Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi (Bikers) Mohon Mazidul Akmal Sidek Dan Majalah 3 Minta Maaf

by Ezany-Kun in Berita

Seramai kira-kira 300 penunggang motosikal berkuasa tinggi (bikers) hari ini berkumpul di depan Sri Pentas, Media Prima Berhad (MPB) untuk menyerahkan memorandum mendesak pengacara Mazidul Akmal Sidek memohon maaf secara terbuka.

Kumpulan tersebut, antaranya daripada Motor Corner dan ARC Selangor, turut mendesak program Majalah 3 membuat permohonan maaf secara terbuka dan terperinci.

Kumpulan motosikal itu tiba di perkarangan Sri Pentas kira-kira jam 12 tengah hari kerana tidak puashati mereka digelar pelesit jalanan dalam rancangan Majalah 3 baru baru ini. Kelihatan lebih kurang 30 anggota polis berada di sekitar kawasan Sri Pentas.

Memorandum telah diserahkan oleh wakil kumpulan motosikal, Mohd Shahid Tasiran kepada Pengurus Kanan Perkhidmatan Pengurusan MPB, Alwi Husni Yahya. Kumpulan itu turut memberi masa dua minggu kepada Mazidul serta pihak program Majalah 3 untuk memohon maaf.

Menurut Shahid yang ditemui pemberita selepas memorandum diserahkan, jika dalam masa dua minggu, tiada permohonan maaf secara terperinci dibuat, pihaknya akan membuat perhimpunan yang lebih besar.

“Pelbagai kelab yang mewakili bikers dari seluruh Malaysia hari ini datang untuk hantar memorandum bantahan kepada Majalah 3 yang menggelar bikers ini ‘pelesit jalanan’.

“Kami mahu permohonan maaf secara khusus dari Majalah 3 dan Mazidul. Memang dah mohon maaf tapi kami nak permohonan maaf dengan ayat yang khusus secara terbuka terutama daripada Mazidul,” katanya.

Selain itu, bagi Mohd Asri Hamid yang turut mewakili kumpulan itu berkata gelaran pelesit jalanan merupakan satu gelaran yang tak sewajarnya diberikan.

Menurut Asri, pelesit merupakan makhluk yang bersekongkol dengan syaitan dan gelaran itu seolah-olah mengatakan mereka “syaitan jalanan”.

“Gelaran yang diberi Mazidul sebagai pelesit jalanan. Pelesit ini bersekongkol dengan syaitan, iblis. Kami rasa memanggil kami iblis, syaitan jalanan. Mohon tarik balik gelaran itu,” katanya lagi.

Related posts:

  1. Mohd Sobri Mohd Sidek, Anggota Polis Mati DiTembak Di Istana Anak Bukit, Alor Setar
  2. Gambar Sila Sahin, Gadis Turki Islam Bogel Untuk Majalah Playboy
  3. Seorang Remaja, Mohd Solihin Che Kassim Koma Jatuh Motosikal DiBaling Topi Keledar
  4. Gambar Terbaru Raja Ema Yang Semakin Kurus Menghiasi Muka Depan Majalah Nona
  5. Gambar Lelaki Mohon Tukar Nama Mohd Ashraf Hafiz Kepada Aleesha Farhana

Leave a Comment