Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M 3.0 2014

Permohonan Dan Syarat Mendapatkan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

by Ezany-Kun in Berita

PROGRAM GET MALAYSIAN BUSINESS ONLINE

Syarat-Syarat Kelayakan

1) Warganegara Malaysia dengan keutamaan kepada wanita yang berumur di antara 18-65 tahun;
2) Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;
3) Pendaftaran nama domain (.my) atau (.com.my) atau (edu.my) atau (net.my) atau (org.my) dan laman sesawang yang aktif;
4) Langganan kepada perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau ahli berdaftar dengan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)
5) Mempunyai akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan
6) Keutamaan kepada usahawan mikro-jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 10 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.

Soalan-Soalan Lazim (FAQS)

Soalan:
Apakah itu Get Malaysian Business Online?

Jawapan:
Get Malaysian Business Online ialah inisiatif yang diumumkan dalam Bajet 2013 oleh Perdana Menteri bagi membantu 50,000 usahawan mikro terutamanya wanita untuk melonjakkan perniagaan atas talian. Geran RM1,000 akan diberikan kepada pemohon yang layak.

Soalan:
Apakah syarat untuk mendapatkan geran Get Malaysian Business Online?

Jawapan:
Syarat-syarat permohonan:
Warganegara Malaysia berumur 18-65 tahun dengan keutamaan kepada usahawan wanita;

Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;

Pendaftaran nama domain (.com.my/.my/.net.my/.edu.my/.org.my) dan laman sesawang yang aktif;

Mempunyai langganan perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau menjadi ahli berdaftar di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M);

Akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan; dan

Keutamaan kepada usahawan mikro – jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 5 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.

Soalan:
Bilakah saya boleh mula memohon?

Jawapan:
Permohonan dibuka bermula dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013 atau sehingga peruntukan RM50 juta telah dipenuhi.

Soalan:
Bagaimana cara untuk saya memohon?

Jawapan:
Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di www.skmm.gov.my atau di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang berdekatan.

Soalan:
Bagaimanakah geran diagihkan?

Jawapan:
Geran RM1,000 akan dimasukkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan atas nama usahawan/syarikat/perniagaan.

Soalan:
Berapa lamakah masa yang diambil untuk permohonan diproses?

Jawapan:
Permohonan yang diterima akan diproses dalam tempoh 30 hari bekerja.

Soalan:
Apakah sebab permohonan ditolak?

Jawapan:
Permohonan ditolak disebabkan beberapa faktor:

Permohonan yang tidak lengkap dan tidak tepat;
Syarat-syarat tidak dipenuhi;

Permohonan telah dibuat oleh ahli kongsi usahawan/syarikat/perniagaan.

Soalan:
Berapa kali permohonan boleh dibuat?

Jawapan:
Setiap usahawan/syarikat/perniagaan hanya boleh memohon sekali sahaja.

Soalan:
Bagaimanakah pemohon mengetahui bahawa permohonan telah diterima?

Jawapan:
Akuan penerimaan dan nombor rujukan akan diberikan oleh SKMM setelah borang permohonan telah diisi sepenuhnya dan dihantar.

Soalan:
Bagaimanakah untuk mengetahui status permohonan?

Jawapan:
Pemohon boleh menyemak status permohonan melalui laman sesawang SKMM melalui nombor kad pengenalan pemohon.

Soalan:
Adakah terdapat sebarang perjanjian antara usahawan dengan pihak SKMM setelah mendapat dana tersebut?

Jawapan:
Tiada.

Soalan:
Adakah terdapat sebarang caj perkhidmatan bagi memohon geran tersebut?

Jawapan:
Tidak

Soalan:
Adakah penerima geran perlu melaporkan penggunaan wang RM 1,000 yang diterima kepada SKMM ?

Jawapan
Penerima geran tidak perlu menghantar laporan. Pihak SKMM akan membuat pemantauan dan tinjauan berterusan mengenai keberkesanan program.

Soalan:
Adakah terdapat sebarang bantuan/geran susulan bagi membantu usahawan meneruskan perniagaan?

Jawapan:
Tiada

Soalan:
Adakah terdapat sebarang bantuan atau syarat minima bagi membantu usahawan membuka akaun bank?

Jawapan:
Tiada.

Soalan:
Adakah geran RM 1,000 ini hanya boleh digunakan untuk pembangunan laman sesawang atau kegunaan lain syarikat?

Jawapan
Geran yang diberikan adalah untuk melonjakkan perniagaan atas talian dan tidak terhad kepada pembangunan laman sesawang tetapi boleh digunakan untuk kegunaan lain seperti latihan/kursus, langganan perkhidmatan jalur lebar atau telefon pintar, komputer, langganan perkhidmatan aplikasi perniagaan awan (cloud based business applications) dan sebagainya.

Soalan:
Adakah usahawan lelaki dibenarkan untuk memohon geran tersebut?

Jawapan:
Ya.

Soalan:
Saya adalah usahawan yang memasarkan perkhidmatan dalam talian. Adakah saya layak memohon?

Jawapan
Anda layak memohon sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Soalan:
Adakah saya layak memohon sekiranya saya hanya memasarkan produk melalui laman blog dan facebook?

Jawapan:
Anda perlu mempunyai lawan sesawang (.com.my) atau (.my) bagi memasarkan perniagaan anda selain dari laman sosial yang digunakan. Anda juga boleh menggunakan domain lain seperti .net.my/.org.my/.edu.my.

Soalan:
Adakah geran RM 1,000 tersebut akan dibayar terus kepada saya atau disalurkan kepada pembangun laman sesawang tersebut?

Jawapan:
Geran akan disalurkan terus kepada usahawan/syarikat/perniagaan yang memohon melalui akaun bank yang didaftarkan.

Soalan:
Saya mempunyai perniagaan tetapi masih belum berada dalam talian. Bagaimanakah saya hendak mendaftar dan membangunkan laman sesawang perniagaan saya?

Jawapan:
Pendaftaran laman sesawang boleh dilakukan dengan myDomain Registry manakala pembangunan laman sesawang boleh dilakukan dengan mana-mana agensi atau syarikat yang menawarkan perkhidmatan pembangunan laman sesawang. Anda juga boleh menggunakan kemudahan yang terdapat di www.getmybusinessonline.com.my untuk membina laman sesawang dan pengehosan percuma.

Soalan:
Perniagaan saya adalah perniagaan pemilikan tunggal. Adakah saya boleh menggunakan akaun bank peribadi bagi memohon geran tersebut?

Jawapan:
Ya.

Soalan:
Saya mempunyai syarikat perniagaan tetapi tidak mempunyai akaun bank syarikat. Adakah saya layak mendapatkan geran ini?

Jawapan:
Ya. Akaun atas nama usahawan boleh digunakan.

Soalan:
Saya mempunyai 3 buah syarikat. Adakah saya boleh memohon untuk ketiga-tiga syarikat tersebut?

Jawapan:
Tidak. Setiap individu/syarikat hanya boleh memohon sekali sahaja.

Soalan:
Sekiranya saya ada pertanyaan, kepada siapakah patut saya ajukan?

Jawapan:
Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui email iaitu gmbo@cmc.gov.my atau telefon 1-800-88-4040 (Isnin sehingga Jumaat kecuali cuti umum dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang) mulai 1 Januari 2013.

Soalan:
Adakah pendaftaran secara talian ini akan beroperasi 24 jam?

Jawapan:
Sistem talian ini akan diberhentikan seketika pada pukul 11 malam sehingga 7 pagi setiap hari. Ini bertujuan agar penyelenggaraan sistem dan mengemaskinikan data dapat dilakukan.

Borang permohonan boleh didapati di link berikut: Borang Permohonan

Related posts:

  1. Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)
  2. Semakan Permohonan Program Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012
  3. Permohonan Biasiswa Petronas Bagi Calon Lepasan SPM 2010
  4. Permohonan Tajaan JPA Dan MARA Program Ijazah Luar Negara 2011
  5. Syarat-Syarat Baru Mohon Kad Kredit Bermula Mac 2011

{ 26 comments… read them below or add one }

norhana bt ibrahim January 4, 2013 at 10:54 PM

seperti kelayakan permohonan di atas dengan rendahdiri kami memohon maaf diatas kesilapn dalam kenyataan web kami.Web kami adalah web persendirian yaitu – naimbatik.webstarts.com
maaf atas kesilapan.Mohon kami menarik balik permohonan tersebut.
Sekian terima kasih

Reply

Wann January 9, 2013 at 3:41 PM

Salam,

Bolehkah saya mohon untuk rebet RM1000 bagi usahawan wanita.

Sedangkan saya tidak mempunyai (web) yang berdaftar atas nama domain, boleh ke saya apply?

Reply

aufahumaira May 22, 2013 at 4:19 PM

Geran hanya boleh dimohon setelah memenuhi syarat. Salah satu syarat adalah mempunyai web & domain.

Reply

Yati Nordin January 10, 2013 at 11:53 AM

Memang senang betul nak apply Dana ni. Maybe because amount nya sikit.
Saya dah pernah apply dana govt few times, memang kena buat complete proposal.

Rugi kalau tak grab peluang macam ni.

Reply

Rosminah Bt Hj Baba March 12, 2013 at 6:11 PM

Asalamulaikum akak pernah ikuti kursus GMBO ni dan dah byr utk kursus booking tu tp tkda resit akak dh cuba mskkan nk bt online tk leh jd hang aje lh sampai skrg tk pandai

Reply

balarajah a/l varatharaja March 23, 2013 at 12:01 AM

Macam mana kalau saya seorang OKU dan tidak menpunyai pendaftaraan perniagaan.? Saja nak tanya sebab saya tahu tiada sesiapa akan.

Reply

SALINA BINTI IBRAHIM March 31, 2013 at 5:18 PM

Macam mana syarat mendapatkan geran RM 1000.00?

Reply

rosli bin omar March 31, 2013 at 9:30 PM

bolihkah saya mendapatkan reran rm1000.00?

Reply

shahrul bahariah rahim April 23, 2013 at 8:18 PM

SKMM ada menganjurkan kursus tak utk membangunkan laman web ? bagaimana hendak mendaftarkan laman web domain? di SSM ke? Semasa mendaftarkan nama perniagaan di SSM, adakah saya perlu menyatakan bahawa perniagaan ini adalah secara online?

Reply

AMTHANGA May 26, 2013 at 1:16 PM

bagaimana hendak berdaftar laman web domain ?? saya ada ssm.

Reply

Aman May 28, 2013 at 5:38 PM

saya baru sahaja daftar domain saya di http://www.getmybusinessonline.com.my

mudah dan selamat.

Reply

Firdaus bin Rozali June 1, 2013 at 11:47 PM

permohonan gran rm1000, atas jasa kerajaan saya dengan ini memohon gran rm1000 untuk bermodalkan perniagaan online. jasa baik kerajaan amat di hargai sekian

Reply

sapiah binti ibrahim June 30, 2013 at 1:31 AM

untuk mendaftar perniagaan anda di SSM, Kementerian Kewangan dan CIDB saya syorkan pergi laman web ni http://www.daftarsyarikat.biz , diorang tolong buatkan dari a-z , dapat percuma koleksi kertas kerja, senarai badan pembiayaan dibawah agensi kerajaan untuk dihubungi dan contoh template profail syarikat(senang kita tinggal nak key in maklumat je kat dalam profail tu) . kalau pergi sendiri pun boleh cuma tinggal renyah je la nak beratur pastu nama tak lulus kena pergi balik dah satu kerja plak, duit minyak lagi…yang ni saya just melalui facebook je dgn admin dia untuk berinteraksi secara on9…lesen saya sehari je diorangg siapkan. Lepas tu kendian2 kalau ada apa2 yang u all tak faham pasal perniagaan dan ingin bertanyakan maklumat lanjut ada live support di yahoo messenger, skype, facebook dan gmail.

Reply

Fahrin kdh July 7, 2013 at 12:42 PM

Salam,sya tnya pda phk tuan macam mana mhu daftar br1m sebab sya belum pernah lagi daftar br1m.

Reply

Klasik Niaga Event July 13, 2013 at 2:53 AM

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.

Anda seorang Usahawan Online???

Berniaga menerusi BLOG, FACEBOOK, TWITTER atau seumpamanya???

Dari alam maya terus ke dunia nyata…..
Rebutlah peluang memperkenalkan produk atau perkhidmatan anda kepada orang ramai dengan menyertai…

KARNIVAL JUALAN USAHAWAN ‘ONLINE’

Concourse Area, Angsana Ipoh Mall
Ipoh, Perak

Tarikh: 27 – 29 SEPTEMBER 2013
Masa: 11 pg – 10 mlm

Hubungi kami : klasikniagaevent@yahoo.com.my
: 011-25595499

Tarikh Tutup Penyertaan: 9 September 2013

Reply

AZAHARI BIN HASSAN July 30, 2013 at 3:18 PM

SAYA INGIN TAHU MAKLUMAT LANJUT PENYERTAAN TERSEBUT

Reply

iina August 24, 2013 at 11:19 AM

saya berminat untuk menyertai program bussines woman online dan menerima geran rm1000.00 , saya sekarang menjalankan perniagaan online , menyediakan program menaip data dari rumah, saya masih belum mendaftar di ssm, bagaimana cara untuk saya mendaftarkan perniagaan saya online, dan , adakah kemungkinan kegagalan dalam menjalankan busines online ini, dan bagaimana untuk saya membayar kembali geran rm1000.00 tersebut jika busines saya mengalami kegagalan?

Reply

Jomniaga August 25, 2013 at 12:17 PM

Bengkel PERCUMA utk peniaga online! Klik –>>http://goo.gl/78Opa5

Reply

Doreen September 21, 2013 at 9:13 AM

assalamualaikum.. sya mempunyai domain tapi x mempunyai syarikat boleh x untk memohon geran ini ?

Reply

afiff September 28, 2013 at 8:32 AM

apakah itu Mempunyai langganan perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau menjadi ahli berdaftar di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M).??

adakah ia perlu diatas nama kita..

Reply

Nurul November 6, 2013 at 5:12 PM

As salam..
Saya ingin bertanya,. Adakah saya masih boleh memohon utk mendapatkan geran rm1000.. Memandangkan sekarang telah hmpur tarikh tamatnya 31 dis 2013.. Atau permohonan geran tersebut telah penuh.. Saya masih blm ada domain sndiri untuk jualan dan hanya mnggunakan fb utk jualan online..
Terima kasih di atas jawapan pihak tuan/puan..

Reply

Jose bin gundong December 11, 2013 at 9:47 PM

Permohonan gran rm1000.untuk modalkan perniagaan online,jasa baik kerajaan amat dihargai sekian.

Reply

himala a/p singaram December 18, 2013 at 10:01 PM

Saya ingin bertanya,. Adakah saya masih boleh memohon utk mendapatkan RM1000..Boleh saya dapat bila bila tarikh tutup

Reply

fatimah binti don@manap January 11, 2014 at 10:02 PM

saya ingin bertanya adakah masih boleh memohon

Reply

mazura nazari January 13, 2014 at 3:43 PM

Slm,,, sya nk tnya sya dh lma isi,,, tp smpi ke arini, xdpt2 pun duitnya,,, ckp msuk akaun,,,,0142360846, ,

Reply

norfazar sarip January 20, 2014 at 4:39 PM

Salam ptengahan bln 11/11/2013 saya dpt call dr En reduan pegawai skkm 0386888232 mngatakan gran sy lulus dan dlm 30hari waktu pkerja duit akan dimasukan kedalam Acc
Sampai hari ini ..tiada duit dimasukan ta
0124545174

Reply

Leave a Comment