Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Pemandu Bas Suka Pandu Laju | Bila Nak Insaf

by Ezany-Kun in Berita

Agaknya bila pemandu-pemandu bas di Malaysia ni nak insaf, terutamanya pemandu bas ekspress. Ekspress tak semestinya perlu dipandu terlalu laju sehingga boleh membahayakan nyawa orang lain.

Untuk melihat gambar yang lebih mengerikan, lawat link berikut – tragedi 10-10-10

Terbaru ialah kes kemalangan ngeri yang membabitkan tujuh buah kenderaan di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah semalam. Punca berlakunya kemalangan tersebut dipercayai akibat daripada Bas Ekspress Delima yang dipandu laju.

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa yang terlibat.

Update: Video kemalangan ngeri Bas Ekspress Delima

SEREMBAN: Bas ekspres dari Melaka ke Kuala Lumpur yang terbabit kemalangan meragut 12 nyawa di Kilometer 223 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), petang semalam dikatakan dipandu laju sebelum hilang kawalan dan terbabas ke lorong bertentangan.

Penumpang bas itu, Nur Najlaa Aqilah Mohd Ghazali, 19, berkata, sebelum kejadian dia tidur, namun terjaga apabila terasa terhoyung-hayang akibat bas dipandu laju sebelum hilang kawalan.

“Dalam sekelip mata, bas berpusing, terbalik dan menghempap sebuah kereta Perodua Myvi. Sejurus kemudian kami dilanggar pula oleh sebuah bas lain dari arah belakang,” katanya yang ditemui di wad kecemasan Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HJTS) di sini, malam tadi.

Nur Najlaa yang cedera ringan di kepala dan tangan, berkata selepas itu dia tidak sedarkan diri dan hanya sedar semula apabila berada di wad kecemasan HTJS.

Sementara itu, seorang jurucakap HTJS berkata sehingga jam 11.30 malam tadi, seramai 24 mangsa yang cedera dibawa ke hospital itu, termasuk seorang pelancong lelaki dari Jepun.

Adakah kerana pemandu bas terlampau bosan jika bas dipandu secara perlahan? Atau mereka merasa gah apabila kenderaan yang sebegitu besar dapat dipandu dengan laju di jalan raya. Pastinya selepas ni lebih ramai yang akan fobia untuk naik bas ekspress lagi.

Pesanan khidmat masyarakat kepada seluruh pemandu bas di negara Malaysia, sila patuhi undang-undang jalan raya sepertimana yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Related posts:

  1. Bajet 2011 | Dasar ELV | Tiada Lagi Kenderaan Lama Di Jalan Raya
  2. Bajet 2011 | Harga Rokok Naik | Malaysia Bakal Mengikut Jejak Jepun
  3. Sarina Jaafar Bunuh Diri Tiada Kaitan Kes Bunuh Datuk Sosilawati Lawiya
  4. Feri Penumpang Kuala Perlis ke Langkawi Tenggelam Ketika DiSenggara
  5. M Rajoli Meninggal Dunia Akibat Sesak Nafas

{ 2 comments… read them below or add one }

suri October 11, 2010 at 4:11 PM

rasa sedih melihat kjdian yang berlaku…

seperti kata dah terkena na berunder tak blh lagi dah..

semoga klurga yg mgalami nasib sbgin akan terus sbar..tabah..

Reply

wazy October 11, 2010 at 10:44 PM

Al-Fatihah untuk semua mangsa kemalangan tu
diharapkan keluarga mangsa terus tabah

Reply

Leave a Comment