Gambar Isteri-Isteri Salih Yaacob

Gambar Adik Beradik Neelofa Yang Cun Melecun

Gambar Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya, Johor

Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Syarat Dan Permohonan Geran RM1,000 Untuk Usahawan Online

Gambar 3 Lamborghini Kemalangan & Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Borang BR1M

Risalah Hari Kiamat 21 Mei 2011

by Ezany-Kun in Berita

Pihak berkuasa agama negeri Pahang digesa segera menyiasat motif sekumpulan pendakyah Kristian warga Amerika Syarikat yang giat menyebarkan risalah berkaitan hari kiamat mengikut kepercayaan mereka di sekitar bandar ini.

Usaha penyebaran risalah tersebut mestilah dihentikan segera kerana dikhuatiri boleh menggugat akidah dan berlaku panik di kalangan umat Islam.

“Kelmarin (Ahad), kira-kira jam 2.30 petang kami didatangi sekumpulan warga Amerika yang bertindak menyebarkan risalah berkaitan ‘Judgement Day on May 21, 2011’ oleh pendakyah Kristian yang memakai seragam yang sama bertemakan Judgement Day.

“Mereka mendakwa, mereka dalam perjalanan ke merata tempat dengan menaiki kapal untuk menyebarkan makluman tersebut kepada semua umat manusia di seluruh dunia,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Menurut Khairy yang membuka perniagaannya di pusat perniagaan East Coast Mall dekat sini, semasa menyebarkan risalah tersebut mereka mendakwa dengan kemusnahan dan bencana alam yang semakin menjadi-jadi pada masa ini menunjukkan bahawa hari kiamat sudah sangat hampir.

Tambahnya, beliau juga mendapat maklumat orang ramai di tempat lain juga menerima risalah yang sama kerana pendakyah berkenaan akan menumpukan sasaran di tempat orang ramai bercuti hujung minggu.

“Sebagai Muslim kita sentiasa percaya kepada Hari Akhirat iaitu kehidupan selepas mati, tetapi menurut risalah yang diedarkan, hari Kiamat itu akan berlaku pada 21 Mei 2011 mengikut formula mereka.

“Pada saya hanya Allah yang tahu bila kiamat akan berlaku dan bukan ditentukan oleh manusia. Mungkin juga ada agenda lain di sebalik penyebaran risalah tersebut iaitu untuk melemahkan umat Islam daripada bekerja dan berusaha.

“Jadi sebab itu saya desak pihak berkuasa seperti Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dan polis segera bertindak kerana jika penyebaran ini tidak dihentikan segera, kami sangat bimbang sekiranya ia boleh menggugat akidah umat Islam dan mengkucar-kacirkan keadaan,” katanya.

Difahamkan, kumpulan yang menyebarkan risalah secara terang-terangan itu sengaja mensasarkan kumpulan orang Melayu terutama muda-mudi tanpa diketahui apakah sebenarnya tujuan mereka.

Sementara itu, risalah yang sama dapat dibaca di: http://www.familyradio.com/graphical…/judgment.html.

Antara lain risalah berkenaan memetik hujah-hujah daripada kitab Bible yang menyatakan tuhan memusnahkan alam ini kerana dosa yang dilakukan oleh manusia.

sumber: harakahdaily

Related posts:

  1. Rakyat Malaysia Cuti Umum Pada 16 September Sempena Hari Malaysia
  2. Perasmian Pembukaan Blog Ezany-Kun Versi WordPress
  3. Software Percuma Setiap Hari | Giveaway Of The Day
  4. Nama Islam Daphne Iking | Gambar Bertudung
  5. Advertlets Paparkan Iklan Judi

{ 2 comments… read them below or add one }

Azreem April 13, 2011 at 2:57 PM

erm..sekarang ni memang dah akhir zaman..macam2 tohmahan dah manusia buat..kita kena sentiasa berpegang pada rukun iman dan rukun islam. Semoga semua umat islam selamat dari azab.insyaallah..

Reply

nasslimdiet2 April 14, 2011 at 4:21 PM

harap tiada yang mudah terpengaruh dengan dakyah macam ini.

Reply

Leave a Comment