Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Permohonan BR1M 3.0 2014 DiBuka Bermula Dari 23 Disember 2013 Hingga 31 Januari 2014

by Ezany-Kun in Berita

Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan dibuka bermula Isnin ini, 23 Disember 2013 sehingga 31 Januari 2014, menurut kenyataan Kementerian Kewangan. Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

“Bagi pemohon baru pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut,” kata kenyataan itu.

Borang permohonan BR1M 3.0 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my.

Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari dan BR1M 2014 dijangka memberi manfaat kepada 5.9 juta isi rumah serta dua juta individu bujang. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai 23 Disember 2013, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Ketika pembentangan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala untuk indvidu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan dinaikkan sebanyak RM50 kepada RM300.

Selain itu caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan tinggal sebatang kara juga akan menerima kenaikan jumlah bantuan daripada RM500 kepada RM650.

Related posts:

  1. Cara Semak Status Keputusan BR1M 2.0 Secara Online
  2. BR1M 3.0 Naik Kepada RM650 Dan RM350 Dan DiPerluas Kepada Pendapatan RM3000 Hingga RM4000
  3. Sah Tol Naik Antara 50 sen Hingga RM2 Bermula 1 Januari 2014
  4. Download Borang BR1M 2.0 | Isi Borang BR1M 2.0 Secara Online
  5. Borang BR1M 2.0 Di Edar Bermula Bulan Oktober 2012

{ 3 comments… read them below or add one }

leeronie January 30, 2014 at 3:42 PM

saya nak tukar alamat macam mane yer?

Reply

leeronie January 30, 2014 at 3:47 PM

maksud sya disini nak tukar alamat, penerimaan baucer BR1M 3.0!?
dulu alamat du tagaroh kota marudu.. skarang nak tukar ke alamat kg nampasan baru 434 89308 ranau sabah

Reply

muhd alif najmi bin Abdullah November 19, 2014 at 10:30 PM

Adakah saya layak me mohon. Bantuan ini sedang kan gaji saya cuma RM250.25 sebulan.

Reply

Leave a Comment