Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Mimpi Ala-Ala Filem Inception

Oleh kerana dah kena marah dengan cik semut sebab malas nak update panjang², kali ni aku cuba la update panjang sket.




Siapa dah tengok filem Inception? Filem box office lakonan Leonardo DiCaprio yang berjaya mendapat kutipan sebanyak hampir USD 300 juta seluruh dunia. Bagi aku filem ni memang best sangat, masuk mimpi dalam mimpi dalam mimpi untuk mengubah fikiran seseorang. Sampai 3 level mimpi tu, memang dahsyat la.

Habis tu, apa kena mengena filem ni dengan entri aku nak tulis. Ok, sebenarnya semalam buat pertama kalinya aku bermimpi dalam mimpi. Tapi setakat 2 level jer la.

Mimpi Level 2


gambar ihsan google


Dalam mimpi ni aku bersama keluarga pergi bercuti di Genting Highlands. Mula² kami pergi jalan² kat kedai jual cenderamata. Lepas tu adik perempuan aku ajak pergi mandi pulak kat air terjun. Air terjun ni special sket, taktau la wujud ker tak dalam dunia ni. Kenapa special? sebab air terjun ni berombak. Tapi serius best walaupun menakutkan sebab tinggi giler air terjun ni. Masa aku tengah mandi ni ada 2 perempuan lain tengah mandi gak, tapi tak ingat aku rupa dorang camne. Ketika sedang asyik mandi manda, tiba² aku sedar daripada mimpi sebab kepala tenggelam masuk air, hehe.

Mimpi Level 1

Lepas aku sedar daripada mimpi level 2, masa tu aku masih mamai kat atas tilam lagi la. Kat sebelah ni ade komputer, aku tengok adik lelaki aku tengah main internet. Sebelah dia pulak ada 2 orang kawan tengah tengok cerita Running Man. Kemudian aku pun tak ingat apa² lagi, aku pun tersedar.

Dunia Realiti

Lepas dah tersedar, baru aku teringat yang aku telah bermimpi dalam mimpi. Sambil tengah mamai tu, aku terus on komputer dan catat kat notepad supaya tak lupa apa yang aku mimpi tadi.



Aku ingat lepas ni nak practice 3 level mimpi pulak. Tapi nak masuk mimpi kena bawak seorang arkitek untuk design mimpi tu, ada sesiapa nak? Lelaki tak dibenarkan sebab dalam filem Inception pun arkitek dia perempuan. Mungkin sebab daya imaginasi perempuan lebih bagus daripada lelaki.

Leave a Comment