhkan dilokasi-lokasi strategik diseluruh negara.

Ini adalah untuk membantu Rakyat, khususnya mereka yang terdiri dari golongan berpendapatan rendah yang memerlukan bantuan untuk mendekati kemudahan-kemudahan dan infrastruktur IT dalam usaha untuk menyertai program ini. Di Pusat-pusat eRezeki tersebut, anda akan berpeluang untuk mendekati dan juga menerima dan menjalani latihan secara “one-to-one” dan “class-room” dalam kumpulan untuk pelbagai tugasan tertentu yang ditawarkan dalam Portal Kerja Digital eRezeki. Pusat-pusat eRezeki ini akan memberikan anda akses kepada sebuah terminal komputer dan kemudahan Internet jalur lebar berkelajuan tinggi, bagi membolehkan anda melaksanakan kerja atau tugasan anda.

Pusat-pusat eRezeki ini amat membantu jika anda tidak mempunyai peralatan komputer anda sendiri dan juga kemudahan Internet jalur lebar berkelajuan tinggi.

Bagaimana ia berungsi?

 

DAFTAR DI SINI

 

Sebagai ahli komuniti warga kerja digital eRezeki, anda akan tergolong dalam suatu kumpulan kerja serba baru yang penting dan moden dan anda akan menggunakan teknologi terkini untuk mencari kerja, memilih tugasan yang ingin anda lakukan (jenis kerja atau tugasan yang dipilih terpulang kepada anda dan bukan seperti lazimnya dimana pelanggan yang membuat pilihan tersebut) dan seterusnya, bila anda menghantar maklumat yang diperlukan anda akan menerima bayaran untuk segala tugasan yang menepati kehendak pelanggan.

Lebih banyak kerja yang anda lakukan, teknologi canggih program eRezeki mempunyai keupayaan untuk merekodkan butir-butir anda dan tugasan-tugasan yang telah dilaksanakan dengan jayanya. Bila anda semakin mahir, lebih banyaklah kerja yang akan ditawarkan kepada anda dan ini adalah kerana teknologi Portal Kerja Digital eRezeki ini mengetahui jenis kerja yang anda nikmati atau senangi, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai rekod kerja yang baik dalam melaksanakan tugasan atau kerja dengan cekap dan tepat berulang kali.

Pusat eRezeki

Di Pusat eRezeki dan Wakil eRezeki kami, anda akan mampu bersemuka dengan Siberguru dan mengikuti kelas latihan berkumpulan bagi jenis kerja yang ditawarkan dalam portal kerja eRezeki. Juga terdapat kemudahan dan infrastruktur IT untuk anda bekerja dengan selesa.

Antara Pusat eRezeki dan Wakil eRezeki​ yang boleh dikunjungi:

  • Pusat eRezeki
    Level 4, UTC Kedah, Jalan Kolam Air,
    Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar,
    Kedah
  • Pusat eRezeki
    No. 15 & 17, Ground Floor, ICT Hub,
    Jalan Putra Square 4, Putra Square,
    25200 Kuantan, Pahang
  • Pusat eRezeki
    Tingkat 2, Pusat Latihan ICT,
    Bangunan Paya Keladi (berdekatan Pasar Payang),
    Kuala Terengganu
  • Pusat eRezeki
    Blok E, Terminal Sejahtera Desa Rejang,
    Persiaran Rejang,Taman Setapak Jaya,
    54100 Kuala Lumpur
  • Wakil eRezeki
    Crowd Business Innovation Centre (CBIC)
    Faculty of Computer & Mathematical Sciences,
    Universiti Teknologi MARA (UiTM),
    40450 Shah Alam, Selangor

Soalan-soalan lazim tentang eRezeki

Program eRezeki

  1. Apakah itu eRezeki serta matlamatnya?
    Program eRezeki bertujuan memberi peluang kepada rakyat yang berpendapatan rendah termasuk penerima BR1M untuk menjana pendapatan tambahan dengan memanfaatkan teknologi digital dan peluang­peluang pendapatan secara digital.
  2. Mengapakah Program eRezeki ini diperkenalkan?
    Program eRezeki diperkenalkan bagi membolehkan rakyat terutama daripada kumpulan isirumah berpendapatan rendah untuk mendapat kesedaran, pengetahuan dan seterusnya mengambil peluang ini. Secara ringkas, pihak Kerajaan mahu memastikan rakyat disegenap peringkat dapat mengambil manfaat daripada hasil pelaburan dan pembangunan infrastruktur ICT.
  3. Dari manakah sumber pekerjaan yang akan ditawarkan menerusi Program eRezeki?
    Sumber pekerjaan yang akan ditawarkan menerusi Program eRezeki adalah datang daripada syarikat­syarikat antarabangsa, dimana portal eRezeki akan mengenalpasti tugasan yang sesuai untuk disalurkan kepada pekerja di Malaysia.
    Selain daripada sumber antarabangsa, tugasan­tugasan digital dari sumber tempatan akan diusahakan dari masa ke semasa.

Kelayakan dan Penyertaan Program eRezeki

  1. Adakah program ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat?
    Program eRezeki adalah mensasarkan golongan isirumah berpendapatan rendah atau yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan, serta mempunyai akses kepada Pusat atau Wakil eRezeki yang berhampiran.
  2. Bolehkah saya mendaftar dalam program ini sekiranya pendapatan saya melebihi RM4,000 sebulan?
    Sekiranya pendapatan anda melebihi RM4,000 sebulan, anda tidak berkelayakan untuk mengikuti program eRezeki ini.
  3. Sekiranya saya berminat untuk menyertai program eRezeki, bagaimanakah caranya?
    Sekiranya berminat, anda boleh mengunjungi Pusat eRezeki atau Wakil eRezeki yang berhampiran.
  4. Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk saya menyertai eRezeki?
    Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk menyertai program eRezeki.
  5. Adakah sebarang pra­syarat untuk saya menyertai Program eRezeki?
    Secara umumnya, mana­mana individu yang layak dan berminat boleh menyertai. Adalah menjadi kelebihan bagi individu yang tahu menggunakan internet, boleh membaca dan memahami Bahasa Inggeris tetapi yang paling utama adalah mempunyai kemahuan dan jatidiri untuk berusaha dan berubah.
  6. Berapa lamakah proses pendaftaran eRezeki?
    Proses pendaftaran bagi program eRezeki mengambil masa lebih kurang 5 minit melalui Pusat eRezeki berhampiran
  7. Adakah sebarang had umur untuk menyertai program eRezeki?
    Program ini terbuka kepada individu dari kumpulan sasar yang dinyatakan yang berumur 18 tahun ke atas.
  8. Adakah portal eRezeki terbuka kepada rakyat Malaysia sahaja?
    Pendaftaran ke Program eRezeki ini hanya terbuka kepada rakyat Malaysia daripada kumpulan sasar yang dinyatakan sahaja.
  9. Bolehkah rakyat Malaysia yang bermastautin di luar negara menyertai program eRezeki?
    Rakyat Malaysia yang bermastautin di luar negara tidak akan dapat menyertai program eRezeki walaupun tergolong dalam kumpulan sasar yang layak.
  10. Adakah program ini terbuka kepada warga asing yang bekerja di Malaysia?
    Tidak

Portal eRezeki

  1. Di manakah saya boleh mendapatkan khidmat nasihat tentang penggunaan portal eRezeki?
    Khidmat nasihat tentang penggunaan portal eRezeki boleh diperolehi melalui:
  1. Laman web www.erezeki.my
  2. Bantuan daripada pengurus atau pegawai di Pusat eRezeki berhampiran anda
  3. Bantuan daripada pengurus atau pegawai di pusat­pusat dengan kemudahan jalur lebar yang berfungsi sebagai Wakil eRezeki berhampiran anda
  • Sekiranya saya terlupa kata laluan ke portal eRezeki, bagaimanakah caranya untuk mendapatkan akses?
    Sekiranya anda terlupa kata laluan anda, anda perlu menekan link *Lupa Kata Laluan* untuk memohon kata laluan yang baru. Sistem eRezeki akan menghantarkan anda satu email kepada anda untuk membolehkan anda menukarkan kata laluan yang baru dan mendapatkan akses kembali ke sistem.
  • Apakah nombor hotline yang boleh saya hubungi sekiranya saya mempunyai sebarang permasalah atau pertanyaan?
    Hotline 1­800­88­8338
  • Adakah eRezeki mempunyai aplikasi mobile?
    eRezeki akan mempunyai aplkasi mobile dan maklumat ini akan diwar­warkan melalui laman web www.erezeki.my

Latihan untuk bekerja di bawah Program eRezeki

  1. Apakah latihan yang akan diberi bagi saya meningkatkan tahap bahasa dan pengunaan komputer?
    Pusat eRezeki dan Wakil eRezeki akan memberikan bimbingan kepada ahli­ahli komuniti untuk mendaftar dan mengendalikan portal serta sistem eRezeki.
    Seterusnya, ahli­ahli komuniti boleh memperolehi latihan tugasan secara atas talian, dan mengambil ujian­ujian penilaian berdasarkan jenis dan tahap tugasan, secara masing­masing atau dengan datang ke Pusat eRezeki untuk bantuan latihan.
    Berdasarkan hasil penilaian ujian sesuatu tugasan yang diambil, pekerja digital yang berdaftar akan diberikan notis untuk menjalani latihan berbentuk ‘internship’ di Pusat eRezeki berhampiran, sekiranya perlu, untuk meningkatkan keupayaan pekerja berkenaan membuat tugasan digital secara produktif.
  2. Apakah bahasa­bahasa yang akan diterap atau disediakan untuk program eRezeki?
    Bahasa yang akan diterap dan disediakan adalah Bahasa Inggeris. Ini memandangkan sebahagian besar peluang­peluang tugasan yang ditawarkan adalah daripada syarikat­syarikat luar negara, di samping mendedahkan para pekerja digital tentang pasaran global yang lebih bernilai tinggi. Walaubagaimanapun, sekiranya pekerja menghadapi kesulitan dari segi bahasa, pengurus dan kakitangan di Pusat eRezeki akan membantu mereka dari segi memahami arahan tugasan.
  3. Sekiranya saya tidak dapat ke Pusat eRezeki untuk latihan, adakah langkah­langkah atau tutorial secara online yang boleh saya pelajari?
    Secara berperingkat, portal eRezeki akan memperkenalkan pelbagai kaedah latihan baru yang boleh diakses melalui portal www.erezeki.my. Namun begitu, peserta eRezeki perlu mendaftarkan diri melalui Pusat atau Wakil eRezeki

Pusat eRezeki dan Wakil eRezeki

  1. Apakah fungsi Pusat eRezeki dan perbezaan di antara Pusat eRezeki dan Wakil eRezeki?
    Pusat eRezeki adalah pusat­pusat yang telah dikenalpasti dilokasi­lokasi strategik, yang disediakan semata­mata untuk melaksanakan program eRezeki.
    Pusat eRezeki adalah bertanggungjawab dalam:

    • Memudahcara proses pendaftaran sebagai pekerja digital
    • Memberikan latihan dalam selok­belok mengendalikan portal dan sistem eRezeki
    • Memudahcara pelatih menjalani latihan atas talian
    • Menyediakan slot­slot latihan “internship” berdasarkan keperluan
    • Menyediakan ruang untuk bekerja
    • Menyediakan bimbingan sewaktu bekerja dan bantuan dalam kefahaman bahasa tetapi terhad kepada arahan tugasan

    Wakil eRezeki pula adalah rakan strategik program eRezeki yang akan membantu dalam:

    • Memudahcara proses pendaftaran sebagai pekerja digital
    • Memberikan latihan asas berhubung pengendalian portal dan sistem eRezeki
  2. Dimanakah lokasi Wakil eRezeki?
    Pusat Internet 1Malaysia, Kolej Komuniti, Universiti, Medan Info Desa dan lain­lain kemudahan kerajaan akan dilantik sebagai Wakil eRezeki secara berperingkat dan akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Sila rujuk laman www.erezeki.my untuk maklumat terkini.
  3. Adakah Wakil eRezeki di dalam kampus universiti seperti di UiTM atau Kolej Komuniti terbuka kepada umum?
    Keutamaan pelaksanaan program di kampus­kampus adalah kepada golongan pelajar dari kumpulan isirumah berpendapatan rendah.
    Program dan penggunaan untuk warga umum akan turut disediakan oleh Wakil eRezeki di universiti dan kolej. Pihak Kolej Komuniti sebagai contoh akan menyediakan jadual bagi penggunaan dan latihan oleh pihak komuniti setempat.
  4. Apakah waktu operasi pusat­pusat eRezeki?
    Operasi Pusat eRezeki:
    9am­-1am (Ahad­-Khamis)
    8am­-3am (Jumaat-­Sabtu)
  5. Mengapa 4 (empat) kawasan Pusat eRezeki itu dipilih? Adakah perancangan untuk menubuhkannya di kawasan / daerah lain?
    Empat kawasan tersebut adalah bagi pelaksanaan tahap rintis dan Pusat eRezeki akan dikembangkan ke kawasan / daerah lain secara berperingkat. Pemilihan kawasan adalah berdasarkan kepada kepadatan bilangan isirumah golongan berpendapatan rendah di sesuatu daerah berkenaan dengan merujuk kepada statistik kependudukan yang diperolehi daripada pihak berkuasa tempatan.
    Kawasan yang dipilih juga adalah berdasarkan kepada tahap kesediaan infrastruktur jalur lebar yang dirujuk kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Tugasan Kerja dan Pembayaran

  1. Bentuk pekerjaan yang terdapat di dalam portal eRezeki?
    Terdapat pelbagai tugasan digital yang boleh didapati di dalam portal eRezeki. Secara mudahnya, berikut adalah jenis­jenis tugasan digital yang telah dikenalpasti sebagai tugasan tahap permulaan untuk menjana pendapatan. Tugasan­tugasan adalah seperti berikut:

    1. Pemasukan data daripada teks
      Contoh: memasukkan maklumat dari teks di laman web
    2. Pemasukan data daripada imej
      Contoh: memasukkan maklumat berdasarkan imej yang dilihat
    3. Pemasukan data daripada kertas atau imbasan
      Contoh: memasukkan maklumat dari imej imbasan
    4. Pemasukan data daripada audio / video
      Contoh: mendengar dan memasukkan maklumat dari audio / video
    5. Semakan dan moderasi kandungan
      Contoh: menyemak dan membetulkan maklumat yang salah
    6. Carian dan pengesahan maklumat atas talian
      Contoh: melaksanakan carian atas talian dan memasukkan maklumat yang diperolehi
  2. Berapakah purata pendapatan yang akan boleh dijana sekiranya saya berminat menyertai eRezeki?
    Anggaran pendapatan berdasarkan jenis tugasan digital dan masa yang diluangkan:
  3. Berapa lama jangkamasa diambil bagi saya mendapat pembayaran upah selepas kerja selesai?
    Pekerja Digital yang berdaftar dan telah melaksanakan tugasan digital dengan betul dan sempurna akan menerima pembayaran dalam tempoh 7 (tujuh) hari selepas tugasan berkenaan disemak dan diterima oleh majikan melalui sistem eRezeki.
  4. Bagaimana cara pembayaran upah? Adakah melalui tunai, cek atau pemindahan wang melalui akaun bank?
    Terdapat beberapa kaedah pembayaran seperti menggunakan PayPal dan pembayaran terus ke akaun bank melalui kaedah GIRO.
  5. Berapa banyak pekerjaan yang boleh saya lakukan dalam masa sebulan?
    Bergantung kepada kelayakan yang dibuktikan melalui rekod latihan tugasan dan kemahiran masing­masing, seseorang individu boleh melakukan seberapa banyak jenis pekerjaan mengikut kemampuan masing­masing.
  6. Adakah pendapatan saya melalui eRezeki akan dikenakan cukai pendapatan?
    Pendapatan daripada pekerjaan yang dilaksanakan secara separuh masa atau ‘part­time’ secara umumnya tidak termasuk dalam pendapatan bergaji yang dikenakan cukai.
    Untuk maklumat lanjut dan penjelasan berkenaan perkara ini, bolehlah menghubungi pihak JobsMalaysia (w​ww.jobsmalaysia.gov.my) ​atau pihak Hasil Dalam Negeri Malaysia (w​ww.hasil.gov.my)​
  7. Sekiranya ada sebarang pertikaian berhubung pembayaran tugasan yang telah dilaksanakan, siapakah pihak yang boleh saya kemukakan aduan berhubung perkara ini?
    Sekiranya terdapat sebarang pertikaian berhubung tugasan dan pembayaran, aduan boleh dikemukakan kepada pihak JobsMalaysia, Kementerian Sumber Manusia Malaysia di www.jobsmalaysia.gov.my​ atau di talian 03­8320 2713/4/5.

Umum

  1. Bagaimanakah pihak anda boleh menjamin bahawa eRezeki ini bukan skim penipuan?
    Program eRezeki adalah satu program yang diterajui oleh MDeC, sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM). Platform­platform yang menawarkan peluang jana pendapatan di dalam program eRezeki telah diselidiki dari segi kesahihan dan mekanisma pembayaran kepada pekerja, dan diminta membuat terma­terma sewajarnya dengan para pekerja digital yang mendaftar. Pelaksanaan program eRezeki juga adalah dipantau oleh jawatankuasa­jawatankuasa di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).
  2. Berapakah yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan untuk melaksanakan Program eRezeki?
    Untuk tahun pertama pelaksanaan, Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM8 juta untuk melaksanakan Program eRezeki, khususnya dalam pembiayaan kos­kos infrastruktur Pusat eRezeki, latihan dan penyaluran peluang­peluang tugasan digital kepada rakyat, khususnya golongan B40.
  3. Bagaimanakah program eRezeki akan menyumbang kepada ekonomi negara?
    Menerusi program eRezeki, model ekonomi digital yang inovatif dan inklusif akan dapat direalisasikan, di mana tiada lagi batasan untuk mana­mana individu untuk bekerja dan mendapat pendapatan. Ini akan membolehkan setiap ahli isirumah untuk turut serta dan menyumbang kepada peningkatan pendapatan isirumah. Program eRezeki ini juga adalah amat sesuai dengan golongan muda yang rata–ratanya mahir dalam menggunakan teknologi ICT.

Pihak Syarikat dan Korporat

  1. Bagaimanakah pihak syarikat atau korporat boleh menyertai program ini dan siapakah yang boleh dihubungi berhubung perkara ini?
    Bagi mana­mana syarikat atau badan korporat yang berminat untuk menyertai program eRezeki ini terutama untuk menyalurkan pekerjaan dan mengambil peluang daripada kaedah ini, bolehlah menghubungi pihak MDeC di talian 1­800­88­8338 atau email kepada clic@mdec.com.my​untuk pertanyaan lanjut.

Related posts:

  1. Permohonan Dan Syarat Mendapatkan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online
  2. Senarai Tuntutan Ambiga Melalui IFC
  3. Program Matrikulasi Sesi 2011/2012
  4. Permohonan Tajaan JPA Dan MARA Program Ijazah Luar Negara 2011
  5. Download Borang BR1M 3.0 2014 | Isi Borang BR1M 3.0 Secara Online

{ 4 comments… read them below or add one }

Andi Syiartazni Kamaluddin September 20, 2016 at 1:04 PM

Pemohon dari sabah tidak dapat daftar memandangkan ruang e-centre tidak dapat di isi. Bilakah pemohon dari Sabah layak untuk mengisi atau mendaftar di e-rezeki?

Reply

Fadzilah binti Abdul Rani April 5, 2017 at 3:34 PM

Saya tak faham tatacara nk daftar. Saya ada klik utk pendaftaran , yg hubungi saya bahagian saham. Saya tak berminat bahagian saham. Mcmana saya nk tukar ke bahagian lain bersangkutan perniagaan jualan brg2 keperluan harian?

Reply

SHILA April 20, 2017 at 9:47 AM

saya berminat

Reply

ellia syakira April 26, 2017 at 9:26 AM

adakah perlu saya mendaftar di kaunter2 berdekatan untuk menjadi ahli?
dan adakah kerja ini boleh dilakukan di dalam pejabat dan waktu pejabat. ianya kerja melalui digital sahaja kan.

Reply

Leave a Comment