Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Penguatkuasaan Sistem AWAS & KEJARA

by Ezany-Kun in Berita

Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) akan dikuatkuasakan di seluruh negara mulai 15 April ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata melalui pelaksanaan gabungan AWAS dan Kejara itu, pengguna jalan raya diharapkan akan lebih berhemat dalam pemanduan sekali gus mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan.

“Kerajaan tiada pilihan selain mengetatkan penguatkuasaan dan undang-undang jalan raya memandangkan kemalangan maut di Malaysia semakin meningkat.

“Tahun lepas sahaja, angka kemalangan terutamanya kemalangan maut yang kita harapkan menurun, meningkat sehingga 10 peratus,” kata beliau kepada pemberita di sini Sabtu.

Dengan pelaksanaan gabungan dua sistem berkenaan, Ab Aziz berkata ia sekali gus menunjukkan kerajaan sangat serius dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutamanya kemalangan maut.

Pesalah yang melanggar undang-undang lalu lintas kali pertama akan dipotong mata demerit serta diberi amaran manakala kesalahan kedua akan disaman dan sekiranya masih lagi melakukan kesalahan, lesen memandu mereka akan digantung.

Selain itu, apabila dua sistem itu diselaraskan, pesalah trafik yang gagal membayar saman akan disenaraihitamkan dan tidak dibenarkan memperbaharui lesen memandu secara automatik.

Pelaksanaan kedua-dua sistem itu juga akan turut memberi tumpuan terhadap kesalahan lalu lintas melanggar lampu isyarat serta memandu melebihi had laju dibenarkan.

Related posts:

  1. Gambar Kereta Khairul Fahmi Che Mat @ Apex Kemalangan Jalan Raya (Accident)
  2. Awas! Teknik Terkini Peragut
  3. Gambar Kereta Akmal Rizal Kemalangan Jalan Raya (Accident)
  4. Senarai Tuntutan Ambiga Melalui IFC
  5. Sah Tol Naik Antara 50 sen Hingga RM2 Bermula 1 Januari 2014

Leave a Comment