Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Proton Gen2 Dan Satria Neo (2004-2008) DiTarik Semula

by Ezany-Kun in Berita

Sesiapa yang memiliki kereta Proton Gen2 atau Satria Neo yang dikeluarkan pada tahun 2004 hingga 2008, anda dikehendaki menghantar kereta ke mana-mana pusat servis Proton. Ini kerana terdapat kerosakan pada clock spring yang boleh membahayakan keselamatan anda.

Setiap servis pemeriksaan dan penukaran komponen akan diberikan secara percuma. Anda boleh semak tahun pengeluaran kereta Proton anda di laman web berikut www.protonaftersales.com.

Pengarah Urusan Kumpulan PROTON, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata komponen terbabit menyambungkan beberapa suis dan beg udara kepada peralatan seperti radio, hon dan kawalan ‘cruise’.

Katanya, ujian rutin mengenal pasti kerosakan pada ‘clock spring’ menyebabkan bunyi geseran dalam stereng, hon berbunyi atau lampu kereta terpasang sendiri, kerosakan suis kawalan audio dan dalam kes lebih serius boleh menyebabkan pelepasan beg udara di bahagian pemandu.

Beliau berkata, panggilan sukarela itu adalah sebahagian daripada program jaminan kualiti global Proton membabitkan 15,911 unit atau dua peratus daripada 660,000 unit kereta yang dikeluarkan dan dijual dalam tempoh berkenaan.

“Meskipun bilangannya kecil, keselamatan pelanggan kami sangat penting dan kami memohon maaf berikutan masalah itu.

“Kami berharap pelanggan memahami bahawa panggilan semula ini perlu untuk memastikan keyakinan berterusan terhadap keselamatan dan prestasi kenderaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. Pemilik kenderaan yang terbabit boleh menghubungi mana-mana pusat servis Proton yang sah untuk membuat temu janji bagi mendapatkan pemeriksaan percuma.

Semua kos buruh dan peralatan yang berkaitan penggantian ‘clock spring’ akan disediakan tanpa caj di pusat sah Proton di seluruh negara.

Proton akan menghantar surat kepada pelanggan yang terbabit untuk memaklumkan mereka mengenai perkara itu.

Pada masa sama, Proton membuka laman web khusus, www.protonaftersales.com untuk membantu pelanggan menyemak tahun pengeluaran kenderaan masing-masing.

Related posts:

  1. Bajet 2011 | Dasar ELV | Tiada Lagi Kenderaan Lama Di Jalan Raya
  2. Perodua Alza Terbakar, Hangus dan Rentung Di Saujana Utama 3 | Gambar
  3. Ujibakat Raja Lawak Musim 5
  4. Ezany-Kun.com Kini Telah DiIndex Oleh Google
  5. Rakyat Malaysia Cuti Umum Pada 16 September Sempena Hari Malaysia

{ 5 comments… read them below or add one }

Kie-yu October 8, 2010 at 12:47 PM

yeah
ada dgr kt brita pg td
hope tak ada yg arwah sbb kecuaian ni~

Reply

suri October 8, 2010 at 1:49 PM

betul tu.. hurm..tapi kata org ajal maut smu tangan Tuhan..
Allah sahajalah yang tahu..

pada sapa2 yg ada jnis kete cam nih baik ambil tindakan dgn sgra..bertindak smblum terlambat..

Reply

suri October 8, 2010 at 1:47 PM

terus ingat along..baik dia pakai pesona..huhu..

smoga tiada pkr buruk yg berlaku…amin

Reply

sweet October 8, 2010 at 2:57 PM

hihihi
nangis la adik sy
dia ngidam neo lame dah

Reply

SyahDila October 9, 2010 at 8:29 AM

hehehe.. lau satria neo r3 lotus pulak?? hehehe..

Reply

Leave a Comment