Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M 3.0 2014

Permohonan Tajaan JPA Dan MARA Program Ijazah Luar Negara 2011

by Ezany-Kun in Info

PERMOHONAN TAJAAN JPA DAN MARA UNTUK LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010 DI BAWAH PROGRAM IJAZAH LUAR NEGARA 2011

1. Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mengikuti pengajian di bawah Program Ijazah Luar Negara tahun 2011.

2. Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi atas talian (on-line application) melalui laman web http://esilav2.jpa.gov.my mulai tarikh keputusan SPM 2010 diumumkan secara rasmi.

3. Tarikh tutup permohonan tajaan Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2011 adalah 7 hari selepas permohonan dibuka.

4. Mulai tarikh iklan ini disiarkan, calon hendaklah membaca dan memahami kesemua maklumat mengenai program/bidang kursus, syarat-syarat permohonan dan cara memohon sebelum membuat permohonan. Maklumat lanjut mengenai program/bidang kursus, syarat-syarat permohonan dan cara memohon boleh diperoleh dengan melayari laman web:

a. http://esilav2.jpa.gov.my bagi permohonan tajaan JPA; dan
b. http://www.mara.gov.my bagi permohonan tajaan MARA.

5. Calon-calon dikehendaki menyemak maklumat terkini mengenai permohonan melalui laman web http://esilav2.jpa.gov.my untuk mengetahui keputusan panggilan temuduga JPA pada 8 April 2011.

6. Temuduga JPA akan dijalankan di beberapa pusat di seluruh negara mulai 12 hingga 15 April 2011. Bagi calon yang terpilih untuk menghadiri temuduga diwajibkan untuk:

a. membawa Borang Pengesahan Pendapatan Bulanan Keluarga yang telah disahkan dan dokumen-dokumen lain yang ditetapkan; dan
b. menduduki Ujian Khas Biasiswa Persekutuan JPA yang dijalankan melalui aplikasi atas talian (on-line application) melalui laman web http://esilav2.jpa.gov.my mulai 8 April 2011 sehingga 16 April 2011.

7. Pelajar yang berjaya ditawarkan untuk mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di bawah tajaan JPA diwajibkan untuk mengikuti Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor di hospital-hospital Kerajaan yang terpilih di seluruh negara yang akan diadakan selama 3 hari mulai 10 ­ 12 Mei 2011.

8. Pelajar-pelajar yang memohon tajaan MARA boleh menyemak maklumat terkini mengenai permohonan melalui laman web http://www.mara.gov.my:
a. Keputusan panggilan dan maklumat temu duga MARA : 14 April 2011

9. Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3541 dan 03-8885 3453. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam mulai tarikh keputusan SPM 2010 diumumkan secara rasmi.

10. Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa menduduki Ujian Khas Biasiswa Persekutuan JPA atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8316 4422, 03-8316 4443, 03-8885 4435 dan 03-8316 4444. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam mulai 8 April 2011 sehingga 16 April 2011.

11. Pertanyaan mengenai program tajaan JPA boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3704 (10 talian), pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat piln2011@jpa.gov.my.

12. Pertanyaan mengenai program tajaan MARA boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 03-2693 6666, 03-2694 6622, 03-2694 3366 pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat informasibpp@mara.gov.my.

13. Calon-calon hendaklah sentiasa melayari laman web http://esilav2.jpa.gov.my dan laman web http://www.mara.gov.my dari semasa ke semasa untuk mengetahui perkembangan dan pengumuman terkini mengenai permohonan PILN 2011.

Link: Aplikasi Permohonan Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2011

Link: Syarat-syarat Permohonan Bagi Kursus Yang DiTawarkan

Related posts:

  1. Semakan Permohonan Program Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012
  2. Semakan Status Permohonan Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Mac 2011
  3. Permohonan Biasiswa Petronas Bagi Calon Lepasan SPM 2010
  4. Permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2011
  5. Semakan Penempatan Program Pensiswazahan Guru (PPG)

{ 7 comments… read them below or add one }

amar March 26, 2012 at 10:52 AM

assalamualaikum. saya nak tanya bila permohonan piln 2012 tajaan jpa dibuka ? terima kasih .

Reply

Ezany-Kun March 26, 2012 at 12:26 PM

tak sure.. boleh cek kat laman web jpa dari masa ke semasa.. http://esilav2.jpa.gov.my/

Reply

cikgu M April 3, 2012 at 7:54 AM

sy telefon jpa lps spm result, katanya utk 2012 akan mula 2/4/2012..smpi hr ni lum ada pun.

Reply

arifuddin ahmad May 15, 2012 at 12:03 PM

TINDAKKAN SEEGERA.

ASsalammualaikum..
Anak saya tamat pengajian uitm dengan keputusan 3.37 ijazah sarjana muda ( kepujian ) kimia ( analisis foresensic ) dan telah pun mendapat tawaran melanjut ke universiti cranfield sesi september 2012 untuk selama 10 bulan minima dengan membawa kelayakan master in forensic investigation. Adakah pihak MARA punya sebarang bentuk tajaan samada biasiswa atau tajaan. Sekiranya ada, bagaimana permohonan boleh dibuat? Terima kasih.

Reply

Nurul Kalaiyati bt Muhd Hasri March 27, 2013 at 6:25 PM

I wanna know whether this programme is being offer for this year as well.. kimdly assist me….

Reply

aida March 30, 2013 at 8:35 PM

saya nak tanya untuk tahun 2014 or 2015 punya nak mohon kat mana sekarang ni saya akan menduduki SPM 2013..
saya sangat berharap saya akan dapat melanjutkan pelajaran saya untuk lepasan matrikulasi dan sambung terus ke luar negara .. saya ingin melanjutkan pelajaran saya di Canada..
semoga impian saya tercapai .. doa kan la ye..
amin…

Reply

arifz sukor May 24, 2013 at 11:32 PM

assalamualaikum….
sye akan mngambil spm 2013 n bljr kt mrsm muar..sye brcdng mhu mngambil jrusan undang2 n sjrh atas tajaan jpn 2 oversea…klu skiranya sye mndpt cuma 7a2b dlm spm n gred B adalah addmath n kimia,agak2 boleh dtrima x????

Reply

Leave a Comment