Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Nur Fathia Mengamuk Baling Telefon Bimbit Ke Arah Pengarah Along Kamaluddin

by Ezany-Kun in Hiburan

Pelakon Nur Fathia Abd Latiff, 24, (Fathia) mengakui tidak berniat untuk mengamuk di lokasi drama Stanza Cinta sehingga bertindak membaling telefon bimbitnya ke arah pengarah Along Kamaluddin seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar mingguan, Ahad lalu.

Menurut Fathia, insiden tersebut berlaku bukanlah disebabkan oleh sikap panas baran atau besar kepalanya tetapi ia dipengaruhi oleh tindakan spontan gara-gara tertekan untuk menjayakan watak Amni dalam drama itu.

“Saya langsung tiada niat untuk mengamuk sehingga membaling telefon kepada sesiapa pun, apatah lagi kepada Along yang saya hormati sebagai pengarah.

“Insiden itu berlaku secara spontan kerana telefon saya terlepas daripada tangan dan tercampak ke arah orang lain dan bukannya ke arah Along seperti yang didakwa.

“Sebenarnya, saya terlalu tertekan untuk menjayakan watak Amni dalam drama itu. Kebetulan pula, sebelum itu saya baru saja mendapat panggilan peribadi yang membuatkan saya marah dan hilang pertimbangan,” katanya.

“Sebenarnya, insiden itu bukan perkara besar pun. Semuanya sudah okey dan saya juga sudah meminta maaf pada Along. Penggambaran juga berlaku seperti biasa.

“Namun, saya risau jika orang menganggap saya jahat dan sudah besar kepala walaupun baru setahun jagung dalam lakonan,” katanya.

Fathia menjawab dakwaan itu ketika ditemui pada sesi ramah mesra drama berkenaan di Sri Pentas, Bandar Utama, di sini, Selasa. -Mstar

Related posts:

  1. Harga Terkini Telefon Bimbit | Handphone | Nokia Sony Ericsson Samsung Blackberry iPhone BM-Mobile E-Touch
  2. Sinopsis Drama Dia Bukan Maryam | TV9
  3. One HD Saluran Terbaru Astro | Channel 393
  4. Usop Wilcha @ Shy8 Jadi DJ Slot Pagi Hot FM
  5. Farah AF2 Akan Berkahwin Hujung Tahun 2011 | Gambar

Leave a Comment