Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Permohonan Biasiswa Petronas Bagi Calon Lepasan SPM 2010

by Ezany-Kun in Info

PETRONAS mempelawa pelajar-pelajar lepasan SPM 2010 yang mempunyai rekod akademik yang cemerlang, bakat kepemimpinan di dalam kegiatan ko-kurikulum, sosial dan sukarela, serta memiliki keazaman dan kesungguhan untuk memohon Biasiswa bagi Program Penajaan Pendidikan PETRONAS.

Sila rujuk di bawah untuk syarat-syarat kelayakan memohon.

SYARAT MEMOHON:

# Calon-calon mestilah menggunakan keputusan SPM 2010.
# Calon-calon mestilah warganegara Malaysia.
# Calon-calon mestilah berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dan tidak melebihi 19 tahun pada tahun 2011.
# Mempunyai ciri-ciri kepimpinan serta aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum.

PROGRAM YANG DITAWARKAN:

1) UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (UTP)

PROGRAM SARJANA MUDA KEJURUTERAAN (KEPUJIAN):

* Kejuruteraan Awam
* Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
* Kejuruteraan Kimia
* Kejuruteraan Mekanikal
* Kejuruteraan Petroleum

PROGRAM SARJANA MUDA TEKNOLOGI (KEPUJIAN):

* Petroleum Geosains

2) UNIVERSITI LUAR NEGARA/KAMPUS CAWANGAN DI MALAYSIA

PROGRAM SARJANA MUDA KEJURUTERAAN:

* Kejuruteraan Kimia
* Kejuruteraan Mekanikal
* Kejuruteraan Petroleum

PROGRAM SARJANA MUDA SAINS GUNAAN:

* Geologi
* Geofizik

Kelayakan Akademik

Pemohon hendaklah menggunakan keputusan SPM 2010 dengan memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran seperti berikut:-

a) Sekurang-kurangnya gred A- dalam 6 matapelajaran berikut :-

* Bahasa Melayu
* Bahasa Inggeris
* Matematik
* Matematik Tambahan
* Fizik
* Kimia

Dan

b) Sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 matapelajaran lain.

1) UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (UTP)

PROGRAM SARJANA MUDA TEKNOLOGI (KEPUJIAN):

* Teknologi Maklumat & Komunikasi
* Sistem Maklumat Perniagaan

2) UNIVERSITI LUAR NEGARA/KAMPUS CAWANGAN DI MALAYSIA

PROGRAM SARJANA MUDA PERAKAUNAN/EKONOMI/KEWANGAN

Kelayakan Akademik

Pemohon hendaklah menggunakan keputusan SPM 2010 dengan memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran seperti berikut:-

a) Sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 matapelajaran berikut :-

* Bahasa Melayu
* Bahasa Inggeris
* Matematik

Dan

b) Sekurang-kurangnya gred A- dalam 6 matapelajaran lain.

CARA MEMOHON:

1. Permohonan mestilah dibuat secara dalam talian melalui laman web ini sahaja.
2. Sila baca dengan teliti Panduan Memohon dan Panduan Mengisi Borang. Untuk muat turun, sila klik Panduan Memohon dan Panduan Mengisi Borang di laman Borang Permohonan.
3. Bagi permohonan Penajaan Pendidikan PETRONAS ke Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), pemohon dikehendaki mengisi 2 borang :-
i) Kemasukan ke UTP di laman web http://www.utp.edu.my
DAN
ii) Program Penajaan Pendidikan PETRONAS ke UTP di laman ini.
* Sekiranya anda tidak berbuat demikian,permohonan anda tidak akan diproses.
* Unit Penganjuran Pendidikan PETRONAS akan menyemak status permohonan anda ke UTP melalui Unit Kemasukan Pelajar UTP.
4. Bagi permohonan Penajaan Pendidikan PETRONAS ke Universiti Luar Negara / Kampus Cawangan di Malaysia, pemohon dikehendaki mengisi borang di laman ini.
5. Ibu bapa boleh memohon bagi pihak pelajar yang sedang mengikuti kursus Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) atau berada di luar Negara.
6. Pemohon yang berjaya disenarai pendek akan melalui proses peringkat akhir di PETRONAS EduQuest Camp.

MAKLUMAT TAMBAHAN:

1. Pemohon yang disenaraipendek akan dipanggil untuk melalui proses penilaian di PETRONAS EduQuest Camp pada bulan April 2011. Proses pemilihan terakhir akan dibuat selepas PETRONAS EduQuest Camp.
2. Keputusan tawaran penajaan akan dimaklumkan pada bulan Mei 2011.

Permohonan secara dalam talian dibuka mulai 9.00 pagi, 23 Mac 2011.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 5.00 petang, 1 April 2011.

UNTUK MEMOHON, SILA KLIK BORANG PERMOHONAN.

sumber: http://spmonline.petronas.com.my/

Related posts:

  1. Permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2011
  2. Semakan Status Permohonan Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Mac 2011
  3. Semakan Permohonan Program Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012
  4. Senarai Calon Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 | ABPBH 2010
  5. Bajet 2011 | Bonus Untuk Kakitangan Awam Tahun 2010

Leave a Comment