Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Pengalaman Menonton Teater Muzikal Terima Kasih Cinta | Gambar

by Ezany-Kun in Teater,Ulasan

Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada Pak Chu Melly sebab tolong dapatkan tiket percuma untuk aku pergi tonton Teater Muzikal Terima Kasih Cinta. Nampaknya tak sia-sia aku tolong promote Teater TKC kat blog ni 2 minggu lepas iaitu pada hari tayangan pembukaan teater tersebut. Aku promote siang, malam terus dapat tengok free of charge.

Ini buktinya tiket aku hari tu, duduk kat seat V27. Harga sebenar tiket ni kalau beli RM180, memang puas hati la sebab dapat tengok kat bahagian tengah. Ok la, aku ulas sikit-sikt jer. Kalau nak tau selanjutnya kena la tengok sendiri kan, aku tak nak spoil. Semua ni pendapat aku jer, kalau ada yang tak bersetuju itu hak masing-masing.

Kredit gambar kepada http://runwitme.blogspot.com

Cerita 1

Pelakon Utama:
Tony Eusoff, Norish Karman, Nik Nur Amalin (Melly)

Lagu:
Kau Ilhamku (Man Bai), Sejati (Wings), Seribu Impian (Casey)

Tema Pakaian:
Warna Oren

Plot:
Haris seorang lelaki yang selalu memikirkan jalan terbaik untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa buat keluarganya. Baginya, keluarga ialah segala-galanya. Berjayakah Haris mencurahkan kebahagiaan yang diidam-idamkan isterinya, Airin dan anaknya?

Ulasan:
Tony Eusoff merupakan salah seorang pelakon yang paling popular dalam teater ni.  Sering mendapat tepukan yang gemuruh daripada penonton. Lakonan Norish Karman juga agak mantap. Paling best masa babak Melly menari, memang terpukau dibuatnya.

Cerita 2

Pelakon Utama:
Latiff Ibrahim, Safura, Diddy

Lagu:
Cinta (Misha Omar/Jaclyn Victor), Permata Untuk Isteri (Kopratasa), Bimbang Terluka Lagi (Noorkumalasari/Sudirman), Kalimah Cinta (Amy Search), Duniaku (S Ahmad), Perpisahan (Anuar Zain)

Tema Pakaian:
Warna Biru

Plot:

Rubiah pula seorang wanita cekal yang mengorak langkah meneruskan pencarian cintanya, lalu bertemu seseorang yang dianggapnya sebagai terbaik buat dirinya, bagi mengubat kesepian. Namun terubatkah kesepian di hati Rubiah?

Ulasan:
Antara cerita yang paling menonjol dalam teater TKC kerana banyak babak mendapat perhatian penonton. Terdapat babak  kelakar, sedih dan juga mewujudkan rasa terharu. Tambahan pula dilakonkan oleh 2 pelakon yang berpengalaman luas dalam bidang lakonan dan disokong oleh pelakon baru. Lagu yang dinyanyikan oleh Latiff Ibrahim sangat menyerlah kerana suara beliau yang mantap.

Cerita 3

Pelakon Utama:
Shajiri, Faradhiya

Lagu:
Cinta (Misha Omar/Jaclyn Victor), Kau Ilhamku (Man Bai), Belaian Jiwa (Carefree), Mata (Noorkumalasari), Janji Manismu (Aisyah), Itu Kamu (Estranged), Gemilang (Sheila Majid), Perpisahan (Anuar Zain)

Tema Pakaian:
Warna Pink

Plot:
Sementara itu, Azlan memiliki segala-galanya, tetapi bukan cinta. Dia hartawan yang sering tertanya-tanya apakah cinta mesti menjadi pelengkap sebuah kehidupan. Kemewahan belum tentu dapat membeli cinta. Terjawabkah setiap persoalan Azlan dalam pencariannya melengkapkan sebuah kehidupan?

Ulasan:
Suka tengok Faradhiya dalam teater TKC, nampak sweet sangat. Tambahan pula beliau mengenakan pakaian yang berwarna pink. Shajiri pula nampak agak macho kerana sering berpakaian segak. Lagu Itu Kamu semestinya akan mendapat perhatian kerana ada tarian stomping.

Cerita 4

Pelakon Utama:
Deja Moss, Anding

Lagu:
Selanjur Bercinta (Aisyah), Impian Anak Jalanan (Kembara), Bimbang Terluka Lagi (Noorkumalasari/Sudirman), Berkorban Apa Saja (P. Ramlee).

Tema Pakaian:
Warna Kuning

Plot:

Dian seorang wanita yang terperangkap dalam kemelut cinta. Namun tidak mudah baginya untuk menduakan kasih sayangnya kepada seorang adik, Dani, yang tidak pernah menghargai kasih yang dicurahkan. Terjeratkah Dian dalam pilihan, antara cinta dan pertalian darah?

Ulasan:
Deja Moss mempunyai suara yang cukup lantang ketika menyanyi. Anding kelihatan begitu bertenaga ketika menari dan suara pun ada banyak peningkatan.

Cerita 5

Pelakon Utama:
Vince, Nadia Aqilah

Lagu:
Cinta (Misha Omar/Jaclyn Victor), Dia (Sheila Majid), Seribu Impian (Casey), Selanjur Bercinta (Aisyah), Sekian Lama (Siti Nurhaliza), Gemilang (Sheila Majid)

Tema Pakaian:
Warna Hijau

Plot:

Manakala Arianna seorang wanita jujur yang mengejar cintanya dengan harapan menggunung tinggi, Apakah yang dikejar Arianna hanyalah bayangan sehingga dia terlupa dengan apa yang ada di depan mata. Bertemukah Arianna pada lelaki jujur dan setia yang dicari-carinya selama ini?

Ulasan:
Gaya lakonan Nadia Aqilah yang agak bersahaja berjaya menarik perhatian aku. Vince pula boleh dikatakan berjaya melakokan watak lelaki pendiam dan memendam perasaan. Suara kedua-dua pelakon ini ketika menyanyi memang bagus walaubagaimanapun Vince kelihatan agak kaku ketika menari tapi dapat menyembunyikannya kerana watak yang beliau lakonkan.

Lagu yang dialunkan pada teater TKC merupakan gubahan semula oleh pengarah muzik yang tidak asing lagi iaitu Roslan Aziz. Malah beliau turut mencipta 2 lagu baru iaitu Kuasa Cinta (pembukaan) dan Terima Kasih Cinta (penutup).

Ramai yang berpendapat teater TKC telah berjaya diselamatkan oleh pemilihan dan susunan lagu yang sesuai. Secara keseluruhannya, aku sangat berpuas hati dapat menonton teater TKC ini dan cadangkan anda juga turut sama menonton sebelum tarikh akhir pementasan iaitu pada 6 Mac 2011.

Rating: 4/5

Related posts:

  1. Teater Muzikal Terima Kasih Cinta @ Istana Budaya
  2. OST Nur Kasih The Movie | Nur Kasih | Lirik Lagu
  3. Juara Pilih Kasih 2 Milik Livonia | Gambar
  4. Sinopsis Filem Nur Kasih The Movie | Trailer
  5. Senarai Pemenang Dan Hadiah Pilih Kasih 2

{ 4 comments… read them below or add one }

zik February 27, 2011 at 3:45 AM

banyak dia punya scene dia… pelakon pun semua mantap2 … aku tak pernah tengok lagi teater… secara live…

Reply

Ezany-Kun February 27, 2011 at 4:08 PM

aah.. byk gak.. tapi selang seli la.. bukan satu cerita tu direct sampai abes pastu sambung yang lain.. cerita ade 2 part.. sejam pastu rehat 15 minit.. pastu sambung lg sejam..

Reply

fikryn February 27, 2011 at 4:03 PM

To be frank… aku tak pernah betul2 tengok teater. Jd nak tanya, best tak bro?

Reply

Ezany-Kun February 27, 2011 at 4:09 PM

serius punya best.. aku pun baru pertama kali tengok teater.. pengalaman dia lain sikit la.. sebab dapat tengok dorg berlakon secara live..

Reply

Leave a Comment