Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Projek Sekolah Dalam Hospital (SDH) Bermula 15 Julai 2011

by Ezany-Kun in Berita

Projek Sekolah Dalam Hospital (SDH) akan memulakan sesi pembelajarannya untuk pelajar yang dirawat di hospital bermula Jumaat, 15 Julai 2011 di 3 buah hospital terpilih.

Isteri Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Penaung Projek Hati Nurani, Puan Sri Nooraniee Abd Rahman berkata, sebanyak tiga hospital terpilih sebagai perintis fasa pertama projek SDH.

“Hospital berkenaan adalah Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Ampang dan Hospital Serdang yang sudah dilengkapi oleh infrastruktur dan kakitangan.

“Seramai 16 guru yang dipilih yang mula mengajar esok di mana lapan orang di HKL dan masing-masing empat orang di Hospital Ampang dan Hospital Serdang,” katanya pada sidang media di Institut Pediatrik HKL di sini, Khamis.

Norainee berkata, Projek Hati Nurani merupakan projek yang ditubuhkan oleh jawatankuasa khas dengan kerjasama Yayasan Nurul Yaqeen, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan.

Menurut beliau, kesemua guru yang dipilih berdasarkan berdasarkan beberapa kriteria menjalani latihan selama sebulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan Institut Pediatrik HKL.

“SDH menggunakan sukatan pelajaran kebangsaan yang sama seperti di sekolah rendah dan sekolah menengah namun guru yang berkhidmat di hospital dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran terapi, kaunseling, kaunseling, komunikasi serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT),” katanya.

Norainee menjelaskan, SDH adalah program khas pembelajaran untuk pelajar yang dimasukkan ke hospital bagi menerima rawatan jangka panjang.

“Ini dapat mengatasi masalah pelajar yang ketinggalan dalam pelajaran kerana menerima rawatan untuk tempoh yang lama atau berulang kali di hospital,” katanya.

Beliau menambah, tiga hospital itu akan melalui program tersebut bagi fasa pertama sebelum ia diperluaskan ke hospital utama di setiap negeri pada masa akan datang.

Sesi pembelajaran di SDH bermula pada pukul 10 pagi sehingga 12 tengah hari dan 2 petang sehingga 4 petang dari Isnin sehingga Jumaat.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dijadualkan merasmikan ketiga-tiga SDH berkenaan secara serentak pada 26 Julai ini.

Related posts:

  1. Sekolah Terbaik SPM 2010 | Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir
  2. Guru Wanita Patah Hidung DiTumbuk Pelajar Tingkatan 2 | Gambar
  3. Novel Interlok DiCetak Semula
  4. Senarai Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 2011 | Seluruh Negeri Dalam Malaysia
  5. Program Matrikulasi Sesi 2011/2012

Leave a Comment